Paula’s Choice Skincare ditubuhkan oleh Paula Begoun pada tahun 1995 dan telah menghasilkan lebih daripada 100 formulasi produk. Formulasi produk yang telah dihasilkan memberi tumpuan kepada kombinasi bahan yang spesifik untuk setiap jenis kulit dan masalah yang dialami. Kesemua formulasi daripada Paula’s Choice Skincare berasaskan kajian saintifik yang telah terbukti memberi manfaat kepada kulit.
Walaupun Paula menghasilkan pelbagai jenis rangkaian produk namun beliau tidak menggunakan kesemuanya secara serentak. Hal ini kerana setiap tekstur produk yang diasaskan adalah untuk jenis kulit yang berbeza. Paula mempunyai kulit jenis kombinasi dan berminyak, dan beliau lebih gemar memilih produk yang berkonsistensi ringan berbanding losyen atau krim.
Ianya tidak menjadi keperluan untuk menggunakan keseluruhan produk daripada setiap rangkaian untuk menyelesaikan masalah kulit yang beliau hidapi. Paula sendiri mempunyai kombinasi produk kesukaannya—sesuai dengan keperluan kulit serta bertindak efektif untuk menyelesaikan isu kulit yang dihidapi. Walaubagaimanapun, sebagai pengasas, beliau harus mencuba produk baru yang diformulasikan untuk memastikan kesesuaian formulasi itu untuk jenis kulit sepertinya.
Tambahnya lagi, sebagaimana beliau telah menjumpai kombinasi produk yang sesuai dengan kulitnya, beliau yakin dan percaya semua orang mampu untuk mencari kombinasi produk yang sesuai dengan isu dan jenis kulit serta pilihan peribadi sendiri.
Paula turut berkongsi mengenai rutin penjagaan kulit wajah yang dipilih untuk membantu isu kulit beliau. Beliau mempunyai kulit kombinasi berminyak, kulit yang mudah mendapat kesan cela, pori tersumbat dan besar, bintik hitam akibat kerosakan cahaya matahari dan kawasan bawah mata yang kering. Menurut beliau, ianya adalah normal untuk semua individu untuk mempunyai pelbagai jenis masalah kulit, termasuk beliau sendiri sebagai seorang pengasas penjagaan kulit wajah.
Berikut merupakan perkongsian mengenai rutin penjagaan kulit wajah beliau pada waktu pagi dan malam.
Rutin penjagaan kulit wajah waktu pagi
Bagi penjagaan kulit wajah pada waktu pagi, beliau memulakan rutin mencuci wajah dengan menggunakan kain lembut dan diikuti dengan pemakaian produk bertekstur ringan ke produk yang bertekstur berat—seperti losyen atau krim. Ini adalah aturan pemakaian produk yang harus diaplikasikan oleh semua orang.
Rutin penjagaan kulit wajah waktu malam
Paula memulakan rutin penjagaan pada waktu malam dengan menggunakan GENTLE TOUCH Makeup Remover yang bertindak efektif menanggalkan eyeliner kalis air dan gincu long-wearing dengan lembut. Teknik ini juga dikenali sebagai double cleansing. Teknik ini bertindak efektif untuk rutin penjagaan kulit wajah pada waktu malam untuk menanggalkan sisa solekan dengan lebih teliti dan menyeluruh.
Rutin penjagaan kulit wajah pada waktu malam beliau diakhiri dengan LIP & BODY Treatment Balm yang dipakai pada bibir dan kawasan yang kering seperti kawasan siku dan tepi kuku.
Pencarian produk penjagaan kulit wajah adalah sukar, namun:
Pencarian produk penjagaan kulit wajah merupakan antara perkara yang sukar untuk individu yang mempunyai pelbagai jenis masalah kulit. Sebagai seorang pengasas produk penjagaan kulit wajah, Paula turut mengalami perkara yang sama. Tidak kira jenis kulit mahupun masalah yang dialami, ianya akan memerlukan banyak percubaan untuk mencari gabungan produk yang mampu memberi manfaat dan menyelesaikan isu kulit yang dialami.
Antara tips yang dicadangkan untuk menggunakan variasi produk adalah
Melalui cara ini, kulit anda akan mendapat sepenuhnya manfaat daripada produk yang digunakan. Keadaan kulit akan sentiasa berubah mengikut persekitaran, hormon dan diet. Pantau dan selaraskan kekerapan penggunaan produk mengikut keadaan kulit wajah anda untuk memastikan kulit anda sentiasa kelihatan sihat.
Comments will be approved before showing up.