Perbezaan Antara Booster dan Serum

Booster dan serum kami membantu masalah kulit tertentu, antaranya pori-pori besar, tona kulit yang tidak sekata, dan dehidrasi. RangkaIn Booster dan serum membantu menyelesaikan isu kulit, kebiasannya lebih pantas dan efektif dari jangkaan. Perbezaan antara dua jenis produk ini mungkin tidak ketara, namun pemeriksaan lebih mendalam menunjukkan nuansa sangat penting untuk jenis dan masalah kulit tertentu. 

Perlu diingat bahawa syarikat penjagaan kulit lain mungkin menafsirkan atau merumuskan booster dan serum mereka secara berbeza daripada yang kita lakukan. Kategori produk dalam industri kosmetik jarang sekali sama. Oleh kerana itu, kami tidak mengesyorkan menggunakan penerangan kami untuk menentukan produk apa daripada jenama lain akan lakukan pada kulit anda. 

Boosters

Booster daripada rangkaian Paula’s Choice Skincare mengandungi konsentrasi tertentu bahan terpenting kulit serta campuran kumpulan bahan yang mempunyai struktur tertentu. Formulasi seimbang ini dihasilka bagi meningkatkan manfaat bahan yang telah diformulasikan. Terdapat beberapa jenis booster yang telah diformulasikan antaranya

C15 Super Booster 
C25 Super Booster 
1% Retinol Booster 
Hyaluronic Acid Booster 
10% Niacinamide Booster 
Multi-Peptide Collagen Booster 
Moisture Renewal Oil Booster

Konsentrasi yang tinggi memberikan memberikan hasil yang luar biasa untuk kulit, namun bahan terbaik ini masih memerlukan sokongan. Itulah sebabnya anda akan menemui bahan-bahan bermanfaat lain (seperti antioksida, bahan memperbaiki kulit, dan bahan pemulihan kulit) dalam formula Booster kami.

Setiap Booster akan diformulasikan dengan efektif pada konstrasi tertuntu dan mempunyai tekstur yang ringan pada kulit. Hal ini supaya bahan-bahan ini mudah digandingkan dengan produk penjagaan wajah yang lain. Booster boleh disapu pada langkah yang berasingan atau dicampur dengan serum atau pelembap, serta boleh digunakan sekeliling bahagian mata, seiringan dengan atau tanpa produk bahagian mata yang lain. 

Mengekalkan hubungan jangka masa panjang dengan bahan – bahan ini ialah cara anda mendapatkan manfaat yang sebenar. Setiap hari, anda harus membantu kulit anda lakukan apa yang ianya tidak mampu atau mampu lakukan lagi dengan sendirinya – di situlah booster memainkan peranannya. 

Mencerah & Meratakan Tona Kulit

Booster berkonsentrasi 15% vitamin C tulen (Ascorbic Asid) mencerahkan tona kulit yang tidak sekata secara dramatik dan pada masa yang sama memperbaiki kedut dan garis-garis halus yang kelihatan.

Retinol Memperbaiki Kedut yang Kelihatan

Serum bertekstur halus ini menggabungkan retinol tulen dan antioksidan kuat untuk membantu memberikan kulit yang lebih anjal, licin, halus dan melembutkan garis halus dan kedutan.

Serum

Serum kami berfungsi selaras dengan pelembap dan produk penjagaan kulit anda yang lain dengan membekalkan campuran antioksidan bio-aktif, bahan – bahan memperbaiki kulit, dan bahan – bahan memulihkan kulit. Yang menjadikan serum kita unik adalah kepekatan seimbang daripada bahan sokongan penting yang diperlukan oleh kulit untuk sihat, untuk memperbaiki kulit secara semula jadi, dan untuk melindungi dari kerosakan di masa hadapan. Ia adalah kepekatan beberapa bahan bio-aktif yang memisahkan serum daripada pelembap, kerana tidak semua keperluan kulit anda boleh dimasukkan dalam satu produk.

Serum kami mempunyai tekstur khas yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit. Bagi kulit kombinasi dan berminyak, terdapat formulasi yang ringan. Formulasi yang padat dengan emollien sesuai yntyk

Tidak ada satu pun serum "terbaik", jadi pilihlah berdasarkan jenis dan masalah kulit anda. Tidak kira seberapa baik formulasi serum tersebut, jika ianya tidak sesuai dengan jenis kulit anda, anda akhirnya tidak menyukai hasilnya, dan anda tidak akan kekal menggunakannya.

Bagaimana untuk Menambah Booster atau Serum dalam Rutin Penjagaan Kulit Anda

Booster dan serum kami dirumus agar menjadi serba boleh! Mereka boleh dilapisi dengan cara apa pun sekali atau dua kali sehari, atau digunakan setiap selang sehari, atau anda boleh menggunakan satu atau lebih pada waktu pagi dan yang lain pada waktu malam. Tidak ada satu cara yang betul; semuanya dapat disesuaikan apabila anda mengenal pasti kaedah dan kekerapan aplikasi yang anda dapati paling sesuai dengan anda.

Rutin di bawah ialah contoh langkah demi langkah bagaimana anda boleh menambahkan satu atau lebih produk – produk ini dalam rutin penjagaan kulit anda pada waktu pagi dan malam. Cuma pastikan tabir suria adalah langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit anda setiap pagi.  

 

Pagi dan Malam:

Langkah 1: Pembersih wajah

Langkah 2: Toner

Langkah 3: Pengelupas AHA atau BHA

Langkah 4: Booster

Langkah 5: Serum

Langkah 6: Pelembap (Bagi siang hari, pastikan ianya mempunyai SPF 30 atau lebih. Pada waktu malam, gunakan pelembap yang tidak mengandungi tabir suria).

Bolehkah booster atau serum menggantikan pelembap waktu malam anda? Mungkin. Bagi sesetengah orang, terutamanya mereka yang mempunyai kulit berminyak dan kombinasi, booster atau serum mampu berfungsi dengan baik dengan sendirinya atau ketika dilapisi satu lapisan selepas lapisan sebelumnya tanpa menggunakan pelembap yang berasingan. Booster dan serum kami mengandungi bahan – bahan bagi menghidrat yang terasa ringan walaupun untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak kulit yang sedikit kering.

Dapatkan Booster di sini.

Dapatkan Serum di sini.

Rujukan

  1. Phytochemistry Letters, July 2016, pages 35-40
  2. Indian Journal of Dermatology, May-June 2016, pages 279-287
  3. Journal of Cosmetic Dermatology, March 2016, pages 49-57
  4. Mechanisms of Ageing and Development, September 2015, pages 74-82
  5. Phytotherapy Research, pages 1117-22; and February 2014, pages 159-66
  6. Indian Dermatology Online Journal, April-June 2013, pages 143-146

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.