Tips Pemakaian Pelindung Matahari

Pelindung matahari atau sunscreen merupakan produk wajib yang harus diimplimen dalam rutin penjagaan wajah. Pengunaan pelindung matahari ini mampu mengatasi masalah tanda penuaan sehinggalah masalah yang lebih serius seperti kanser kulit.

Keupayaan pelindung matahari untuk melindungi kulit wajah daripada cahaya matahari tidak diragukan lagi; namun, terdapat beberapa permasalahan yang timbul mengenai pelindung matahari memberikan rasa tidak selesa kepada pemakai.

Terdapat beberapa tips kepada masalah pemakaian pelindung matahari yang akan kami kongsikan untuk ditangani bersama. 

Masalah: Pelindung matahari cair dengan peluh dan masuk ke dalam mata
Masalah ini kerap terjadi apabila anda melakukan aktiviti yang mengakibatkan anda berpeluh, seperti bersenam dan mengakibatkan pelindung matahari yang anda pakai cair dan dan mengalir masuk ke dalam mata anda.

Penyelesaian: Cari pelindung matahari yang mengandungi mineral aktif seperti titanium dioxide dan/atau zinc oxide seperti Paula’s Choice Skincare RESIST Super Light Daily Defense SPF 30. Pelindung matahari yang mengandungi mineral aktif tidak akan mengakibatkan rasa pedih atau perit apabila peluh menitik ke dalam mata anda! Oh, jangan lupa memakai sweatband juga!

Masalah: Pelindung Matahari terasa tebal
Pelindung matahari terasa tebal di bawah solekan (make up).

Penyelesaian: Hal ini terjadi apabila anda menggunaan pelindung matahari yang bersifat tebal dan pekat seperti pelindung matahari yang berlabel “body” atau “beach” pada wajah anda ataupun anda menggunakan pelembab yang tidak sesuai dengan kulit muka anda.

Pelembab wajah yang mengandungi pelindung matahari akan memberikan tindakbalas baik di bawah mekap. Cari label “broad spectrum”  pada pelindung matahari anda, dan pilih perlindungan SPF30 dan ke atas. Sekiranya anda mempunyai kulit yang berminyak, pilih losyen pelindung matahari yang mempunyai kemasan matte; bagi kulit kombinasi, gunakan pelindung matahari losyen atau krim yang bersifat ringan dan untuk kulit kering pula cari pelindung matahari yang bersifat krim yang mampu memberi kelembapan pada kulit wajah.

Masalah: Pelindung matahari mengambil masa lama untuk dipakai
Pemakaian pelindung matahari menjadi leceh kerana mengambil masa yang terlalu lama.

Penyelesaian: Tukar daripada pelindung matahari bersifat krim atau losyen kepada semburan (spray). Semburkan secara ringan, ratakan dan siap! Pilihan lain adalah untuk kurangkan pendedahan kulit jika anda berada di luar dalam tempoh masa yang lama. Pertimbangkan jenama pakaian yang ringan dan mampu menghalang sinar cahaya matahari seperti Coolibar atau Sun Precautions. Penggunaan pakaian tambahan mampu mengurangkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari yang mampu merosakkan kulit anda. Anda juga mampu menjimatkan masa!

Masalah: Pelindung matahari menyebabkan kulit saya berjerawat (break out)
Pelindung matahari selalu menjadi punca kepada kulit saya untuk tumbuh jerawat.

Penyelesaian: Ini merupakan perkara yang agak sukar kerana tiada jalan yang mudah dan ringkas untuk penyelesaian permasalahan ini. Ianya memerlukan banyak eksperimentasi dan kadang-kadang ianya memerlukan percubaan yang banyak untuk mencari pelindung matahari yang sesuai. Namun, kami akan memberikan beberapa tips yang berguna untuk mencari produk pelindung matahari yang tidak akan menyebabkan kulit tumbuh jerawat.

  1. Cari pelindung matahari yang mempunyai tekstur yang ringan dan cair. Tekstur yang cair dan ringan kebiasaannya tidak akan menyebabkan pertumbuhan jerawat.
  2. Eksperimen dengan pelindung matahari yang mempunyai campuran sintetik aktif sepertioctisalate dan octinoxate dan mineral aktif seperti zinc oxide. Kombinasi kedua- dua ini berkemungkinan akan memberi kesan perlindungan kepada kulit anda  kepada cahaya matahari tanpa perlu risau break out!
  3. Pastikan anda mencuci wajah anda dengan bersih setiap malam untuk memastikan tiada kesan pelindung matahari dan solekan yang tertinggal. Anda boleh mencuba kaedah double cleansing dan lihat jika ianya akan memberikan perbezaan.

Masalah: Pelindung matahari memberi kesan kepuh
Pelindung mataharu mempunyai kecenderungan untuk meninggalkan kesan kepuh atau tompokan putih walaupun telah di ratakan.

Penyelesaian: Cari suncreen mengandungi mineral yang mempunyai sedikit tona warna kulit untuk mengelakkan kepuh. Sekiranya anda tidak jumpa sebarang produk yang mempunyai tona warna yang sesuai, anda juga boleh gunakan mineral sunscreen sebagai langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit anda dan di tambah dengan dengan loose powder atau bedak kompak untuk menghilangkan kepuh.

Masalah: Pelindung matahari menjadikan pemakaian solekan tidak sempurna
Pemakaian pelindung matahari di bawah solekan menyebabkan hasil solekan tidak sempurna.

Penyelesaian: Hal ini terjadi sama ada memakai pelindung matahari jenis kalis air (water resistant) atau beach sunscreen pada wajah anda. Hal ini menyebabkan pelindung matahari tidak dapat diserap sempurna pada kulit sebelum memakai solekan. Menggunakan pelembab yang tidak sesuai pada kulit wajah juga boleh dijadikan punca kepada perkara ini. Sekiranya anda pasti pelembab anda sememangnya sesuai untuk jenis kulit anda, cuba tunggu 3-5 minit sebelum memakai solekan. Sekiranya solekan masih lagi tidak sempuna, cuba bertukar kepada primer yang menawarkan broad spectrum sun protection dan pakai foundation atau bedak setelah memakai pelindung matahari.

Dapatkan produk pelindung matahari di sini.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.