Tips Mengecilkan Pori dan Blackhead
Blackhead terhasil apabila kulit mengeluarkan lebihan sebum atau minyak. Lebihan sebum yang bercampur dengan lapisan kulit mati di dalam pori menjadikan pori tersumbat. Pori yang tersumbat menjadikan pori meregang dan menjadi besar. Sebum yang terperangkap bersama kulit mati kemudiannya teroksida lalu menghasilkan blackhead.
Namun, usah risau. Penggunaan produk yang membantu mengecilkan saiz pori secara konsisten akan membantu mengurangkan isu ini. Namum ianya adalah penting untuk mengetahui bagaimana punca pori menjadi besar dan blackhead terhasil. Punca ini seterusnya akan memudahkan pencarian efektif yang menangani isu ini.
Bagaimana Pori Menjadi Besar?
Pori yang besar bermula daripada kelenjar minyak yang menghasilkan sebum secara berlebihan. Lebihan sebum ini bercampur dengan bahan lain seperti kulit mati serta kotoran di dalam pori da menjadikan ianya tersumbat. Hal ini seterusnya menjadikan laluan untuk minyak di kawasan kulit muka menjadi tersekat dan menjadikan pori kelihatan besar.
Walaupun pori menjadi besar untuk memberikan ruangan kepada minyak untuk mengalir keluar, namun risiko untuk minyak menjadi tersekat terutama sekali di bahagian hidung masih wujud. Akibat daripada sekatan kelenjar minyak untuk keluar, minyak akan terkumpul bersama kulit mati serta kotoran pada kawasan pori yang tersumbat menjadikan kawasan yang terdedah kepada udara dan teroksida—lalu mewujudkan minyak teroksida di permukaan pori tersumbat yang dipanggil blackhead.
Tips mengecilkan pori
Perkara utama yang perlu anda lakukan untuk menangani isu pori adalah dengan mengenal pasti produk serta bahan yang perlu anda guna dalam rutin penjagaan kulit. Penggunaan bahan yang salah bukan hanya tidak akan memberikan hasil yang diinginkan, malahan akan mengakibatan isu pori tersumbat akan menjadi bertambah teruk. Ikuti langkah berikut untuk mendapatkan penyelesaian daripada masalah pori dan menjadikan kulit anda lebih licin dan lembut!
- Elakkan penggunaan sabun buku atau bahan penjagaan kulit wajah yang akan mengakibatkan pori tersumbat. Bahan yang menjadikan sabun buku kekal keras akan menyumbang kepada isu pori tersumbat. Sekiranya kulit anda berminyak, elakkan penggunaan produk yang berat, tekal dan berminyak.
- Gunakan pencuci muka lembut dan larut air. Elakkan pencuci yang menggunakan surfaktan yang kasar dan keras. Hal ini akan menjadikan kulit akan menjadi lebih berminyak.
- Elakkan penggunaan skrub kasar dan berus pembersih wajah yang kasar. Skrub fizikal tidak mampu untuk membuang blackhead. Skrub fizikal bertindak kasar kepada kulit dan akan menjadikan kulit menjadi kering, bersisi dan menambah lapisan kulit mati yang seterusnya menyumbang kepada pori tersumbat.
- Jangan tidur tanpa menanggalkan solekan. Tidur dalam keadaan bersolek akan mengakibatkan isu pori tersumbat akan menjadi lebih teruk.
- Exfoliate kulit dengan menggunaan bahan yang tidak menghakis kulit anda. Pilihan leave-on exfoliant yang mempunyai salicylic acid adalah pilihan terbaik bagi kulit berminyak. Salicylic acid tidak hanya bertindak untuk membuang lapisan kulit mati, namun bertindak jauh ke dalam pori untuk membantu mengeluarkan pori yang tersumbat. Apabila pori tidak lagi tersekat, tiada lagi halangan yang akan berlaku pada laluan minyak pada wajah dan menjadikan pori mengecil.
- Gunakan produk yang mempunyai niacinamide. Apabila pori membesar pada saiz yang tidak normal, niacinamide berfungsi untuk mengecilkan semua pori yang telah diregangkan akibat daripada pori tersumbat. Niacinamide membantu untuk mengembalikan fungsi kulit yang sihat supaya mengecilkan keadaan pori yang telah tersumbat. Niacinamide juga bertindak untuk mengawal pengeluaran sebum pada kulit wajah dan “mengajar” kelenjar minyak supaya tidak menghasilkan minyak secara berlebihan.
Apakah bahan lain yang membantu pori besar?
Bagi masalah pori tersumbat dan blackhead yang masih degil, pertimbangkan pilihan yang akan dibincangkan dibawah untuk memberi hasil yang lebih baik:
- Gunakan topeng penjagaan kulit yang berasaskan tanah liat (clay mask) untuk membantu mengecilkan penampilan pori yang besar. Topeng penjagaan kulit wajah yang berasaskan tanah liat berfungsi untuk menyerap minyak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak pada kulit wajah. Anda juga boleh menggunakan produk yang menyerap minyak di bawah solekan.
- Sekiranya blackead masih tidak dapat dikawal dengan cara yang dicadangkan—pertimbangkan lawatan ke pejabat pakar estetik untuk pengekstrakan blackhead secara selamat. Elakkan mengekstrak blackhead secara sendiri tanpa panduan yang betul. Kal ini akan mengakibatkan pori menjadi koyak dan cedera. Pori yang mengalami trauma akan kelihatan besar dan terbuka dan tidak boleh dirawat dengan sebarang produk kosmetik.
Rujukan
- Seminars in Cutaneous Medicine and Surgery, March 2008, pages 170-176
- Dermatologic Surgery, Volume 31, Part 2, 2005, Discussion 865
Leave a comment