Tips Mendapatkan Kulit Dewy Tanpa Solekan

Lembapan sahaja tidak akan mampu untuk merangkumi kesemua keperluan kulit. Sekiranya ketika ini anda belum menggunakan pengelupas tanpa perlu bilas (leave-on exfoliant) yang diformulasi dengan baik setiap hari, anda boleh tambah penggunaan produk ini dalam rutin penjagaan kulit wajah. Produk yang mengandungi bahan yang membuang kulit mati tetapi menawarkan lebih daripada itu; produk yang betul akan melonggarkan ikatan yang menahan kulit mati pada permukaan kulit yang menyebabkan pori tersumbat dan kulit kelihatan kusam. Setelah ikatan ini dilonggarkan, ianya akan menjadikan wajah cerah, halus, tona kulit lebih sekata, terhidrasi dan bebas jerawat. Anda akan mula nampak kesannya secepat semalaman – dan mencari pengelupas yang betul untuk jenis kulit anda tidaklah sukar. Kebaikan lain bagi pengelupasan yang cepat dan lembut ialah produk – produk penjagaan kulit anda yang lain akan bekerja dengan lebih berkesan, setelah permukaan penghalang (kulit mati) dibuang. 

 

 

Pencarian produk pelembab siang berSPF atau pelindung matahari adalah penting. Ramai individu tidak menyedari bahawa pendedahakan kepada cahaya matahari tanpa perlindungan mengakibatkan kulit anda berisiko mengalami kerosakan. Pendedahan kepada cahaya matahari adalah penyebab utama kemerahan, kerengsaan, tekstur kulit yang kasar, dan tona kulit yang tidak sekata — pada dasarnya semuanya kecuali cahaya sihat dan kesan “dewy” yang kita semua impikan. Kami di Paula's Choice Skincare telah merumuskan pelbagai jenis pelembap berSPF untuk setiap jenis kulit: sama ada anda perlu menyeimbangkan minyak, mengurangkan kilauan, meningkatkan kelembapan, atau mengurangkan kemerahan. Sekiranya anda tidak menyukai tekstur berat produk pelindung matahari pada permukaan kulit, salah satu formula kami yang ringan yang akan pasti akan mengubah fikiran.



Radiance Renewal Mask menjadikan kulit anda kelihatan dewy dengan langkah yang minimal. Gel pencerah kulit semalaman ini adalah tiket kepada semua jenis kulit untuk  mendapatkan kulit bersinar. Rumusannya yang mewah dan halus menghidrat, melembutkan, dan - dengan kompleks pencerah yang terkandung dalam formulasi ini menjadikan kulit segar dan kelihatan dewy, sihat dan sempurna.

Moisture Renewal Booster merupakan penambahan terbaik untuk kulit yang kemerahan dan kering. Sukar untuk mencari minyak wajah yang bebas wangian - elemen terpenting untuk kulit yang sihat. Tetapi oil booster ini mengandungi sembilan minyak tumbuhan yang tidak wangi, lembut dan berkhasiat. Mereka membekalkan asid lemak dan antioksidan penting, yang dapat membantu kulit kering, meredakan kemerahan, dan memberikan kecerahan yang sihat, dan dewy.

Rujukan

  1. The American Cancer Society, April 2017, ePublication
  2. Indian Journal of Dermatology, May-June 2016, pages 279–287
  3. Dermatology Research and Practice, February 2015, ePublication
  4. Phytotherapy Research, August 2015, volume 29, issue 8, pages 1117–1122
  5. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, March 2014, pages 27–29; and February 2010, pages 22–41
  6. Advances in Dermatology and Allergology, 2014, issue 6, pages 351–355
  7. Journal of Cosmetic and Laser Therapy, December 2014, issue 6, page 271–278
  8. Indian Dermatology Online Journal, April-June 2013, issue 2, pages 143–146
  9. Journal of Cosmetic Science, January 2012, pages 43–54
  10. Clinics in Dermatology, May-June 2012, pages 335–344
  11. Journal of the American Academy of Dermatology, November 2012, pages 1013–1024
  12. Journal of Clinical Oncology, January 2011, pages 257–263

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.