Melawan Tanda Penuaan Pramatang

Sekiranya anda mengalami masalah kulit kusam, pori yang besar, tone kulit tidak sekata, kami sedia membantu anda! Paula’s Choice Skincare menawarkan produk yang mengandungi bahan yang terbukti secara kajian dapat membantu merubah kulit supaya kelihatan lebih berseri, segar serta sihat.

Tip Anti-Penuaan #1: Memperbaiki Tona Kulit Tidak Sekata

Kulit yang melalui hari-hari yang panjang tanpa perlindungan matahari yang secukupnya akan menunjukkan kesan yang nyata pada kulit. Sekiranya anda mendapati tona kulit anda tidak sekata dan kasar, ianya adalah masa untuk anda bertindak!

 

Langkah utama adalah dengan menggunakan produk pelindung matahari berspektrum luas tahap SPF30 dan lebih pada setiap hari—tidak kira hujan atau mendung—anda tetap perlu menggunakan pelindung matahari setiap hari pada langkah terakhir rutin penjagaan kulit wajah anda. Sekiranya anda menggunakan pelindung matahari seperti yang disarankan, berserta perlindungan terhadap cahaya matahari  yang lain—anda dapat mengurangkan risiko kanser kulit serta penuaan pramatang yang diakibatkan oleh matahari.

Seterusnya, cari bahan yang mempunyai kemampuan untuk mencerahkan kulit seperti vitamin C, Niacinamide, Acetyl Glucosamine, Licorice, Azelaic Acid atau Arbutin. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan bahan yang dinyatakan ini memberikan kesan yang  terbaik untuk pencerahan, kerana setiap satu bahan membantu untuk menyasarkan laluan yang mencetuskan tona kulit tidak sekata serta tanda kulit kusam.

Produk pencerah ini bekerjasama untuk memberikan kesan yang terbaik kepada kulit, namun ianya memerlukan masa. Ianya memerlukan masa, sekurang-kurangnya enam sehingga 12 minggu untuk bahan ini menampakkan hasil—hal ini kerana perubahan kulit juga tidak berlaku dalam tempoh satu malam.

Tip Anti-Penuaan #2: Tingkatkan Konsentrasi Retinol

Retinol merupakan salah satu bahan anti-penuaan yang mampu merubah keadaan kulit dengan dramatik supaya kelihatan lebih muda, membantu menganjalkan kulit, melicinkan tekstur kulit serta mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan.

Terdapat pelbagai tahap konsentrasi produk retinol daripada Paula’s Choice, untuk memenuhi keperluan jenis kulit serta isu kulit yang berbeza. Kami amat menggemari formulasi CLINICAL 1% Retinol Treatment; ianya mungkin produk yang kulit anda gemari sekiranya anda mengingkin kesan yang lebih intensif.

Salah satu cara lain untuk menggunakan Retinol dalam rutin penjagaan kulit wajah adalah dengan mencampurkan satu atau dua titik 1% Retinol Booster dalam pelembab pada waktu malam—anda boleh gunakan sekali dalam tempoh dua atau tiga hari. Pantau bagaimana kulit anda memberi respon kepada kekerapan pengguanaan 1% Retinol Booster ini. Sekiranya kulit anda sesuai dengan kekerapan penggunaan yang anda telah  gunakan, anda boleh tingkatkan kekerapan penggunaan kepada penggunaan sekali setiap hari, sama ada pagi, atau malam.

Tips Anti-Penuaan #3: Exfoliate 

Sekiranya kulit yang cerah, sihat dan berseri merupakan dalam senarai, anda boleh menambah kuasa rutin anti-penuaan anda dengan penggunaan AHA atau BHA. Penggunaan AHA atau BHA secara harian membantu melawan kulit kusam, membuang lapisan kulit mati dengan cara yang lembut, seperti mana kulit anda lakukan secara semulajadi ketika usia muda. Sekiranya anda ingun mengurangkan penampilan pori-pori yang besar, anda boleh memilih BHA dalam rutin anda.

Anda boleh menggunakan AHA dengan konsentrasi glycolic acid  yang lebih tinggi sekali atau dua kali seminggu—seperti produk  RESIST
Daily Smoothing Treatment 5% AHA. Untuk penggunaan AHA secara harian, gunakan RESIST Daily Smoothing Treatment with 5% AHA. Sekiranya kulit anda kering, SKIN PERFECTING 8% AHA Lotion Exfoliant mempunyai tekstur yang mampu melembabkan, namun dalam masa yang sama tetap memberikan manfaat Glycolic Acid pada kulit anda.


 

Untuk kulit normal dan kering, gunakan RESIST Daily Pore-Refining Treatment with 2% BHA untuk melembutkan penampilan pori serta tekstur yang kasar, sepantas satu malam. Sekiranya anda merasai keberkesanan produk ini untuk kulit anda, anda pasti tidak akan meninggalkan langkah ini dalam rutin penjagaan kulit wajah anda.

Penggunaan produk yang dinyatakan di atas dapat membantu kulit anda supaya kelihatan lebih cerah, sekata, licin serta awet muda. Ianya tidak pernah terlambat untuk membantu penampilan kulit wajah anda!

Rujukan:

  1. Dermatology Research and Practice, February 2015, ePublication
  2. Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, May 2012, pages 32–40
  3. Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, November 2010, pages 135–142
  4. American Journal of Clinical Dermatology, 2008, pages 369–381

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.