Mengembalikan Kulit Wajah Kelihatan Muda
Bergantung kepada pendedahan kulit wajah tanpa perlindungan daripada cahaya matahari, garis-garis halus dan kedutan dapat muncul seawal pertengahan usia dua puluhan! Pelindung matahari yang bernilai SPF 30 atau lebih tinggi yang digunakan setiap hari merupakan satu-satunya cara untuk mengurangkan risiko tanda-tanda awal penuaan. Kerap kami tekankan bahawa perlindungan matahari adalah aspek terpenting bagi perlindungan kulit daripada kedutan dan garis halus.
Kerisauan akibat daripada kedutan pada kulit wajah ini mengakibatkan ramai individu kerugian wang. Hal ini cenderung untuk terjadi apabila ramai individu mencuba pelbagai produk yang terlalu mahal untuk mengawal kedutan serta tanda kedutan yang mula kelihatan. Kebanyakan produk yang menawarkan tuntutan yang mengeliruskan serta tidak realistik ini berharga sangat mahal. Terdapat cara yang lebih baik untuk kelihatan lebih muda dan mengekalkan hasilnya tanpa perlu berbelanja terlalu mahal untuk produk yang tidak terbukti secara saintifik untuk bertindak efektif.
Pada minggu ini kami akan berkongsi mengenai faktor kulit berkedut dan rutin penjagaan kulit untuk mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan. (Nota sisipan: Ya, ianya bermula dengan pelindung matahari!)
Mengapa Kulit Berkedut?
Cara kulit memproses tanda penuaan adalah melalui rangkaian perkara yang sangat kompleks (genetik, pemakanan, gaya hidup). Namun, faktor utama yang mempengaruhi bahagian kulit yang anda dapat lihat adalah:
Cara untuk mengurangkan kedutan dan garis halus
Pelindung matahari adalah produk anti-penuaan # 1 yang patut anda gunakan, setiap hari. Perlindungan kulit daripada cahaya matahari adalah langkah utamaan dalam rutin penjagaan kulit anti-penuaan, dan tidak pernah terlewat untuk memulakan rutin ini. Penggunaan pelindung matahari berspektrum luas SPF 30 setiap hari dapat mengurangkan risiko tanda-tanda awal penuaan!
Meninggalkan langkah ini hanya untuk menggunakan produk anti-penuaan yang lain adalah kesalahan penjagaan kulit biasa dilakkan. Kami tekankan semula: Kulit yang kelihatan lebih muda perlu bermula dengan penggunaan pelindung matahari yang konsisten-- sepanjang tahun, tidak kira iklim atau sama ada anda menghabiskan masa di dalam rumah, atau di luar. Produk penjagaan kulit yang bagus menyokong manfaat yang anda dapat daripada pelindung matahari; anda memerlukan kedua-duanya, tidak dapat dipisahkan, untuk mendapatkan kulit terbaik dalam hidup anda sekarang dan masa depan.
Apabila membincangkan berkenaan pemilihan produk yang menyokong penjagaan kulit anti-penuaan, tidak ada produk yang Itulah sebabnya selain pelindung matahari, penyelidikan menunjukkan bahawa pertahanan terbaik adalah rutin penjagaan kulit yang lembut dan lengkap dengan antioksidan, bahan mengembalikan keremajaan kulit, bahan yang menenangkan, dan bahan memulihkan kulit. Produk dan rutin penjagaan kulit terbaik menyediakan bahan-bahan seperti ini seperti yang kami lakukan di Paula's Choice.
Tersebut adalah apa yang kami anggap sebagai rutin penjagaan kulit kelas pertama untuk mencapai kulit terbaik dalam hidup anda:
Produk penjagaan kulit yang dipilih dengan teliti yang merangkumi banyak antioksidan, bahan – bahan memulihkan kulit dapat mengembalikan pada permukaan kulit apa yang telah hilang dari masa ke masa. Jenis-jenis bahan ini dalam rutin penjagaan kulit yang lengkap benar-benar dapat meremajakan dan memulihkan semula kulit anda, menjadikan kedutan bukan lagi masalah utama. Ini adalah kaedah terbaik untuk mencintai kulit anda dan menahan kesan peredaran masa!
Rujukan
Comments will be approved before showing up.