Kepentingan Serum untuk Kulit Wajah

Produk penjagaan kulit wajah perlu mengandungi bahan yang merangkumi pelbagai keperluan kulit seperti antioksida, bahan menambah nutrien serta bahan memulihkan kulit. Namun bagaimana pula dengan serum?

Berbeza dengan produk yang mengandungi bahan yang pelbagai untuk memberi manfaat keseluruhan kepada kulit, serum adalah berbeza.

Formulasi serum lebih berkonsentrasi tinggi, bertindak untuk memberikan rawatan yang lebih bertumpu bagi keperluan kulit yang tertentu.

 

 

Bergantung kepada keperluan kulit wajah serta isu kulit yang dialami, kulit memerlukan produk serta bahan penjagaan kulit wajah yang berkonsentrasi lebih  tinggi, namun dalam masa yang sama tetap memberikan manfaat anti-penuaan serta anti-pencemaran kepada kulit wajah. Kesemua bahan ini adalah penting, dan kami berharap bahawa kesemua bahan ini dapat diformulasikan dalam produk pelembab siang atau malam. Namun realitinya perkara ini adalah mustahil. Hal ini terutama sekali bagi individu yang memerlukan produk penjagaan kulit wajah bagi melawan isu kulit yang lebih sukar, seperti pori besar, kulit kusam, garis halus serta kedutan.

 



Serum tidak mempunyai bahan aktif untuk perlindungan daripada matahari seperti pelembab siang berSPF. Serum juga tidak mengandungi bahan yang mengandungi emolien atau bahan yang membantu memperbaiki tekstur produk seperti pelembab pada waktu malam. Oleh itu, serum mengisi ruangan-ruangan lain untuk menambah bahan lain yang bermanfaat kepada kulit, seperti antioksida, bahan menambah nutrien yang hilang untuk kulit serta bahan memulihkan kulit. Formulasi istimewa serta unik ini mudah ditambah dalam rutin penjagaan kulit wajah sedia ada, serta mudah untuk dipakai serta dilapiskan dengan produk yang lain. Terdapat banyak pilihan yang kami tawarkan untuk anda-- sama ada kulit memerlukan serum yang semulajadi, serum mengandungi Retinol, serum mengandungi Hyaluronic Acid serta serum yang mengandungi vitamin C, kami ada segalanya untuk kulit anda!

Serum Kulit Bermanfaat Untuk Kulit Bagi Setiap Peringkat Umur

Sebagaimana ianya tidak terlalu awal untuk menjadi aktif secara fizikal, serta mengawal pemakanan, begitu juga dengan kepentingan aspek ini untuk penjagaan kulit wajah. Penggunaan serum yang penuh dengan manfaat terbaik untuk kulit adalah penting bagi mengelakkan tanda penuaan pramatang pada kulit. Penggunaan produk terbaik bagi kulit dapat mengekalkan keadaan yang kulit yang sihat dalam tempoh jangka masa yang lama.



Bagaimana perumpamaan badan tidak akan “lali” dengan makanan yang penuh dengan nutrient, begitu juga dengan kulit yang tidak akan “lali” dengan penggunaan bahan bermanfaat untuk kulit. Kulit memerlukan bahan yang bermanfaat kepada kulit seperti yang dinyatakan supaya kelihatan sihat dan awet muda. Menggunakan bahan yang terbaik kepada kulit secara awal tidak bermakna ianya akan berhenti berfungsi pada ketika kulit memerlukan manfaat tersebut; namun, bahan ini memberikan manfaat secara berterusan kepada kulit.


Namun usah bimbang! Bahan ini tetap akan berfungsi walaupun kulit telah menunjukkan tanda penuaan.

Tips Memilih Serum untuk Kulit Wajah & Waktu Sesuai Bagi Pemakaian Serum

Formulasi serum yang terbaik tetap tidak akan memberikan kesan yang terbaik sekiranya tekstur produk tersebut tidak sesuai dengan jenis kulit. Oleh itu, bagi kulit kulit berminyak serta kombinasi, cari serum ringan, atau bertekstur losyen ringan tanpa meninggalkan rasa lekit sera berminyak.


Individu yang berkulit kering boleh mendapatkan manfaat menyeluruh dengan menggunakan serum yang dilengkapi dengan bahan emolien serta minyak tumbuhan yang kaya dengan antioksida.

Cadangan yang dinyatakan hanyalah sebahagian daripada rangkaian serum daripada Paula’s Choice Skincare; namun, jangan takut untuk bereksperimentasi dengan serum yang lain. Hal ini kerana setiap formulasi serum kami mengandungi pelbagai manfaat yang memberi kesan yang berbeza untuk jenis kulit yang berbeza.

Bergantung kepada keperluan kulit serta isu kulit, serum boleh dipakai sekali, ataupun dua kali sehari pada rutin pagi serta malam. Pada rutin pagi, gunakan serum sebelum pelembab berSPF; pada waktu malam, boleh gunakan serum sebelum pelembab serta krim bawah mata.

 

Dapatkan rangkaian serum di sini.

Dapatkan rangkaian BOOSTER di sini.

Rujukan

  1. Cell Transplantation, May 2018, pages 729-738
  2. Annals of the Brazilian Society of Dermatology, May-June 2017, pages 356-362
  3. Journal of Cutaneous and Aesthetic Surgery, January-March 2013, pages 4–11
  4. Dermato-Endocrinology, July 2012, pages 253-8
  5. Dermatologic Therapy, May-June 2012, pages 252-259
  6. Journal of Cosmetic Dermatology, March 2008, pages 2-7; July 2004, pages 149-155; and April 2004, pages 88-93
  7. Journal of Cosmetic and Laser Therapy, January 2006, pages 96-101

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.