Tips Penjagaan Kulit Wajah untuk Mencegah Maskne - Paula's Choice Malaysia

Tips Penjagaan Kulit Wajah untuk Mencegah Maskne

Penggunaan pelitup mulut (mask) dan alat pelindung diri dalam tempoh masa yang lama akan mengakibatkan munculnya masalah kulit. Penggunaan pelitup muka secara berpanjangan akan mengakibatkan iritasi kulit, pertumbuhan jerawat, kulit kering, menggelupas dan melecet. Kami akan berkongsi kepada anda cara berkesan untuk mengatasi isu kulit yang muncul akibat daripada pemakaian pelitup muka dan alat pelindung diri yang berpanjangan.

Bagaimana Pelitup Muka dan Alat Pelindung Diri Memberi Kesan Kepada Kulit

Penggunaan pelitup muka yang ketat mengakibatkan sentuhan secara langsung pada permukaan kulit dan mengakibatkan kulit menjadi melecet atau menggelupas. Selain itu, kawasan kulit wajah yang ditutup menjadi tempat pengumpulan peluh dan garam. Kawasan wajah yang tertutup ini seterusnya mengakibatkan kulit menjadi sensitif, menggelupas dan tumbuh jerawat. Apabila kesemua faktor ini bergabung, ia mengakibatkan kulit meradang dan berlaku iritasi kulit. Masalah ini akan timbul sekiranya anda mempunyai kecenderungan untuk mengalami ekzema atau rosacea.

Berdasarkan komplikasi yang dinyatakan, ianya penting untuk mempunyai rutin penjagaan wajah yang lembut. Langkah awal bagi rutin penjagaan kulit secara lembut adalah dengan mengelakkan daripada penggunaan produk yang akan menyebabkan iritasi.

Antara bahan yang memberi iritasi kepada kulit adalah:

  • Produk penjagaan wajah yang mempunyai bahan pewangi (fragrance)
  • Produk penjagaan wajah yang mempunyai bahan yang mengakibatkan iritasi seperti alkohol (SD atau denatured), Menthol, Witch Hazel atau Essential Oil.
  • Skrub kasar dan berus pembersih wajah

Persediaan Kulit Sebelum Pemakaian Pelitup Wajah atau PPE

Penggunaan pelitup muka dalam tempoh masa yang lama akan mengakibatkan kesan kepada kulit. Oleh itu ianya perlu dibantu dengan menguatkan dan menjaga skin barrier anda.

Skin barrier merupakan lapisan kulit paling luar yang mengekalkan struktur kulit, memastikan kulit sentiasa lembap, dan melindungi kulit daripada menyerap masuk bahan yang mengakibatkan rengsaan.

  • Gunakan protective moisturizer pada kawasan yang ditutup dengan pelitup wajah atau PPE. Sekiranya anda mempunyai kulit jenis berminyak/kulit kombinasi atau kulit yang mudah berjerawat, anda boleh memakai serum ringan (lightweight serum)
  • Sekiranya anda memerlukan perlindungan lebih pada kawasan rim pelitup muka yang bersentuhan dengan kulit, gunakan petrolium jelly (Vaseline) pada kawasan tersebut untuk mengelakkan kerosakan kulit.
  • Penggunaan pelitup muka jenis N95 akan mengakibatkan kulit melecet pada kawasan tertentu seperti batang hidung. Penggunaan silicone scar sheet boleh membantu masalah ini. Anda hanya perlu potong dan selaraskan dengan kawasan wajah yang ingin dilindungi. Pemakaian silicone scar sheet ini akan memberi keselesaan pada kulit supaya ianya tidak bergesel atau menyentuh permukaan kulit secara langsung yang akan mengakibatkan melecet dan luka. Anda boleh mencari silicone scar sheet ini di farmasi atau secara dalam talian. Sekiranya anda bekerja secara langsung dalam bidang perubatan, sila rujuk semula kepada panduan keselamatan pemakaian PPE untuk memastikan ianya tidak menganggu dengan keberkesaan pemakaian PPE untuk keselamatan anda.

Perkara yang Anda Perlu Elakkan untuk Menjaga Kulit Semasa Pemakaian Mask

  • Elakkan memakai solekan pada kawasan yang tertutup dengan pelitup muka atau PPE.
  • Elakkan pemakaian produk penjagaan kulit yang kuat atau bersifat “bio-active” sebelum memakai pelitup muka. Gunakan pada waktu malam. Teruskan pembacaan mengenai pemakaian produk yang bersifat kuat ini di bawah.
  • Kami mendapati terdapat cadangan penggunaan kain kasa (gauze) untuk melapiskan kulit daripada kawasan tertentu. Kami tidak menggalakkan penggunaan kain kasa kerana permukaan fabrik tersebut kasar pada kulit.

Tips Penjagaan Kulit Wajah Ketika Anda Menggunakan Pelitup Muka

Langkah yang diambil ketika anda menggunakan alatan PPE adalah penting untuk menjaga kulit.

  • Tanggalkan pelitup wajah secara selamat dan renjiskan kulit anda dengan air sejuk (tidak terlampau sejuk) sekerap yang mungkin. Ini akan membantu kulit anda daripada meradang. Ianya dapat menanggalkan sebarang kesan peluh dan lebihan garam yang terhasil disebabkan oleh penggunaan pelitup muka yang menyesakkan kulit. Keringkan wajah dengan lembut, jangan gosok atau lap dengan kasar-- hal ini akan menambah kesan yang buruk pada kulit anda.
  • Sebelum memakai semula pelitup wajah, pakaikan semula produk yang anda gunakan untuk melindungi kulit wajah anda sebelum pemakaian

Cara Penjagaan Kulit Setelah Menanggalkan Mask

Setelah menghabiskan masa sepanjang hari menggunakan pelitup muka, anda perlu bersihkan wajah dengan pencuci muka yang lembut untuk menghilangkan kesan lembapan dan garam yang terkumpul dari peluh. Berikut merupakan cadangan untuk mengembalikan kesegaran kulit wajah anda:

  • Harus diketahui tidak ada satu produk ajaib yang mampu untuk mengembalikan kesemua keadaan kulit anda kerana ianya memerlukan campuran produk yang melembabkan, memulihkan dan menperbaiki barrier kulit dan produk yang menenangkan kulit. Sekiranya anda tidak pasti tentang bagaimana untuk menggabungkan rutin penjagaan wajah dengan elemen tersebut, sila rujuk penjagaan kulit wajah yang ultra lembut di atas.
  • Bagaimana dengan maskne? (Jerawat yang tumbuh pada kawasan pemakaian pelitup muka) Tanggalkan pelitup wajah anda dengan lembut untuk mengelakkan daripada kulit anda bersentuhan kasar dengan permukaan pelitup wajah dan basuh kawasan tersebut sekerap yang boleh semasa tempoh pemakaian pelitup wajah. Pada waktu malam, gunakan 2% salicylic acid treatment pada kawasan yang terkesan.
  • Anda boleh mencuba krim hydrocortisone yang boleh di dapati di farmasi untuk merawat kulit yang sensitif atau kulit kelihatan seperti meruam. Pakai sekali seminggu (tidak lebih daripada sekali seminggu) dan pantau keadaan kulit anda. CeraVe’s Hydrocortisone Anti-Itch Cream merupakan pilihan yang baik kerana ia mengandungi manfaat ceramides yang boleh membantu mengawal kelembapan kulit.

Adakah anda perlu berhenti menggunakan retinol?

Soalan ini kerap ditanya oleh pemakai pelitup wajah atau PPE. Namun, retinol membantu menguatkan struktur kulit wajah maka tiada sebab untuk menghentikan pemakaian bahan ini. Namun, sila pantau keadaan kulit wajah dan sekiranya ia memberi tindak balas yang tidak baik, berhentikan pemakaian. Elakkan pemakaian retinol pada kawasan yang mempunyai luka, menggelupas atau melecet.

Hal ini sama untuk pemakaian bahan seperti niacinamide, vitamin C, bakuchiol, benzyl peroxide dan lain lain. Pantau keadaan kulit anda dan laraskan penggunaan berdasarkan keadaan kulit anda dalam tempoh pemakaian mask dan PPE.

Rujukan

  1. Journal of the American Academy of Dermatology, March 2020, pages 1,215-1,216.
  2. Journal of Wound Care, May 2020, pages 245-259
  3. Ear Nose and Throat Journal, January 2020, page 1
  4. Journal of Cosmetic Dermatology, March 2016, pages 49-57

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.