Retinoid, atau vitamin A merupakan salah satu bahan efektif yang terdapat dalam produk kosmetik anti-penuaan seperti krim muka, serum dan krim mata. Retinol berfungsi untuk membantu meminimumkan penampilan kedutan, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata, mengecilkan penampilan pori-pori yang membesar, dan menganjalkan kulit. Hal ini menjadikan bahan ini menjadi bahan terbaik bagi rutin anti-penuaan. Menurut pakar dermatologi yang diperakui oleh lembaga Dr. Beth McLellan, "Retinoid mempunyai bukti terbaik untuk anti-penuaan, jadi, setiap rejimen kulit harus mengandungi pelindung matahari dan retinoid seperti retinol."
Walaupun terdapat banyak penyelidikan yang membuktikan manfaatnya, ramai individu masih tidak jelas mengenai cara penggu produk retinol ke dalam rutin penjagaan kulit. Lanjutkan pembacaan bagi mengetahui cara terbaik untuk menggunakan bahan ini dalam rutin penjagaan kulit wajah anda!
Tips Pemilihan Produk Berasaskan Retinol
Pemilihan produk yang mengandungi tidaklah sesukar yang disangka, akan tetapi, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diingatkan
Berapa Banyak Vitamin A Perlu Digunakan?
Tidak ada satu produk vitamin A spesifk yang mampu memberikan kesan yang terbaik bagi kesemua isu kulit—sebab itulah Paula's Choice Skincare menawarkan pelbagai tekstur dan konsentrasi: supaya anda boleh mencari produk yang sesuai untuk jenis kulit dan masalah kulit anda.
Nasihat kami? Jika anda pengguna baru vitamin A, mulakan dengan serum kepekatan yang lebih rendah atau pelembap dengan retinol. Jika anda pernah menggunakan retinol pada masa lalu dan mendapat hasil yang hebat, pertimbangkan serum vitamin A berkekuatan sederhana.
Bagi kesan penuaan yang lebih serius seperti kedutan dalam dan tona kulit yang tidak sekata, lihat salah satu produk vitamin A kami yang berkekuatan tinggi untuk kulit. Anda juga boleh menggantikan kekuatan yang lebih rendah dan lebih tinggi, berdasarkan pemantauan cara kulit anda bertindak balas kepada kenaikan kekerapan penggunaan atau konsentrasi retinol dalam formulasi ini. Menurut Dr. McLellan, "Saya sentiasa memberitahu pesakit 'ada retinol untuk semua orang!' - sesetengah pesakit saya yang mempunyai kulit sensitif hanya perlu mula perlahan dan membina versi yang lebih kuat dari semasa ke semasa."
Cara Menggunakan Produk Yang Mengandungi Retinol
Kami mengesyorkannya penggunaan retinol pada waktu malam. Namun, sekiranya anda menyukai formulasi sesebuah produk retinol, adalah tidak akan menjadi masalah sekiranya anda ingin menggunakannya pada waktu siang, asalkan anda mengakhiri rutin anda dengan penggunaan produk pelindung matahari spektrum luas yang bernilai SPF 30 atau lebih tinggi.
Seperti biasa, bersihkan kulit wajah, menggunakan toner, dan kemudian gunakan pengelupasan AHA atau BHA anda*. Anda tidak perlu menunggu sehingga ia menyerap sepenuhnya; anda bebas untuk menggunakan produk anda yang lain serta-merta selepas satu produk ke produk yang lain— bermula dengan tekstur yang paling ringan dahulu. Akhiri rutin dengan produk yang paling berkrim atau paling tebal. Sebagai contoh, sekiranya produk retinol anda mempunyai tekstur cecair, anda akan menggunakannya terus selepas pengelupasan AHA atau BHA anda dan ikuti dengan produk lain dalam rutin anda. Jika ia adalah krim atau losyen, mula-mula sapukan produk penggalak ringan, esen, rawatan atau serum cecair anda dan selesaikan dengan krim retinol. Jika anda juga menggunakan pelembap berkrim yang kaya, sapukanpada rutin terakhir.
Jangan lupa—apabila anda menggunakan produk retinol anda, pastikan anda menyapu bahan ini leher dan dada anda supaya anda juga mendapat faedah yang menakjubkan di kawasan ini juga. Juga ambil perhatian bahawa memperbaiki penampilan kulit yang semakin tua adalah terlalu rumit untuk dikendalikan oleh mana-mana satu bahan—walaupun superstar seperti retinol. Jadi, untuk hasil terbaik, gabungkannya dengan:
*Untuk faedah anti-penuaan yang terbaik, adalah sesuai untuk menggunakan krim pengelupasan dan retinol sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit. Retinol tidak akan mengelupas kulit— itu tanggapan salah biasa kerana retinol menyebabkan kulit mengelupas (dermatitis, atau contact dermatitis) bagi sesetengah orang. Retinol boleh membantu menormalkan sel penukaran kulit permukaan normal kulit, yang boleh menjadi perlahan kerana pelbagai sebab seperti penuaan, dan lain lain lagi.
Rujukan
Comments will be approved before showing up.