Tips Mengelak Selaran Matahari atau “Sunburn” - Paula's Choice Malaysia

Tips Mengelak Selaran Matahari atau “Sunburn”

Selaran matahari merupakan salah satu perkara yang menghadkan aktiviti luar bagi individu yang mengutamakan kesihatan kulit. Walaupun menggunakan produk pelindung matahari merupakan proses yang tidak menyeronokkan, menghabiskan masa melakukan aktivir luar dan terdedah daripada cahaya matahari tanpa sebarang perlindungan meningkatkan risiko kanser kulit dan tanda awal penuaan. Oleh itu, cara yang terbaik untuk mengurangkan risiko tersebut adalah untuk menggunakan produk pelindung matahari berspektrum luas dan mempunyai tahap SPF 30 dan ke atas.



Antara kesan terdedah kepada cahaya matahari tanpa perlindungan adalah kulit yang perit, pedih, menggelupas dan serta kesan yang tidak dapat dilihat daripada mata kasar. Walaupun kesan selaran matahari bertahap sederhana yang mana kesan tersebut memberikan tanda merah kepada kulit-- ianya adalah kerosakan yang akan terkumpul dari semasa ke semasa.

Misi kami di Paula’s Choice Skincare adalah untuk membantu anda mendapatkan kulit yang terbaik dan kami mengutamakan keselamatan kulit anda di dalam rumah mahupun ketika beraktiviti di luar rumah.

Bagaimana Kulit Mengalami Selaran Matahari? 

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada risiko serta tahap selaran matahari. Antara faktor penyumbang adalah

  • Warna kulit
  • Jenis pelindung matahari yang digunakan
  • Jumlah penggunaan pelindung matahari
  • Kekerapan penggunaan pelindung matahari apabila terdedah oleh cahaya matahari
  • Tempoh dan masa kulit terdedah kepada cahaya matahari
  • Faktor seperti anda duduk di kawasan terlindung mahupun terdedah secara langsung daripada sinar matahari


Perkara yang kerap diajukan adalah individu masih mengalami selaran matahari walaupun mereka telah menggunakan pelindung matahari dengan banyak serta menggunakan semula pelindung matahari selepas beberapa jam. Perkara ini adalah tidak mustahil disebabkan beberapa perkara yang berikut

  • Salah faham mengenai cara dan jumlah pemakaian pelindung matahari
  • Menggunakan pelindung matahari apabila anda terdedah kepada cahaya matahari berbanding menggunakan pelindung matahari sebelum keluar  rumah
  • Bergantung sepenuhnya kepada pelindung matahari untuk melindungi kulit. Penggunan kaca mata, baju yang memberi pelindungan dari UV, topi dan berlindung dari terik matahari adalah penting dan tidak boleh diabaikan
  • Beranggapan bahawa produk pelindung matahari boleh memberikan perlindungan secara 100% kepada kulit dan berjemur di bawah terik matahari.

Tips Elak Selaran Matahari

Cara yang paling mudah dan senang untuk mengelak daripada mengalami selaran matahari dan kerosakan kulit akibat daripada cahaya matahari adalah untuk tidak keluar daripada rumah. Namun, ianya bukanlah pendekatan yang praktikal bagi semua individu-- dan ianya tidak menyeronokkan! Cara yang terbaik adalah dengan cara mencari kawasan terlindung daripada cahaya matahari apabila keluar daripada rumah, tidak berjemur di bawah terik matahari dan gunakan pelindung matahari dengan banyak SEBELUM anda keluar dari rumah.

Berikut merupakan senarai tips yang terbaik untuk anda melindungi kulit daripada selaran cahaya matahari

  1. Gunakan pelindung matahari berspektrum luas dengan sekata dan mempunyai minimum SPF30 atau lebih untuk semua kawasan kulit yang terdedah daripada cahaya matahari sebelum keluar. Menggunakan produk pelindung matahari dengan banyak bermakna anda boleh merasakan lapisan tebal produk pelindung matahari tersebut pada kulit.

  2. Sekiranya menghabiskan masa pada aktiviti yang melibatkan air atau aktiviti lasak yang berpeluh, gunakan pelindung matahari yang kalis air. Namun, harus diingatkan walaupun label produk dinyatakan kalis air (water resistant), pengunaan semula adalah perlu kerana pelindung matahari tidak tahan lama sekiranya anda berada dalam keadaan yang basah. Pelindung matahari berlabel kalis air akan bertahan selama 40 minit apabila anda terdedah dengan air, manakala pelindung matahari yang berlabel sangat kalis air "very water resistant” akan tahan selama 80 minit. Walaupun perkara ini bukanlah perkara yang menarik untuk diketahui, namun ianya adalah cara yang terbaik untuk menjaga kulit.

  3. Gunakan tahap SPF untuk mengambil kira tempoh perlindungan produk pelindung matahari kepada kulit anda. Cara untuk melakukan ini adalah untuk mengetahui tempoh masa (minit) yang diperlukan untuk kulit berubah warna tanpa pelindung matahari. Kebanyakan individu berkulit cerah mengambil masa selama 10-15 minit, dan individu berkulit lebih gelap mengambil tempoh masa yang agak lama untuk kulit berubah warna. Jadi, sekiranya anda menggunakan SPF30, anda darabkan nombor dan jumlah minit kulit berubah warna apabila terdedah dengan cahaya matahari.

  4. Sekiranya anda akan menghabiskan masa pada terik matahari, cadangan terbaik daripada FDA adalah untuk menggunakan semula pelindung matahari setiap 2 jam. Walaupun perkara ini tidak praktikal bagi kebanyakan individu, namun perkara yang terbaik adalah dengan mengikuti cara ini selagi mampu, kerana kulit anda akan berterima kasih kepada anda.

  5. Lindungi kulit kepada dan leher dengan menggunakan topi lebar yang boleh melindungi kawasan ini daripada cahaya matahari. Topi besbol juga membantu, namun topi ini tidak memberi perlindungan pada bahagian leher dan telinga.

  6. Kami berharap semua individu boleh mengenakan pakaian yang melindungi kulit daripada sinar UV apabila anda terdedah kepada cahaya matahari apabila menghabiskan di tepi pantai, sebagai contoh. Kami tahu bahawa memakai pakaian secara minima di tepi pantai di musim panas adalah lebih bergaya, seksi dan menarik-- namun ianya memberikan kesan yang buruk kepada kulit anda.

  7. Gunakan cermin mata hitam yang mempunyai perlindungan daripada UV untuk melindungi kulit sekitar kawasan mata dan mata. Cahaya matahari juga akan memberikan kesan buruk pada jangka masa panjang, dan hal ini juga turut dibincangkan oleh para ophthalmologist.

  8. Elakkan berada pada kawasan yang terdedah daripada cahaya matahari pada pukul 10 pagi sehingga 2 petang.

  9. Dapatkan perlindungan dengan berlindung pada kawasan yang redup. Terdedah kepada terik matahari bukanlah perkara yang terbaik boleh dilakukan walaupun dengan pemakaian produk pelindung matahari.
  10. Dapatkan perlindungan dan pergi ke tempat redup sekiranya kulit telah menjadi merah atau merah jambu, walaupun anda telah menggunakan pelindung matahari.


Ambil perhatian untuk menggunakan pelindung matahari pada kawasan yang kerap diabaikan daripada perlindungan cahaya matahari seperti telinga, kaki, kulit kepada, leher dan belakang tangan.

Bahan Penjagaan Kulit Wajah serta Sensitiviti Kepada Matahari

Sensitiviti cahaya matahari atau dikenali sebagai photosensitivity merupakan keadaan yang mengakibatkan kulit menjadi sensitif kepada sebarang pendedahan cahaya matahari. Sensitiviti jenis ini boleh berpunca daripada bahan penjagaan kulit wajah. Hal ini juga boleh menjadi lebih teruk dengan kandungan ektrak tumbuhan yang menjadikan kulit menjadi lebih teruk.

Sekiranya kulit anda dalam keadaan fotosensitif, anda juga lebih mudah untuk mengalami selaran matahari-- jadi ianya adalah penting untuk anda mengikuti segala tips yang telah diberikan. Semak bahan penjagaan kulit wajah anda untuk bahan berikut, yang mana ianya boleh mengakibatkan kulit menjadi sensitif apabila terdedah dengan cahaya matahari

  • St. John’s Wort
  • Pewangi seperti Coumarin dan Limonene
  • Minyak sitrus seperti lemon, limau nipis, limau gedang (Grapefruit), dan Bergamot
  • Minyak Lavender
  • Minyak Rosemary
  • Minyak Sandalwood
  • Minyak tumbuhan daripada keluarga Umbelliferae termasuklah Parsli, Lobak Merah, Dill, Angelica, Bunga Lawang dan Jintan
  • Glycolic atau Lactic Acid (AHA)
  • Benzoyl Peroxide

Kenali dan Belajar daripada Selaran Matahari

Selaran matahari yang berlaku setahun sekali mungkin bukan perkara yang serius. Namun kajian jelas menyatakan bahawa pendedahan kulit kepada cahaya matahari secara berulang, mendapat selaran matahari atau kerap menggelapkan kulit di salon akan mengakibatkan kulit mengalami tanda penuaan lebih awal daripada biasa. Perkara ini juga mengakibatkan kerosakan lanjut yang tidak akan menganggu keadaan kulit anda.

Penggunaan produk pelindung matahari, pakaian yang melindungi kulit daripada terik matahari dan mengikuti setiap cadangan, anda boleh mengelak daripada risiko selaran matahari yang menyakitkan-- dan dapat mengurangkan risiko tanda penuaan pra-matang, termasuklah kedutan, tekstur kulit yang tidak lembut, bintik hitam serta tona kulit tidak sekata.

Dapatkan produk pelindung matahari di sini.

 

Rujukan

  1. British Journal of Dermatology, February 2015, pages 475-483
  2. Photodermatology, Photoimmunology, and Photomedicine, June 2012, pages 120-126
  3. Indian Journal of Dermatology, Venereology, and Leprology, June 2012, Supplement, pages S9-S14
  4. Journal of the American Academy of Dermatology, November 2011, Supplement, pages S14-S123
  5. Toxicology in Vitro, June 2006, pages 480-489
  6. Journal of Photochemistry and Photobiology, November 2001, pages 105-108

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.