Tips Mengurangkan Kesan Jerawat

Perkara yang mengecewakan selain daripada jerawat yang tumbuh di muka adalah kesan jerawat yang ditinggalkan apabila jerawat telah surut. Kebiasaanya kesan jerawat akan kelihatan kemerahan, atau coklat. Artikel minggu ini akan membincangkan mengenai tips yang ringkas namun efektif untuk mengelakkan kesan jerawat dan merawat kesan jerawat.

Mengapa skrub kasar dan bahan yang boleh didapati di rumah tidak akan merawat kesan jerawat

Lambakan produk di pasaran yang mendakwa mampu membantu untuk mengurangkan tanda jerawat tidak bertindak seefektif yang dinyatakan. Untuk mencari produk yang efektif untuk menghilangkan bekas jerawat anda adalah dengan mengenal bahan yang efektif yang bertindak untuk menghilangkan kesan pigmentasi tersebut.

Perkara yang membimbangkan lagi adalah dengan lambakan video di media sosial yang banyak berkongsi mengenai petua untuk menghilang kesan jerawat dengan menggunakan Lemon mahupun buah jenis sitrus yang lain pada kulit muka. Tidak hanya perkara ini tidak berkesan, namun ianya memberikan impak yang buruk kepada kulit. Bahan tersebut tidak menanggalkan kulit mati pada kulit anda, dan tambahan daripada itu, jus yang diekstrak daripada buahan sitrus juga mempunyai kadar asid yang tinggi dan mengakibatkan kulit menjadi meradang dan hal ini seterusnya menyumbang kepada kesan jerawat lambat untuk pudar.

Skrub kasar yang dikatakan mampu mengurangkan kesan pigmentasi daripada jerawat adalah tidak berkesan sama sekali. Kesan jerawat serta jerawat yang tumbuh secara umumnya tidak boleh skrub untuk dihilangkan sama sekali. Penggunaan skrub akan menyumbang kepada iritasi kepada jerawat dan mengakibatkan hakisan mikro (micro tear) pada kulit. Hal ini memberi tekanan kepada kulit anda dan menjadikan kesan jerawat menjadi sukar untuk sembuh dan pudar. Tidak hanya melambatkan proses penyembuhan, ianya juga akan menjadikan kulit menjadi kasar dan sensitif.

Cara menghilangkan kesan jerawat

Jadi, apakah bahan efektif bagi melawan perkara ini? Seperti biasa, kami di Paula’s Choice Skincare akan merujuk kepada kajian saintifik untuk mengkaji mengenai bahan efektif bagi merawat permasalahan ini. Langkah berikut telah terbukti akan membantu untuk mengurangkan kesan jerawat bagi setiap lapisan masyarakt tidak kira warna kulit, usia atau bangsa.

Kajian membuktikan tiga perkara ini adalah penting untuk merawat kesan jerawat. Tiga perkara tersebut adalah

  • Pencuci muka yang lembut
  • Leave on exfoliant (Salicylic Acid/BHA)
  • Benzoyl Peroxide

Ketiga-tiga bahan ini bertindak efektif membantu untuk mengurangkan kesan jerawat.

Paula’s Choice Skincare telah mengeluarkan rangkaian CLEAR yang mempunyai 3 produk yang dinyatakan, sesuai untuk kulit yang mempunyai jerawat yang sederhana. CLEAR Regular Strength Kit adalah sesuai untuk individu yang mempunyai jerawat yang sederhana, manakala bagi individu yang mempunyai jerawat yang degil boleh menggunakan rangkaian CLEAR Extra Strength. Ini adalah langkah pertama untuk merawat jerawat dan menjadikan kulit lebih sihat.

 

Produk superhero dalam set ini adalah Anti-Redness Exfoliating Solution with 2% Salicylic Acid yang membantu membuang lapisan kulit mati dan menjadikan kesan jerawat untuk pudar dengan lebih cepat. Anti-Redness Exfoliating Solution with 2% Salicylic Acid juga mempunyai bahan yang membantu untuk menenangkan kulit yang sedang kemerah-merahan dan mengalami iritasi.

Gunakan pelindung matahari setiap hari, tidak kira anda berada di dalam rumah, atau terdedah kepada cahaya matahari. Kulit yang terdedah dengan cahaya UV mampu merosakkan kulit dan menjadikan kesan jerawat akan sukar untuk pudar. Perlindungan kulit daripada sinaran UV adalah perkara penting untuk mengurangkan kesan jerawat. Penggunaan pelindung matahari tidak hanya mampu mempercepatkan proses pemudaran kesan jerawat, malahan ianya penting untuk melindungi tubuh badan daripada risiko kanser kulit-- serta membantu untuk menghalang kulit daripada tanda penuaan yang awal.

Gunakan produk penjagaan kulit wajah yang mengandungi bahan antioksida terutama sekali vitamin C dan retinol. Vitamin C membantu untuk mengurangkan tanda pigmentasi kesan jerawat dan retinol pula merupakan bahan skin-restoring. Kedua-dua bahan antioksida ini terbukti bermanfaat untuk melindungi kulit daripada keadaan persekitaran yang memberi kesan kepada kulit serta membantu mengembalikan keadaan asal permukaan kulit dan mengurangkan tanda merah.

Ramai akan melihat kesan efektif daripada 25% vitamin C (Ascorbic Acid). Vitamin C bertindak efektif dalan produk anti jerawat, tidak hanya ia membantu untuk mencerahkan kulit yang tidak sekata, namun ianya juga membantu kulit untuk menjadi licin. Formulasi produk ini adalah mudah untuk digunakan, letakkan pada kawasan yang mempunyai masalah pada langkah terakhir rutin penjagaan wajah pada waktu malam. 

Perkara terakhir yang penting adalah jangan menyentuh kesan jerawat anda. Perkara tersebut adalah perkara yang sukar untuk dibending, namun perkara ini akan menyumbang kepada kesan jerawat sukar untuk pudar. Hal ini dapat dilihat sekiranya ada perlu untuk memecahkan jerawat yang ada, kesan tersebut akan tinggal dengan lebih lama dan kelihatan teruk. Teruskan dengan rutin pemakaian salicylic acid dan pelindung matahari dalam rutin harian anda, ianya akan membantu untuk memudarkan kawasan tersebut dengan lebih cepat.

Dapatkan rangkaian CLEAR di sini.

Dapatkan produk berasaskan vitamin C di sini.

Rujukan

  1. Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, August 2015, pages 455–461
  2. American Journal of Clinical Dermatology, December 2012, pages 357–364
  3. Journal of Drugs in Dermatology, January 2012, pages 51–56
  4. AAPS PharmSciTech, September 2011, pages 917–923
  5. Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, November 2010, pages 135–142
  6. Expert Opinion on Pharmacotherapy, October 2009, pages 2555–2562

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.