Manfaat Antioksida Kepada Kulit Wajah - Paula's Choice Malaysia

Manfaat Antioksida Kepada Kulit Wajah

Antioksida tergolong daalam kategori bahan penjagaan kulit wajah yang penting kepada kulit. Antioksida bertindak untuk melindungi kulit wajah daripada kerosakan akibat daripada pencemaran persekitaran serta bertindak secara langsung menjadikan kulit kelihatan sihat.

Artikel kali ini akan membincangkan lebih lanjut mengenai kemampuan antioksida untuk memberi manfaat kepada kulit serta cadangan produk yang sesuai daripada Paula’s Choice Skincare.

Melindungi kulit daripada pencemaran persekitaran

Secara tidak sedar, kesan pencemaran yang berpunca daripada keadaan persekitaran memberi kesan kepada kulit dan mengakibatkan kulit menjadi kendur, berkedut dan kusam. Perkara ini boleh ditangani dengan pemakaian produk penjagaan kulit wajah yang mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa pemakaian antioksida secara topikal mempunyai kebolehan unik untuk menghalang serangan daripada persekitaran yang mempercepatkan proses penuaan. 

Glutathione, superoxide dismutase dan ubiquinone merupakan antara antioksidan yang membantu mempertahankan kulit daripada pencemaran.

Bahan antioksida yang mencegah kerosakan kulit boleh didapati dalam DEFENSE Antioxidant Pore Purifier.

Menganjalkan kulit

Bahan penting untuk mengekalkan struktur kulit yang sihat akan menjadi berkurangan dari semasa ke semasa. Pengurangan penghasilan bahan yang bertindak untuk mengekalkan struktur kulit yang sihat akan menjadikan kulit hilang keanjalan. Campuran bahan antioksida mampu menghalang proses ini daripada berlaku dengan pantas dan menjadikan kulit kelihatan sentiasa tegang dan awet muda.

Cari produk yang diperkaya dengan Omega-3 Fatty Acid seperti Flaxseed Oil dan Linoleic Acid; Passion Fruit (buah markisa) merupakan sumber antioksida yang juga kaya dengan Omega-6; dan Almond Oil (minyak Almond), yang turut kaya dengan Omega-9. Bahan antioksida yang mengandungi Omega bertindak efektif untuk membantu penyembuhan permukaan kulit, dan apabila bahan ini digabungkan dengan Retinol, ianya akan merangsang kulit supaya lebih anjal dan sihat.  

Dapatkan kombinasi terbaik ini daripada Omega+ Complex and 1% Retinol Booster.

Mencerahkan kulit

Beberapa jenis antioksida mempunyai keupayaan unik untuk membantu menyekatakan tona kulit yang tidak sekata, kulit kusam dan menjadikan kulit kelihatan sihat. 

Vitamin C merupakan salah satu antioksida yang bertindak efektif untuk mencerahkan kulit. Vitamin C wujud dalam beberapa jenis seperti Ascorbic Acid, Tetrahexyldecyl Ascorbate, Ascorbyl Palmitate dan lain-lain lagi.

Untuk hasil terbaik dan untuk tona kulit yang lebih sekata, gunakan formulasi yang mempunyai konsentrasi vitamin C yang tinggi seperti C15 Super Booster.

Menenangkan dan melegakan kulit

Sesetengah antioksida bertindak untuk memberikan kelegaan kepada kulit yang mengalami iritasi.

Antara bahan yang memberi kesan kelegaan kepada kulit adalah Teh Hijau, Chamomile, Beta-Glucan. Bahan ini juga dikenali kerana sifat bahan ini memberi kelegaan kepada kulit yang mengalami kemerahan.

Calm Repairing Sensitive Serum merupakan formulasi campuran daripada antioksida dan bahan yang memperbaiki kulit. Serum ini sesuai untuk kulit sensitif dan kulit yang mengalami rosacea.

Melawan Kedutan dan Garis Halus

Tidak menjadi persoalan lagi mengenai bagaimana kajian lepas telah membuktikan mengenai kemampuan antioksida untuk menghapuskan garis halus dan mengurangkan kedutan pada kulit wajah.

Tidak ada satu bahan antioksida secara spesifik yang mampu membantu menyokong keperluan kulit anda-- perkara yang penting adalah penggunaan antioksida secara bervariasi. Kepelbagaian penggunaan antioksida adalah bagus untuk kesihatan kulit.

Rujukan:

  1. Frontiers in Pharmacology, August 2018, ePublication
  2. Annals of Brazilian Dermatology, May-June 2017, pages 356-362
  3. Journal of the American Academy of Dermatology, May 2015, page 28
  4. Annals of the New York Academy of Sciences, October 2012, pages 75–81
  5. Journal of Drugs in Dermatology, January, 2010, pages 11–15
  6. Journal of Pathology, January 2007, pages 241–251
  7. Journal of Long Term Medical Effects, 2004, pages 317–340
  8. Clinics in Dermatology, 2001, pages 467–473

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.