Tips Mengembalikan Kulit Wajah yang Sihat dan Awet Muda

Tips Mengembalikan Kulit Wajah yang Sihat dan Awet Muda

May 08, 2021

Penjagaan kulit wajah perlu bermula daripada awal. Namun begitu, jangan biarkan perkara ini mematahkan semangat anda. Penjagaan kulit wajah berutin dan konsisten akan memberi manfaat dan mampu untuk mengembalikan keadaan kulit wajah yang sihat dan awet muda.

Tanda penuaan dapat dikesan dan dilihat apabila kulit menjadi kasar, kering, kusm, tidak sekata, kemerahan dan berkedut. Hal ini memberi impak kepada individu. Walaupun tanda penuaan merupakan proses normal yang dialami oleh setiap individu—namun penjagaan wajah yang rapi sedikit sebanyak mampu untuk memperbaiki keadaan kulit supaya kelihatan lebih sihat secara keseluruhannya.

Artikel kali ini akan berkingsi mengenai langkah untuk mengembalikan kulit wajah supaya kelihatan berseri, baru, dan mengembalikan keremajaan kulit anda. Penggunaan dan pemilihan produk yang betul dan komitmen terhadap rutin penjagaan wajah yang efektif sememangnya akan memberi impak positif kepada kulit. Kulit akan kembali lembut, lembab serta awet muda!

Tip Memperbaharui Kulit #1 : Gunakan pelindung matahari dengan betul

Penggunaan pelindung matahari berspektrum luas SPF 30 merupakan langkah yang terpenting untuk langkah mengembalikan seri wajah. Penggunaan pelindung matahari berspektrum luas hendaklah dipakai secara harian. Hal ini kerana pendedahan kulit kepada cahaya matahari tanpa sebarang perlindungan akan mempercepatkan kerosakan kolagen dalam kulit dan menjadikan kulit berkedut, kusam dan tona tidak sekata.

Pelindung matahari Paula’s Choice Skincare tidak hanya memberi perlindungan kulit kepada cahaya matahari. Produk pelindung matahari kami merangkumi dan memenuhi beberapa aspek lain penjagaan kulit. Formulasi pelindung matahari berspektrum luas tidak hanya melembabkan kulit, namun turut diperkayakan dengan antioksida. Antioksida menyumbang kepada perlindungan kulit daripada cahaya matahari dengan mengurangkan impak cahaya matahari kepada kulit. Apabila kedua-dua perlindungan ini digabungkan di dalam sebuah produk yang perlindungan cahaya matahari, ianya merupakan pilihan yang terbaik untuk rutin pagi anda.

Penggunaan pelindung matahari perlu digandungkan dengan cara perlindungan kulit yang lain. Penggunaan payung, topi, berjalan di kawasan teduh, memakai pakaian terlitup, tidak hanya mengurangkan risiko kanser kulit—namun ianya juga mampu mengurangkan tanda penuaan awal usia yang kebiasaannya berpunca daripada pendedahan kepada cahaya matahari tanpa perlindungan yang cukup.

Penggunaan produk pelindung matahari juga perlu dipakai secara cukup dan betul supaya perlindungan penuh dapat diberikan kepada kulit. Kami akan menjawap persoalan yang kerap diajukan berkenaan dengan pemakaian pelindung matahari pada bahagian ini.

i) Berapa banyak produk perlindungan kulit yang perlu di pakai?

Terdapat banyak pendapat mengenai kuantiti produk pelindung matahari  yang perlu dipakai pada kulit. Arahan biasa adalah untuk menggunaakan produk dengan banyak. Pernyataan ini umum, tidak ada kuantiti spesifik yang boleh diberikan yang sesuai untuk kesemua individu. Hal ini kerana setiap individu mempunyai karakteristik unik dan berbeza saiz, keperluan serta tempoh pendedahan kepada cahaya matahari. Kuantiti penggunaan produk akan berbeza bagi keperluan setiap individu.

Cara yang mudah untuk memastikan anda memakai produk perlindungan matahari yang cukup adalah dengan menyapu produk pada kawasan yang terdedah pada kawasan kulit. Sapukan produk sehingga produk meresap pada kulit. Sekiranya anda menghabiskan banyak masa di bawah cahaya matahari, tambah satu lagi lapisan pelindung matahari. 

ii) Kekerapan penggunaan produk pelindung matahari

Peringkat atau rating SPF merupakan ukuran jumlah masa kulit anda terdedah kepada cahaya UV sebelum berubah warna, yang merupakan tanda kerosakan kulit. Sekiranya kulit bertukar warna selepas 15 minit terdedah kepada cahaya matahari tanpa sebarang perlindungan, produk pelindung matahari berSPF30 akan melindungi kulit anda 15 x 30, iaitu sebanyak 450 minit, bersamaat 7.5 jam. Kiraan ini tidak termasuk jumlah yang masa yang anda habiskan ketika di kawasan tidak terdedah kepada cahaya matahari.

Seperti contoh yang dinyatakan di atas, penggunaan SPF 30 secara betul setiap pagi akan melindungi kulit anda pada waktu bekerja normal di dalam kawasan tertutup. Namun, sekiranya anda terdedah kepada terik cahaya matahari sepanjang hari (hal ini terutama sekali sekiranya anda tidak menggunakan pakaian terlitup, topi, cermin mata hitam dan tidak berlindung daripada cahaya matahari), anda perlu memakai semula produk perlindungan matahari seperti yang disarankan pada label. Perkara ini tidak dapat dielakkan dan perlu dipatuhi untuk memberikan perlindungan penuh kepada kulit ada. Produk pelindung matahari tetap mempunyai limitasi tertentu apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari tanpa perlindungan lain.

iii) Lapiskan perlindungan

Pelembab berSPF boleh digunakan sebelum primer berSPF, foundation berSPF berserta dengan bedak kompak berSPF anda! Penggunaan produk ini dalam satu rutin yang sama akan memberikan jaminan perlindungan kulit daripada cahaya matahari yang tidak diingini.

Tip Memperbaharui Kulit #2: Gunakan exfoliant AHA atau BHA

Penggunaan produk pengelupasan bersifat fizikal yang kasar banyak memberi kesan buruk kepada kulit. Penggunaan produk pengelupasan bersifat fizikal turut menyumbang kepada kulit kasar, kering dan hal ini akan mengakibatkan kulit akan menjadi kusam. Penjagaan kulit wajah serta pengelupasan bersifat lembut merupakan langkah yang penting untuk penjagaan kulit yang sihat serta efektif.

Alternatif kepada penggunaan skrub fizikal yang kasar ini boleh digantikan dengan AHA dan BHA. Kedua-dua bahan pengelupasan kimia ini bertindak untuk bertindak lembut untuk menanggalkan lapisan kulit mati yang mengakibatkan kulit kusam, tona kulit tidak sekata serta pori tersumbat. Kesan positif penggunaan produk pengelupasan kimia ini kebiasaannya dapat dilihat dalam tempoh yang singkat!

Skrub fizikal masih boleh digunakan, namun, pastikan skrub yang digunakan tidak bersifat kasar yang diperbuat daripada kekacang, kulit kekacang, bijirin, gula mahupun garam. Permukaan yang tidak sekata bahan ini akan menyumbang kepada koyakan mikro yang tidak dapat dilihat pada kulit yang memberikan impak negatif kepada kulit. Skrub fizikal tidak memberi kesan seefektif produk pengelupasan kimia yang menanggalkan lapisan kulit mati secara lembut.

Nota: Pembersih yang mengandungi AHA dan BHA mempunyai kemampuan yang terhad untuk membuang lapisan kulit mati pada kulit kerana ianya dibilas sebelum ianya mampu memberi manfaat pelelasan lembut pada kulit. AHA dan BHA berfungsi dengan lebik efektif apabila tidak dibilas dan ditinggalkan pada kulit untuk ia menjalankan fungsinya.

Tip Memperbaharui Kulit #3: Gunakan bahan anti-penuaan

Kembalikan keadaan kulit wajah yang sihat dengan menggunakan bahan antioksida yang terbukti secara saintifik mampu untuk mengurangkan penampilan wajah yang mengalami penuaan. Bahan antioksida yang terbukti secara saintifik seperti vitamin C, the hijau, ekstrak anggur dan resveratrol merupakan bahan antioksida efektif untuk penjagaan kulit wajah anti penuaan. Bahan pemulihan kulit seperti retinol, peptide dan niacinamide, dan bahan penambahbaikan kulit seperti gliserin, ceramide dan hyaluronic acid juga merupakan bahan yang boleh digunakan bersama bahan antioksida efektif ini untuk melawan kesan tanda penuaan.

Berhati-hati dengan bahan anti penuaan yang digembar gemburkan yang tidak mempunyai sebarang kajian saintifik yang tidak kukuh apabila digunakan secara topikal pada kulit.

Paula’s Choice Skincare menggunaan gabungan bahan ini dalam produk toner, serum, pelembab dan produk rawatan bertumpu supaya setiap jenis kulit mampu mendapatkan manfaat daripada bahan terbaik ini. Formulasi produk kami menggabungkan pelbagai antioksida efektif bagi melawan tanda penuaan, serta mengembalikan kulit wajah supaya kelihatan sihat dan awet muda.

Antara produk kesukaan pelanggan yang mengandungi bahan antioksida melawan penuaan adalah RESIST Super Antioxidant Concentrate Serum, Peptide Booster, CLINICAL 1% Retinol Treatment, dan  CLINICAL Ceramide-Enriched Firming Moisturizer.

Tip Memperbaharui Kulit #4 : Elakkan bahan yang mengakibatkan kulit sensitif

Tips yang telah dikongsikan pada awal artikal ini membantu untuk mengembalikan keremajaan kulit, namun, senarai tips ini tidak akan lengkap tanpa perkongsian mengenai bahan yang perlu dielakkan. Banyak produk mengandungi bahan bermasalah yang terbukti secara saintifik mengakibatkan risiko kulit sensitif.

Pewangi, sama ada bersifat semulajadi dan sintitik merupakan terletak pada senarai teratas yang mengakibatkan kulit menjadi sensitif. Bauan yang wangi sememangnya menarik, namun ianya tidak semestinya baik untuk kulit.

Hal ini turut sama bagi produk yang mengandungi alkohol denat, lemon, sitrus, eucalyptus, dan witch hazel. Ramai individu yang berpendapat produk yang mengandungi bahan ini tidak bermasalah sekiranya kulit anda tidak memberikan sebarang reaksi negatif. Namun, apabila berbincang mengenai perkara yang mengakibatkan kulit sensitif, walaupun kesannya tidak kelihatan pada kulit wajah (tidak terasa perit, pedih atau kesan kemerahan), ia masih mengakibatkan kesan terkumpul secara perlahan-lahan.

Sesetengah bahan ini memberikan kesan dingin kepada kulit secara tidak langsung menyakinkan anda bahawa produk ini memberi kesan kepada kulit. Sensasi dingin ini adalah merupakan tanda kulit anda diganggu dan bukan dibantu (terutama sekali produk penjagaan kulit wajah lelaki). Anda terkejut dengan kesan positif daripada daripada pemakaian produk yang mengandungi bahan yang mengakibatkan kulit sensitif ini.

Rujukan:

  1. Dermatology Research and Practice, February 2015, ePublication
  2. JAMA Dermatology, February 2014, pages 154–163
  3. Annals of Internal Medicine, June 2013, pages 781–790
  4. Journal of the German Society of Dermatology, July 2012, pages 488–491
  5. Dermatologic Therapy, May-June 2012, pages 252–259
  6. Chemical Immunology and Allergy, March 2012, pages 77–80


Leave a comment

Comments will be approved before showing up.