Tranexamic Acid untuk Kulit
Tranexamic Acid adalah ramuan topikal yang menarik untuk memudarkan penampilan beberapa jenis tona kulit tidak sekata. Penyelidikan telah membuktikan keberkesanan ramuan ini menandingi hidrokuinon, bahkan sesuai untuk masalah degil seperti melasma. Hampir 96% peserta kajian yang menggunakan asid tranexamic dapat melihat peningkatan yang ketara setelah penggunaan selama 12 minggu setiap hari apabila digabungkan dengan pelindung matahari berspektrum luas. Gabungan kedua-dua ini adalah penting untuk mencegah perubahan warna (1).
Kebaikan Tranexamic Acid untuk Kulit
Tranexamic Acid membantu memudarkan tanda pigmentasi kesan daripada kerosakan sinar matahari. Selain daripada itu, bahan ini juga terbukti membantu untuk masalah berikut:
- Memudarkan tanda bekas jerawat, dan terbukti efektif untuk individu yang mempunyai tona kulit yang lebih gelap
- Mengurangkan kemerahan dengan ketara
- Memudarkan perubahan warna yang boleh berlaku semasa kehamilan (6)
- Membantu menghalang cetusan pada kulit yang mengakibatkan perubahan warna (7)
- Boleh digunakan dengan bahan pencerah lain
Apakah Fungsi Tranexamic Acid dalam Penjagaan Kulit?
Tranexamic Acid adalah bahan sintetik larut dalam air yang berasal dari asid amino lisin. Bahan ini harus diformulasikan dengan bahan larut minyak untuk menjadikannya bahan ini bertindak efektif untuk kulit. Manfaat utama bahan ini tidak hanya untuk memperbaiki perubahan warna permukaan yang muncul akibat kerosakan sinar matahari, tetapi juga dapat membantu jenis dan penyebab perubahan warna yang lain (2).
Penghasilan produk berasaskan Tranexamic Acid perlu diformulasikan dengan tepat. Untuk produk ini bertidak efektif mengurangkan perubahan warna kulit, produk penjagaan kulit Tranexamic Acid harus mengandungi antara 2-5% konsentrasi di dalam formulasi sesebuah produk (4). Oleh kerana produk topikal yang menyasarkan kesan pigmentasi kepada kulit akan menjadi lebih baik dengan bahan sokongan tambahan, pilihan terbaik adalah untuk menggandingkan bahanini dengan bahan yang membantu menyokong pemudaran pigmentasi yang lain, seperti niacinamide, pelbagai bentuk vitamin C, dan ekstrak tumbuhan yang cerah seperti Licorice Root (5). Menggabungkan bahan juga memastikan hasil yang lebih baik kerana masing-masing mempunyai cara unik untuk menyasarkan kesan pigmentasi.
Catatan: Tranexamic acid tidak terlalu bergantung pada pH; ia berkesan dalam pH antara 3-8 dan bertindak dalam optimum pada tahap pH 5–7 (8)
Bagaimana Tranexamic Acid Berfungsi?
Tranexamic Acid mempunyai kemampuan khas untuk berinteraksi dengan enzim pada kulit yang dikenali sebagai plasmin dan pendahulunya, plasminogen. Sel permukaan kulit menghasilkan plasmin berlebihan sebagai tindak balas terhadap pendedahan radiasi. Sinar ultraviolet dari matahari dan salon penyamakan adalah sejenis sinaran radiasi. Lebihan plasmin memicu zat lain di permukaan kulit yang seterusnya merangsang pengeluaran melanin berlebihan pada lapisan bawah kulit, yang akhirnya muncul di permukaan (3).
Kadangkala, pigmen ini tertumpu pada kawasan kecil - fikirkan bintik coklat; atau warna seperti topeng yang tersebar muncul di perimeter wajah dan di sekitar mulut. Tranexamic Acid membantu kulit membolehkan lapisan permukaan kulit mendapatkan semula warna semula jadi dan sekata. Hal ini memerlukan 8-12 minggu penggunaan harian (bersama pelindung matahari!) sehingga anda melihat hasil yang ketara.
Cara Menggunakan Tranexamic Acid dalam Rutin Penjagaan Wajah Anda
Menambah bahan ini ke dalam rutin penjagaan kulit anda sangat mudah. Semua jenis kulit, usia, dan etnik yang mengalami kesan pigmentasi boleh menggunakannya sekali atau dua kali sehari (kami mengesyorkan dua kali sehari untuk hasil yang lebih cepat).
Perbazaan dalam rutin penjagaan kulit anda untuk menggunakan ramuan hebat ini bergantung pada sama ada anda menggunakannya sebagai rawatan bertumpu atau menggunakannya di seluruh wajah anda.
Sekiranya anda mengalami pelbagai perubahan warna, pada siang hari, sapukan produk penjagaan kulit yang mengandungi tranexamic acid ke seluruh wajah anda setelah membersihkan, toning, dan menggunakan AHA atau BHA exfoliant. Ikuti dengan serum (jika digunakan) dan/atau produk rawatan lain, dan selesaikan dengan pelindung matahari anda. Untuk aplikasi bertumpu pada siang hari, sapukan ke kawasan yang berubah warna dan selesaikan dengan pelindung matahari.
Ikuti langkah yang sama untuk penggunaan malam hari, sapukan ke seluruh wajah dan ikuti dengan rawatan malam lain, dan kemudian pelembap. Untuk aplikasi rawatan bertumpu, sapu dan selesaikan dengan pelembap anda. Anda tidak perlu menunggu di antara beberapa langkah tetapi berhati-hati untuk menyimpan sebanyak mungkin produk tranexamic acid di tempat yang tidak terdedah dengan cahaya matahari dan haba.
Dapatkan produk mengandungi tranexamic acid di sini.
Rujukan
- Journal of Cosmetic Dermatology, February 2021, pages 561-565
- International Journal of Medical Sciences, March 2020, pages 903-911
- Journal of Cosmetic Dermatology, April 2019, pages 563-567
- Journal of Cutaneous and Aesthetic Surgery, January-March 2019, pages 63-67; and July-August 2013, pages 139-143
- BioMed Research International, November 2018, ePublication
- Dermatologic Surgery, June 2018, pages 814-825
- Dermatology and Therapy, September 2017, pages 417-424
- Journal of Research in Medical Sciences, August 2014, pages 753-757
Leave a comment