Tips Mengecilkan Penampilan Pori Besar

Penampilan pori yang besar terhasil apabila kulit menghasilkan minyak dengan banyak dan bercampur dengan kulit mati yang terkumpul pada lapisan pori. Sebum yang tersumbat akibat daripada lapisan kulit mati kemudiannya teroksida dan membentuk blackhead.



Usah risau! Penggunaan produk yang membantu mengurangkan penampilan pori dapat membantu mengurangkan isu yang dialami. Namun, langkah utama perlulah mengetahui perkara apa yang berkesan untuk kulit dengan efektif, serta bagaimana pori besar serta blackhead boleh terjadi.

Mengapa Pori Kelihatan Besar?

Perkara ini bermula apabila kelenjar minyak terlebih menghasilkan sebum. Lebihan sebum ini bercampur dengan bahan lain seperti kulit mati pada bahagian pori dan mengakibatkan pori tersumbat. Maka, disebabkan oleh pengaliran minyak yang tidak lancar pada kulit menjadikan pori tersumbat dan kelihatan besar.



Walaupun pori membesar untuk membuka laluan sebum untuk  mengalir keluar, lebihan sebum boleh terperangkap (terutama sekali pada bahagian hidung) dengan kulit mati. Apaila perkara ini terjadi, minyak dan lebihan kulit mati menyekat laluan pori-- bahagian penghujung pori terdedah kepada udara. Apabila bahagian ini terdedah kepada udara, ianya kemudian akan menghasilkan blackhead.



Dr. Corey Hartman menekankan bahawa penghasilan minyak serta saiz pori ditentukan oleh genetik.

Pori Besar 101

Mencari punca dalam rutin harian yang mengakibatkan isu kulit ini serta mengenali bahan yang terbaik bagi merawat keadaan ini adalah cara terbaik untuk memperbaiki penampilan kulit anda. Ikuti langkah berikut untuk mendapatkan kulit yang lembut dan licin!

  • Jangan gunakan sabun buku atau produk penjagaan kulit wajah yang boleh menyumbat pori.
    Bahan dalam sabun buku yang menjadikan ianya kekal dalam keadaan padu boleh mengakibatkan pori tersumbat. Anda perlu mengelak penggunaan produk yang berat dan berminyak-- terutama sekali sekiranya anda mempunyai kulit yang berminyak.
  • Gunakan pencuci wajah yang lembut, larut air dan elakkan pencuci wajah yang mengeringkan kulit.
    Produk yang berfomulasi kasar akan mengakibatkan kulit menjadi lebih berminyak dengan teruk.
  • Elakkan penggunaan skrub kasar dan berus pembersih yang kasar. Anda tidak boleh membuang blackhead dengan skrub kasar. Ianya akan mengakibatkan kulit kering dan menggelupas, dan seterusnya menyumbang kepada pori yang tersumbat.
  • Tanggalkan solekan wajah sebelum tidur.
    Mengabaikan pencucian wajah yang sempurna pada waktu malam akan mengakibatkan pori tersumbat dengan lebih teruk.
  • Buang lapisan kulit mati dengan menggunakan salicylic acid. Penggunaan salicylic acid mampu membuang lapisan kulit mati serta meresap jauh ke dalam pori untuk mengeluarkan segala kekotoran yang menyumbang leliang dan kemudiannya menyumbang kepada penghasilan blackhead. BHA yang bertindak membuang lapisan serta lebihan minyak pada bahagian pori membantu aliran sebum pada kulit wajah dengan lebih lancar, oleh itu ianya membantu pori supaya kelihatan seperti asal.
  • Gunakan produk berasaskan niacinamide.
    Apabila pori telah diregang luar daripada saiz normal, niacinamide membantu mengembalikan saiz pori kepada saiz normal.

 

Apakah Cara Lain Bagi Membantu Penampilan Pori Besar?

Bagi isu blackhead yang lebih degil, boleh pertimbangkan tambahan rutin berikut bagi mendapatkan hasil yang lebih dramatik:

  • Serap lebihan minyak kulit wajah dengan mask tanah liat (clay mask) mampu membantu mengurangkan penampilan pori  yangbesar disebabkan oleh sifat tanah liat yang menyerap minyak. Anda juga boleh menggunakan produk yang menyerap minyak sebelum menggunakan solekan bagi mengawal minyak.
  • Sekiranya blackhead degil masih muncul, boleh membuat ektraksi blackhead daripada pakar esktetik yang berlesen. Pakar estetik dapat mengeluarkan blackhead tanpa merosakkan kulit anda. Anda juga boleh melakukan ektraksi dari rumah, namun ikuti arahan dengan berhati dan elakkan daripada kekasaran kepada kulit yang boleh mendatangkan kecederaan.
  • Microdermabrasion dengan alatan penyedut kekotoran pada kulit adalah bahan yang terbaik untuk membantu pori yang tersumbat dengan cara yang lembut.

Dapatkan produk BHA di sini.

Dapatkan produk Niacinamide di sini.

Dapatkan mask di sini.

Rujukan

  1. Seminars in Cutaneous Medicine and Surgery, March 2008, pages 170-176
  2. Dermatologic Surgery, Volume 31, Part 2, 2005, Discussion 865

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.