Tips Penjagaan Bibir Kering dan Merekah

Bibir kering dan merekah bukanlah perkara asing dan ianya kerap berlaku kepada kebanyakan individu. Namun, anda tidak perlu melalui proses yang menjerihkan untuk mencari penyelesaian permasalahan ini. Hal ini mudah untuk dikendalikan apabila anda lebih memahami punca bibir kering berlaku untuk mengatasi permasalahan ini.

Punca Bibir Kering

Kulit pada kawasan bibir secara fisiologinya lebih unik dan lebih cenderung untuk menjadi kawasan yang paling kering pada kawasan wajah serta badan. Sekiranya dibandingkan dengan kulit pada kawasan wajah yang lain, kulit bibir mengalami keadaan yang lebih sukar. Kulit wajah mempunyai lapisan yang lebih tebal dan berlapis, manakala kawasan bibir mempunyai perlindungan yang sedikit, Kebanyakan daripada kita memerlukan bantuan untuk mengekalkan bibir supaya kelihatan lembut, lembab dan muda dan terdapat variasi produk untuk menyelesaikan isu ini.

 



Antara faktor terbesar kepada bibir kering adalah kerosakan akibat daripada cahaya matahari. Bibir masih memerlukan perlindungan daripada cahaya matahari, dan ianya adalah penting untuk menggunakan balm bibir, glos bibir atau gincu yang mempunyai SPF30 dan ke atas.

Rawatan Bibir Kering

 

Cara yang terbaik untuk mengatasi permasalahan bibir kering ini adalah dengan menggunakan balm bibir yang melembabkan kulit, tahan lama untuk bibir kering. Pada waktu malam, boleh gunakan sebarang balm lembab yang tebal. Pada waktu siang, cari balm bibir yang mempunyai SPF 30 atau lebih. Perlindungan daripada cahaya matahari adalah penting kepada kulit bibir sebagaimana ianya pentimg untuk kulit wajah.


Sekiranya anda menjaga kulit bibir seperti ini terutamanya pada waktu malam, anda boleh memperbaharui dan melembutkan kulit bibir dan merekah!

Punca Bibir Kering

Faktor bibir kering yang mengejutkan adalah penggunaan produk bibir yang mengandungi bahan bercili seperti lada benggala, menthol, menthoxypropanediol (jenis mentholyang lebih kuat), camphor, peppermint, halia, minyak mint, kayu manis, pewangi (sintetik atau semula jadi) yang mengakibatkan iritasi yang merosakkan kulit. Kandungan bahan yang dinyatakan ini adalah produk biasa dijumpai dalam produk bibir, terutama sekali produk bibir yang dikatakan berfungsi untuk melembabkan bibir!

 

 



Apabila kulit menjadi kering, terutamanya bagi individu yang tidak memakai gloss bibir atau gincu, adalah menjadi kebiasaan untuk individu ini menjilat bibir untuk mengembalikan lembapan. Kelakuan membasahkan bibir dengan menggunakan air liur untuk melembabkan adalah perkara yang perlu dielakkan kerana perkara ini akan menjadikan bibir menjadi lebih kering.

 

 



Antara perkara yang tidak asing kepada faktor bibir kering adalah cuaca sejuk dan kering menjadikan kulit bibir menjadi kering, namun, tahukah anda bahawa bermain alatan muzik yang ditiup adalah salah satu faktor yang menjadikan bibir menjadi kering dan merekah? Hal ini tidak dapat dielakkan, oleh itu, langkah penjagaan yang menyeluruh perlu diambil untuk mengembalikan bibir yang lebih mungil dan sihat!

Skrub bibir: Perlu atau Tidak?

Ramai individu mengajukan soalan sekiranya mereka boleh skrub bibir dengan menggunakan berus gigi untuk menanggalkan kesan kering rekahan bibir. Walaupun penggunaan skrub bibir sebelum menggunakan balm bibir adalah salah satu pilihan, kami galakkan untuk lakukan langkah ini dengan berhati-hati. Sebarang kesan calaran dan luka halus pada kawasan bibir yang lembut ini boleh mengakibatkan bibir menjadi lebih kering dan teruk. Elakkan penggunaan berus gigi pada bibir sekiranya ianya masih mempunyai ubat gigi atau kesan lebihan ubat gigi-- ianya akan mengakibatkan bibir menjadi lebih kering.

Isu Ketagihan Balm Bibir: Fakta atau Mitos?

Anda mungkin pernah mendengar khabar angin yang menyatakan kulit bibir menyesuaikan deengan pelembab bibir atau kulit bibir mengalami “ketagihan” balm bibir, namun ianya tidak benar. Namun, sekiranya balm bibir yang anda gunakan mempunyai bahan yang boleh merengsa kulit, ianya akan mengadikan bibir merekah sebagai isu yang berlarutan.

Faktor lain: Kebanyakan balm bibir termasuklah jenama yang lebih terkemuka tidak diformulasikan dengan baik. Formulasi hanya mengandungi “wax” tanpa mempunyai minyak, emolien atau bahan pelembab yang memberi manfaat sebenar kepada bibir. Produk ini menyaluti lapisan kulit bibir, namun ianya tidak melembabkan bibir. Kulit anda kekal kering di bawah lapisan ini.

Walaupun balm bibir tersebut diformulasikan secara baik, sekiranya ia mengandungi produk yang memberi rengsaan, bahan yang mengeringkan kulit-- ianya mustahil untuk bahan yang memberi manfaat kepada kulit membantu keadaan bibir. Hal ini adalah punca mengapa pencarian produk yang diformulasikan secara baik dapat memberikan kesan yang dramatik kepada keadaan kulit bibir anda!

 

Dapatkan produk untuk bibir anda di sini.

Rujukan

  1. International Journal of Dermatology, July 2016, pages 386–391
  2. European Journal of Dermatology, May-June 2013, pages 303–307
  3. The Australasian Journal of Dermatology, November 2010, pages 248–253
  4. Dermatologic Surgery, February 2005, pages 173–176
  5. British Journal of Dermatology, March 2004, pages 563–567

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.