Tips Mendapatkan Kulit Sihat

Tips Mendapatkan Kulit Sihat

May 14, 2022

Kulit yang berseri merupakan idaman semua individu (1). Namun, bagi mendapatkan hasil yang terbaik -- ianya bergantung kepada rutin harian serta bahan yang digunakan bagi membantu kulit anda kelihatan ssihat. Rahsianya? Memahami faktor mengapa kulit menjadi kusam dan cara untuk  merawat permasalahn ini dapat memberikan kulit yang anda idamkan (2). Berikut merupakan tips untuk kulit sihat yang anda idamkan! (2)

  • Gunakan pembersih wajah dua kali sehari.
  • Gunakan produk penjagaan kulit yang padat dengan antioksida.
  • Gunakan ekfolian bagi membantu lapisan kulit mati dan membantu pori tersumbat.
  • Gunakan produk yang boleh menjaga mikrobiom serta pertahanan kulit.
  • Gunakan pelindung matahari pada waktu siang.

Bagaimanakah Cara Untuk Mengenali Kulit Sihat?

Sekiranya kulit anda kelihatan serta bertindak secara normal-- ianya adalah sihat. Namun, sekiranya anda tidak melakukan pencegahan serta tidak mengambil langkah untuk mengekalkan kulit yang sihat daripada kerosakan kulit akibat daripada cahaya matahari-- ianya tidak akan kekal sebegitu buat selama-lamanya! Selain daripada penjagaan kulit, pemakanan juga penting. Kajian telah membuktikan perkaitan antara kesihatan kulit, pendedahan kepada faktor luaran, serta pilihan makanan. (2,3)

Kulit yang tidak sihat lebih mudah untuk dikenalpasti; anda dapat melihat kesan cela, kulit tidak selesa, tekstur kasar atau menggelupas, serta tona tidak sekata. Anda juga mungkin mengalami kulit yang kusam, seolah-olah tiada seri! (4).

Apakah Rutin Penjagaan Kulit Wajah Yang Membantu Memberikan Kulit Sihat?

Gunakan pelembab yang mengandungi bahan yang memperkukuhkan pertahanan kulit serta mengembalikan mikrobiom kulit. Penggunaan bahan yang membantu memperkukuhkan pertahanan kulit, kulit akan menjadi sihat, segar dan berseri!

Berikut merupakan langkah untuk menggunakan bahan yang dinyatakan dalam rutin:

  1. Bersihkan dan keringkan kulit.
  2. Gunakan toner yang melembabkan kulit.
  3. Gunakan exfoliant tanpa bilas AHA atau BHA.
  4. Sekiranya anda menggunakan serum, booster, atau produk rawatan-- gunakan selepas exfoliant.
  5. Sapukan pelembab pada bahagian muka, leher dan bahagian mata.

Pada rutin waktu siang, akhiri dengan penggunaan pelindung matahari berspektrum luas. Pada rutin malam, gunakan produk bawah mata pada langkah terakhir.
 
Tips Kulit Sihat

Selain daripada tips yang dinyatakan di atas, berikut merupakan beberapa tips tambahan yang boleh anda lakukan untuk menjadikan kulit kelihatan sihat.

  • Pastikan produk tanpa bilas anda mengandungi bahan antioksida. Campuran antioksida dapat membantu meneutralisasikan kerosakan kulit akibat cahaya matahari yang seterusya merosakkan kulit (7).
  • Gunakan produk yang membantu pertahanan kulit seperti ceramide, niacinamide dan omega fatty acid. Apabila pertahanan kulit kukuh, kulit akan kelihatan lebih licin, lembut dan berseri! (8)
  • Gunakan pembersih wajah lembut dan menggunakan surfaktan larut air supaya kulit kelihatan lembut dan licin-- dan tidak tegang, ketat dan kering. Pencuci wajah seharusnya mudah dibilas, tanpa meninggalkan sisa yang mengakibatkan kulit kusam (9).
  • Elakkan produk yang mempunyai pewangi. Produk penjagaan wajah yang mempunyai pewangi boleh mengakibatkan kulit sensitif dan menjadi potensi iritasi.

Rujukan

  1. Philosophical Transactions of the Royal Society B, June 2011, pages 1,638-1,659
  2. Frontiers in Pharmacology, July 2019, ePublication
  3. Reviews in Endocrine & Metabolic Disorders, September 2016, pages 443-448
  4. Annals of the Brazilian Society of Dermatology, May-June 2017, pages 367-374
  5. Seminars in Cutaneous Medicine and Surgery, June 2014, pages 98-103
  6. Experimental Dermatology, January 2020, pages 15-21
  7. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, April 2019, pages 46-53
  8. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, April 2016, Supplement 1, pages S2-S8
  9. Dermatology Research and Practice, August 2012, ePublication
  10. Allergologie Select, August 2017, pages 190-199
  11. Skin Pharmacology and Physiology, June 2008, pages 124-135


Leave a comment

Comments will be approved before showing up.


Also in Tips Penjagaan Kulit

6 Mitos Jerawat
6 Mitos Jerawat

September 24, 2022

Read More

Selamat Tinggal Jerawat Badan!
Selamat Tinggal Jerawat Badan!

September 17, 2022

Read More

Kelebihan Penggunaan Retinol Dan Niacinamide
Kelebihan Penggunaan Retinol Dan Niacinamide

September 10, 2022

Read More