Tips Penjagaan Kulit Ketika Cuaca Terik dan Panas

Perlindungan kulit daripada sinaran matahari sangat penting. Hal ini terutamanya apabila anda terdedah daripada cuaca panas dan terik. Perlindungan daripada cahaya matahari tidak hanya merangkumi kawasan wajah sahaja, namun melibatkan keseluruhan tubuh badan yang terdedah tanpa perlindungan, daripada kepala sehingga ke kaki. Perlindungan daripada cahaya matahari adalah penting untuk memastikan kulit anda kekal dalam keadaan optimum, dan sebagai pencegahan kepada kanser kulit. Pada minggu ini kami akan berkongsi mengenai  tips penjagaan kulit ketika cuaca terik dan panas

Gunakan pelindung matahari yang bersifat ringan pada kulit

Masalah: Anda sedia maklum mengenai kepentingan pemakaian pelindung matahari, namun tekstur yang berat dan melekit membuatkan anda berfikir dua kali untuk memakai pelindung matahari-- terutama ketika cuaca panas dan terik!

 

 

Penyelesaian: Pilih pelindung mataharu yang bertekstur ringan seperti RESIST Youth-Extending Daily Fluid SPF 50. Tekstur yang ringan ini tidak datang dengan kekurangan! Pelindung matahari ini tidak sahaja melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan matahari, namun juga diperkaya dengan pelbagai antioksidan bagi membantu melawan elemen pencemaran alam sekitar kepada kulit. 

Penggunaan primer solekan yang bersifat matte

Masalah: Haba dan kelembapan boleh mencairkan solekan, terutama sekali pada cuaca terik. Peluh yang bercampur dengan minyak akan mengakibatkan meninggalkan kulit kelihatan, serta rasa berminyak.

Penyelesaian: Gunakan primer yang boleh mengawal penampilan minyak pada kulit wajah. Penggunaan primer yang berkemasan seperti bedak mengawal minyak dan membantu solekan tahan lebih lama walaupun dengan suhu yang tinggi. Aising pada kek? Ia juga meminimumkan penampilan liang pori!

Pemusnah Bintik Pada Badan

Masalah: Ketika cuaca atau musim panas, kekerapan mencukur kaki dan kawasan bikini akan mengakibatkan kemunculan bintik dan benjolan merah yang tidak sekata. Hal ini kebiasaannya disebabkan oleh pisau pencukur yang mengakibatkan pertumbuhan bulu roma terhalang atau ingrown hair.  

Penyelesaian: BHA (Salicylic Acid) meredakan kulit sensitif dan menghilangkan benjolan – benjolan merah, ditambah dengan tindakan pengelupasan efektif yang lembut. Salicylic Acid juga berfungsi untuk membuang lapisan kulit mati untuk permukaan kulit yang lebih lembut dan licin. Cubalah RESIST Weightless Body Treatment 2% BHAFormulasi losyen badan ini mengurangkan liang pori yang kelihatan keras, kemerahan dan tersumbat di lengan dan kaki. Produk ini juga sangat sesuai sesuai bagi individu yang mengalami masalah keratosis pilaris.

Melawan jerawat badan atau “Bacne”

Masalah: Jerawat badan muncul dengan lebih banyak ketika cuaca panas.

Penyelesaian: Rawat jerawat badan dengan penggunaan produk yang mengandungi Salicylic Acid. Salicylic Acid merupakan exfoliant atau pengelupas kulit yang tidak hanya bertindak pada lapisan kulit atas, namun meresap jauh ke dalam pori. Hal ini menjadikan salicylic acid merupakan bahan yang terpenting untuk digunakan bagi membantu mengawal masalah jerawat pada kulit badan.

CLEAR Acne Body Spray With 2% Salicylic Acid merupakan pengelupas yang mudah digunakan-- mempunyai muncung semburan unik yang boleh digunakan dengan mudah bagi kawasan yang sukar dijangkau pada bahagian belakang.

Dapatkan pelindung matahari di sini.

 

Rujukan

  1. Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, August 2015, pages 455–461
  2. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, August 2014, pages 13–17
  3. American Journal of Clinical Dermatology, December 2012, pages 357–364

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.