Tips Mengendalikan Kulit Ternyahhidrat, Berminyak dan Berjerawat

Kulit ternyahhidrat, kering, berminyak dan cenderung untuk berjerawat dalam masa yang sama merupakan kombinasi yang sukar untuk dikendalikan. Namum, sekiranya anda memahami keadaan kulit anda serta produk yang perlu anda gunakan (serta elak!), anda boleh mencipta rutin wajah yang idea. Rutin yang efektif dan ideal kebiasaannya akan memberikan kesan yang terbaik untuk kulit wajah anda.

Apa itu Kulit Dehidrasi, Berminyak dan Cenderung Berjerawat?

Kombinasi masalah kulit ini mudah dikesan dengan keadaan kulit yang kering dan mengelupas namun berminyak dalam masa yang sama. Kulit jenis ini juga cenderung mempunyai cela, serta kesan pigmentasi bekas jerawat. Isu kulit dehidrasi dan kering merupakan keadaan sementara yang berpunca daripada penggunaan produk yang salah.

Kulit berminyak dan berjerawat lebih cenderung untuk berlanjutan. Hal ini berkemungkinan kerana kecelaruan genetik, namun dalam masa yang sama jerawat juga berpunca daripada penggunaan produk yang salah.

Berikut merupakan perkara yang berpotensi mengakibatkan kulit berjerawat:


1. Sekiranya anda menggunakan produk penjagaan kulit wajah yang tidak sesuai untuk jenis kulit anda (terlalu beremolien atau terlalu mengeringkan). Sekiranya anda mengandungi bahan yang kasar, bahan yang memberi kesan iritasi, anda juga berkemungkinan untuk menjadikan kulit untuk menjadi lebih berminyak, lebih kering, terhidrasi pada permukaan kulit. Hal ini seterusnya mencetuskan jerawat pada kulit.

2. Masalah ini akan berlarutan sekiranya anda tidak menggunakan produk yang mengandungi bahan anti-jerawat seperti salicylic acid (BHA) atau benzoyl peroxide. Dua bahan ini merupakan asas penjagaan untuk mengawal kulit berjerawat.

3. Penukaran produk kepada produk yang sesuai kepada kulit kebiasaannya memberi kelegaan kepada kulit, atau setidak-tidaknya ia mengurangkan kesan seperti kulit kering dan menggelupas!


Apakah Faktor Kulit Ternyahhidrat dan Berjerawat?


Terdapat beberapa punca biasa yang memberikan kesan iritasi, lalu menjadikan kulit kering, berminyak serta tumbuh jerawat dalam masa yang sama.
• Menggunakan sabun buku, skrub wajah atau terlalu agresif ketika penggunaan berus wajah yang kasar kepada kulit
• Menggunakan toner, produk astringen atau produk yang mengandungi alcohol mengeringkan atau bahan iritasi lain yang pada peratusan yang tinggi (witch hazel, menthol, sitrus dan eucalyptus)
• Menggunakan produk yang mengandungi bahan yang semulajadi mahupun sintetik, termasuklah minyak pewangi.
• Tidak menggunakan produk pelindung matahari. Kerosakan kulit akibat daripada cahaya matahari merupakan faktor terbesar untuk kerosakan kulit.

Apabila langkah yang dinyatakan ini telah diperbetulkan, ianya merupakan permulaan untuk mendapatkan kulit yang licin dan sihat. Langkah seterusnya yang anda perlu ketahui adalah cara pemilihan produk penjagaan kulit anti-jerawat. Lambakan produk dipasaran mempuyai setiap rangkaian anti-jerawat masing-masing, namun apakah bahan yang yang menjadikan sesebuah rangkaian tersebut berkesan untuk kulit? 



Cara Pemilihan Produk untuk Kulit Ternyahhidrat, Berminyak dan Berjerawat


Banyak kajian telah membuktikan bahawa bahan seperti Salicylic Acid (BHA) dan Benzoyl Peroxide adalah asas yang penting dalam produk penjagaan kulit wajah anti-jerawat. Walaupun banyak produk telah mengetahui mengenai keberkesan bahan ini untuk melawan jerawat, namun banyak formulasi Salicylic Acid dan Benzoyl Peroxide yang mengandungi bahan yang mengakibatkan iritasi, dan seterusnya mencetuskan penghasilan sebum yang tidak seimbang. Hal ini menjadikan kulit kering menggelupas serta berminyak dalam masa yang sama. Oleh itu, ianya adalah penting untuk memilih produk yang diformulasikan dengan baik.



Anda boleh mengelak daripada tersalah memilih produk dengan cara menggunakan rangkaian CLEAR daripada Paula’s Choice, yang diformulasikan untuk tidak memberi iritasi kepada kulit. Sekiranya anda memilih produk yang bukan daripada rangkaian kami, pastikan produk yang dipilh tidak mengandungi bahan yang boleh mengakibatkan iritasi kepada kulit. 
Antara produk Salicylic Acid di dalam rangkaian CLEAR Paula’s Choice Skincare adalah

CLEAR Regular Strength Anti-Redness Exfoliating Solution with 2% Salicylic Acid
CLEAR Extra Strength Anti-Redness Exfoliating Solution with 2% Salicylic Acid




Menyeimbangkan Rutin Anti-Jerawat untuk Kulit Ternyahhidrat, Berminyak

Produk penjagaan kulit yang diformulasikan secara baik juga boleh mengakibatkan kesan yang tidak dijangka sekiranya anda tidak mengambil kira bagaimana kulit anda memberi respon kepada sesuatu kombinasi produk. Masalah akan timbul sekiranya anda tidak memilih rutin yang sesuai untuk melengkapkan rutin penjagaan anti-jerawat anda. 

Sebagai contoh, sesetengah individu tidak memerlukan kedua-dua bahan seperti Salicylic Acid dan Benzoyl Peroxide. Individu ini mungkin mendapat kesan yang baik dengan salah satu bahan-- ianya memerlukan percubaan untuk mengetahui produk serta bahan terbaik yang disukai oleh kulit. 

Cara lain untuk bereksperimen adalah dengan menggunakan Benzoyl Peroxide dan Salicylic Acid dalam rutin yang berbeza. Anda boleh gunakan produk ini bersilih ganti antara rutin pagi dan malam, ataupun antara hari ke hari. Cara pengasingan ini merupakan cara yang terbaik untuk memberikan kulit anda manfaat kedua-dua bahan ini. 



Produk yang mengandungi Retinol, Niacinamide dan vitamin C juga mampu membantu kulit kerana setiap bahan ini mempunyai bahan yang mampu untuk mengembalikan semula keadaan kulit yang kusam, tidak sekata, pori besar supaya kelihatan lebih berseri, sihat dan licin. 

Produk Anti-Jerawat untuk Kulit Ternyahhidrat, Berminyak

Keadaan kulit kombinasi ini memerlukan penjagaan kulit yang unik. Anda perlu memastikan rutin yang seimbang untuk mengawal serta menumpukan segala isu kulit anda dalam masa yang sama. Hal ini bermakna penggunaan formulasi yang ringan dan mudah diserap adalah penting supaya keadaan pori tidak tersumbat, atau menjadikan kulit lebih berminyak (elakkan penggunaan produk terlalu beremolien). Bahagian seterusnya adalah penting: setiap produk yang dipakai hendaklah mengandungi bahan bermanfaat yang mampu mengembalikan keadaan kulit kepada normal. 


Hal ini bermaksud pemilihan pembersih wajah yang lembut, toner cecair yang penuh dengan bahan skin-replenishing dan serum atau pelembab yang ringan-- lengkap dengan bahan yang menenangkan kulit dan penuh dengan antioksida. Penggunaan pelindung matahari berspektrum luas pada waktu siang, dan dipakai semula selepas beberapa jam adalah penting untuk memastikan kulit mendapat perlindungan penuh daripada matahari. 

Selain daripada produk anti-jerawat, rutin ini mampu membantu anda untuk mendapatkan kulit yang terbaik dalam hidup anda. Ini adalah harapan kami-- supaya anda dapat memilih produk yang sesuai dan berkesan untuk kulit anda.

Berikut merupakan beberapa pilihan daripada kami untuk kulit ternyahhidrat, kering, berminyak dan mudah berjerawat--


Rujukan

  1. Journal of Cosmetic Dermatology, September 2020, pages 2,201–2,211
  2. Journal of Dermatological Treatment, July 2019, pages 3–10
  3. Journal of Clinical Aesthetic Dermatology, 2013, pages 27-35
  4. British Journal of Dermatology, 2013, pages 474-485
  5. American Journal of Clinical Dermatology, 2012, pages 357-64
  6. Seminars in Cutaneous Medical Surgery, 2008, pages 170-176

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.