Tips Pemakaian Produk Penjagaan Kulit Wajah
Bukankah mudah sekiranya semua jenis masalah kulit dapat diselesaikan dengan hanya menggunakan satu atau dua jenis produk? Namun kebiasaannya anda memerlukan lebih daripada satu atau dua jenis produk untuk merawat kesemua masalah kulit anda. Sekiranya anda mempunyai julat permasalahan kulit yang pelbagai-- seperti kedutan, masalah kerosakan kulit akibat cahaya matahari, pori tersumbat, kulit kusam, kulit kering, berjerawat, kulit kemerahan dan pelbagai lagi, anda memerlukan lebih dari satu produk.
Ianya kedengaran leceh dan sukar namun sekiranya anda sudah tahu jenis produk, cara terbaik untuk pemakaian sesuatu produk, hasil yang terbaik dapat dilihat pada kulit wajah.
Anda tidak pasti bagaimana untuk bermula? Kami telah mencipta Paula’s Choice Rutin Asis yang mempunyai tiga langkah mudah untuk penjagaan kulit wajah pada waktu pagi dan malam. Rutin asas penjagaan kulit wajah ini merupakan asas yang sempurna untuk memulakan perjalanan anda untuk mendapatkan kulit wajah yang terbaik.
Sekiranya anda berjaya melakukan tiga langkah asas penjagaan kulit wajah tersebut, anda boleh melanjutkan penjagaan kulit muka anda dengan rutin yang lebih menyeluruh (Advance Routines) untuk kulit yang lebih baik. Langkah ini seterusnya dibuat untuk membantu masalah kulit yang pelbagai seperti tanda penuaan, tona kulit yang tidak sekata serta membantu untuk memberi lembapan dan perlindungan daripada kerosakan kulit akibat persekitaran.
Cara Menggunakan Produk Penjagaan Wajah
Berikut merupakan langkah mudah untuk menggunakan produk penjagaan kulit, daripada asas sehingga sehingga rutin menyelurush. Ikuti langkah berikut untuk menjimatkan masa dan mendapat kesan yang terbaik dan efektif!
Sekiranya anda menggunakan penanggal solekan mata atau keseluruhan wajah, anda boleh gunakan pada sebelum atau selepas anda mencuci wajah. Produk GENTLE TOUCH Makeup Remover menanggalkan kesemua jenis makeup dengan pantas dan mudah dan ianya tidak perlu dibilas; kerana ianya dapat memberi manfaat kepada kulit.
Sekiranya anda menggunakan skrub berasingan untuk membersihkan kulit wajah anda daripada solekan (sila pastikan produk skrub tersebut cukup lembut dan tidak akan merosakkan kulit anda), gunakan produk skrub selepas mencuci wajah untuk mengelakkan partikel daripada solekan masuk ke dalam kulit anda.
Sekiranya anda memilih untuk memakai skrub pada waktu pagi, anda boleh menggunakan skrub untuk menggantikan pencuci wajah-- anda tidak perlu menggunakan kedua-dua jenis produk serentak.
Setelah membersihkan muka, gunakan toner.
Selepas penggunaan toner gunakan leave-on exfoliant pilihan anda, seperti AHA atau BHA.
Selepas selesai langkah asas penggunaan pencuci, toner dan exfoliating, gunakan produk penjagaan kulit wajah anda yang lain-- menurut turutan berdasarkan tekstur produk tersebut. Penggunaan produk bersifat cecair harus digunakan terlebuh dahulu, diikuti dengan produk yang lebih pekat/tebal termasuklah booster, serum, essence, produk rawatan bertumpu dan pelembab.
Harus diingati bahawa pemakaian pelindung matahari perlu dipakai pada akhir rutin-- tidak kira apa jenis tekstur produk pelindung matahari anda.
Itu sahaja! Bukankah ianya lebih mudah dari apa yang anda sangka?
Mengapa Perlu Memakai Banyak Jenis Produk?
Penjagaan kulit wajah yang menyeluruh memerlukan beberapa jenis produk yang berbeza sekiranya anda mempunyai masalah kulit wajah yang berbeza seperti kedutan, jerawat, blackhead, tekstur kulit kasar, kulit kering atau berminyak, tona kulit tidak sekata, kulit yang kemerahan dan kehilangan keanjalan kulit. Satu jenis produk tidak akan dapat membantu kesemua jenis masalah yang dinyatakan.
Ibarat diet: Resipi yang baik mampu menggabungkan makanan yang sihat bersama khasiat yang terkandung namun ianya tetap tidak dapat memberikan kesemua khasiat untuk tubuh badan anda. Konsep yang sama juga diaplikasikan pada penjagaan kulit wajah anda-- satu produk tidak akan dapat memberikan kesemua manfaat yang ada inginkan.
Kombinasi produk ideal yang dipakai menurut turutan yang betul akan memberikan kulit anda kesan yang cantik, kelihatan segar dan awet muda. Kami telah mencipta langkah teratur untuk membantu anda memilih dan menggabungkan penggunaan produk yang berbeza daripada rangkaian kami dalam rutin penjagaan wajah anda.
Langkah untuk Menggilirkan Penggunaan Produk Penjagaan Wajah
Sekiranya anda telah memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit dan masalah kulit anda namun anda masih lagi tertanya-tanya sekiranya anda perlu menggunakan kesemua produk tersebut dua kali sehari-- jawapannya adalah tidak perlu!
Anda tidak perlu menggunakan setiap produk dua kali sehari. Anda boleh menggilirkan penggunaan produk penjagaan wajah pada waktu pagi dan produk selebihnya pada waktu malam dan selebihnya untuk keesokan hari. Cara berikut dapat memberikan kulit anda manfaat yang sepatutnya pada setiap hari.
Sebagai contoh sekiranya anda menggunakan lebih dari satu produk serum antioxidant atau booster daripada rangkaian kami, daripada anda menggunakan kedua-duanya dengan serentak, gilirkan pada hari berikutnya atau gabungkan dua jenis produk pada waktu pagi dan gunakan gabungan yang berbeza pada waktu malam.
Anda tidak perlu menggunakan kesemua produk dengan serentak untuk mendapatkan manfaat daripada kesemuanya. Penggunaan produk secara bergilir dapat menjimatkan masa dan membolehkan anda menyesuaikan rutin penjagaan wajah pada waktu pagi dan malam. Hal ini seterusnya dapat membantu anda memenuhi keperluan kulit anda yang pelbagai.
Dapatkan rangkaian produk BHA.
Rujukan:
- The Journal of Dermatological Treatment, June 2021, pages 1–6
- Journal of Cosmetic Dermatology, August 2020, pages 1,993–1,999
- Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, January 2017, pages 3–9
- PRS Global Open, Supplement 12, December 2016, ePublication
- Journal of Drugs in Dermatology, December 2012, pages 1,447–1,454
Leave a comment