Penjagaan untuk Kulit Kering dan Sensitif - Paula's Choice Malaysia

Penjagaan untuk Kulit Kering dan Sensitif

Kulit kering dan sensitif memerlukan produk yang berbeza daripada jenis kulit yang lain. Namun sebelum merancang untuk mencari produk serta bahan yang sesuai untuk memenuhi keperluan kulit, adalah digalakkan untuk merujuk pakar dermatologis terlebih dahulu. Hal ini adalah untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor mengenai kondisi kulit anda. Sekiranya doktor mengesahkan bahawa isu kulit yang dialami adalah ekzema, perbincangan lanjut akan dilakukan mengenai cara, langkah serta produk yang dapat mengawal permasalahan ini.

Setelah mendapat pengesahan daripada doktor mengenai isu kulit yang dialami, anda boleh memulakan tugasan untuk mencari produk serta bahan penjagaan kulit wajah untuk memastikan kulit menjadi lebih sihat, lembut, dan halus.

Rutin Penjagaan Kulit Kering dan Sensitif

Kajian membuktikan bahawa produk penjagaan kulit yang terbaik tidak mempunyai bahan pewangi, bersifat melembabkan dan tidak mempunyai bahan merengsa kulit. Penggunaan pelembab serta pelindung matahari bagi kulit badan adalah penting untuk semua jenis kulit—terutama sekali kulit yang kering dan sensitif. Hal ini juga adalah penting bagi kawasan muka dan leher namun isu ini jarang terjadi pada kawasan wajah. Sekiranya kekeringan ini berlaku kebiasaannya ia akan menyerang pada kawasan mata. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mendapati tanda kekeringan pada kulit wajah untuk mendapatkan diagnosis.

Penjagaan kulit wajah yang lembut adalah penting-- ianya membantu memudahkan segala produk lain yang dipakai untuk bertindak dengan efektif dengan kulit.

Memastikan kulit sentiasa dalam keadaan lembab

Kulit yang terhidrat dengan baik mengurangkan penampilan kulit bersisik/menggelupas dan tompokan kulit kering. Namun, harus dipastikan bahawa produk pelembab yang digunakan  bebas daripada bahan yang mengakibatkan kulit sensitif. Antara punca pencetus kulit menjadi sensitif adalah pewangi. Pendedahan berterusan kepada bahan yang mengakibatkan iritasi kulit menjadikan tanda kekeringan, bersisik, dan kasar pada kulit sukar untuk dikawal.

Pemilihan produk haruslah bertumpu kepada bahan yang membantu memperkukuhkan permukaan kulit. Permukaan kulit yang tidak sihat akan menyebabkan kulit kehilangan lembapan atau mengakibatkan kegagalan mempertahankan kulit daripada elemen yang merosakkan kulit. Kulit yang tidak sihat boleh diperbaiki dengan penggunaan produk yang kaya dengan antioksida, bahan menenangkan kulit dan penggunaan bahan yang memberi kelembapan dalam konsentrasi yang tinggi. Gylcerin, Hyaluronic Acid dan minyak tumbuhan yang kaya dengan antioksida, Ceramide dan Omega fatty antara merupakan bahan yang terbaik untuk digunakan oleh kulit yang kering dan sensitif. 


Penggunaan pelindung matahari adalah penting untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari yang mampu merosakkan kulit. Penggunaan pelindung matahari dapat menguatkan pertahanan kulit untuk memperbaiki secara semula jadi. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering dan sensitif, pilihan pelindung matahari yang terbaik adalah pelindung matahari yang mempunyai kandungan Zinc Oxide dan/atau Titanium Dioxide. Kedua-dua bahan ini mempunyai potensi iritasi yang rendah kepada kulit walaupun digunakan pada kawasan mata.

Kombinasi bahan terbaik seperti antioksida, bahan yang melembabkan serta menenangkan kulit dan pelindung matahari yang tidak akan mengakibatkan iritasi kepada kulit adalah rutin yang sesuai untuk kesemua jenis kulit—terutama sekali kulit kering dan sensitif. Terdapat beberapa teori yang diutarakan bahawa kulit kering dan sensitif ini lebih mudah mendapat impak kerosakan akibat daripada persekitaran.

Produk Penjagaan Kulit Kering dan Sensitif

Selain daripada rutin penjagaan kulit wajah yang lembut—perkara penting bagi kulit yang kering dan sensitif adalah untuk mengelak daripada perkara yang boleh mencetus reaksi sensitiviti kepada kulit.

  • Jauhi daripada bahan yang menyebabkan iritasi kepada kulit, serta pendedahan yang lama kepada air. Proses mandian yang lama dan terlalu kerap akan mengakibatkan kulit menjadi kering akibat daripada kehilangan air transpidermal (transpidermal waterloss).
  • Elakkan produk yang mengandungi pewangi (sama ada semula jadi atau sintetik), agen pembersih yang kasar, ekstrak citrus, ekstrak mint serta denatured (alcohol SD). Kami di Paula’s Choice sangat menekankan mengenai kepentingan bahan penjagaan kulit wajah tanpa pewangi—terutama sekali bagi kulit yang sensitif.
  • Perkara lain yang membantu kulit adalah dengan pemakaian pelembab kulit sejurus habis mandi. Hal ini sangat penting terutama pada kulit tangan. Sabun badan merupakan pencetus terbesar sekiranya anda mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif.

Bertukar kepada pencuci badan yang mempunyai sifat krim yang melembabkan untuk kulit anda anda. Hal ini kerana kebanyakan pencuci walaupun bebas daripada sabun boleh manjadikan kulit menjadi bertambah kering. Ikuti dengan bahan yang penuh dengan bahan yang mempunyai emolien, krim badan tanpa pewangi atau pelembab/losyen badan untuk membantu penampilan keseluruhan kulit anda supaya kelihatan lebih sihat. 

Dapatkan produk rangkaian CALM di sini.

Dapatkan produk rangkaian Omega+ Complex di sini.

Rujukan

  1. British Journal of Dermatology, April 2017, DOI #10.1111/bjd.15602; and May 2010, pages 964–973 and 1088–1092
  2. The Journal of Allergy and Clinical Immunology, April 2017, Supplemental, pages S47–S48
  3. Expert Review of Clinical Immunology, March 2016, pages 289–300
  4. Journal of the European Academy of Dermatology and Venereology, May 2015, pages 940–947
  5. Journal of Clinical Diagnosis Research, December 2013, pages 2683–2685
  6. Clinical Cosmetic Investigative Dermatology, March 2010, pages 99–117

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.