Tips Menangani Jerawat

Faktor Pertumbuhan Jerawat

Jerawat kebiasaannya berpunca daripada penghasilan sebum yang berlebihan dan terkumpul pada lapisan pori. Apabila lebihan minyak ini tidak dapat dikeluarkan daripada pori, pori akan menjadi tersumbat. Pori tersumbat ini kemudiannya bergabung dengan lapisan kulit mati, mengakibatkan pengumpulan bahan pekat, berlilin yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan jerawat pada kulit. (1,2).

Selain daripada faktor yang dinyatakan, terdapat faktor lain yang turut membantu pertambahan jerawat, namun kajian menunjukkan bahawa protokol efektif seperti penggunaan pencuci wajah yang lembut, salicylic acid, benzoyl peroxide akan membantu garis utama pertahanan daripada jerawat (3).

Tips Mencegah Jerawat



Langkah 1: Bersihkan wajah dengan sederhana. Banyak pencuci wajah di pasaran mengandungi bahan yang kasar kepada kulit dan menjadikan kulit mengalami infamasi dan kulit menjadi kering. Kunci utama bagi pencarian produk pencuci kulit wajah adalah dengan menggunakan pencuci wajah yang lembut, tiada bahan pewangi yang diformulasikan dengan seimbang untuk membuang lebihan minyak, solekan serta kotoran pada kulit wajah tanpa menjadikan kulit kering (4). Basuh muka pada waktu pagi, dan malam.

Langkah 2: Redakan kesesakan pori tersumbat dengan Salicyic Acid. Salicylic Acid merupakan bahan yang terbukti berkesan untuk membuang lapisan kulit mati yang terkumpul di atas kulit dan meresap jauh ke dalam pori untuk membuka laluan pori yang tersumbat untuk mengurangkan jerawat (5). Salicylic Acid mempunyai ciri anti-inflamasi yang mengurangkan kesan kemerahan serta kesan iritasi yang kebiasannya muncul dengan jerawat (3). Gunakan Salicylic Acid sekali atau dua kali sehari, mengikut keperluan kulit serta tahap keterukan jerawat.

Langkah 3: Gunakan rawatan pencegahan. Kesalahan biasa adalah untuk menunggu jerawat untuk muncul sebelum menggunakan rawatan bertumpu untuk jerawat. Cara yang lebih efektif adalah dengan menggunakan bahan anti-jerawat dengan efektif bagi memberhentikan pertumbuhan jerawat untuk muncul kepada kulit. Bagi kesan yang lebih efektif, gunakan rawatan jerawat seperti Benzoyl Peroxide dalam rutin harian bagi memberhentikan aktiviti jerawat yang aktif pada kulit dan mengelak jerawat untuk muncul pada masa hadapan. (6)

Perlu diingatkan bahawa perlindungan daripada cahaya matahari adalah sangat penting. Kerosakan kulit akibat daripada cahaya UV menganggu kemampuan kulit untuk sembuh dan menjadikan jerawat, serta kesan cela akan tinggal dengan lebih lama pada kulit (7). Produk pelindung cahaya matahari sebelum ini agak pekat, berat untuk kulit, namun, formulasi baru pelindung matahari untuk kulit yang cenderung untuk berjerawat mempunyai tekstur yang ringan, tidak melekit supaya semua individu dapat mendapatkan perlindungan daripada cahaya matahari yang sewajarnya tanpa ada kerisauan untuk menyumbat liang pori.

Rawatan Jerawat Untuk Badan

Rawatan jerawat untuk badan mempunyai prinsip yang sama dengan penjagaan pada kulit wajah. Elakkan penggunaan sabun buku yang meninggalkan sisa pada kulit yang boleh mengakibatkan pori tersumbat, dan mengakibatkan jerawat pada belakang badan dan dada. Cari pembersih badan larut air yang dibilas sempurna. Ikuti rawatan jerawat badan dengan penggunaan rawatan Salicylic Acid.

Dapatkan produk rangkaian CLEAR di sini.

Rujukan
1. Molecules, August 2016, ePublication
2. Clinical Dermatology, September 2004, pages 360-366
3. StatPearls, January 2020, ePublication
4. CMAJ: Canadian Medical Association Journal, April 2011, pages 430-435
5. Experimental Dermatology, July 2019, pages 786-794
6. American Journal of Clinical Dermatology, December 2012, pages 357-364
7. American Journal of Clinical Dermatology, August 2012, pages 3-17


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.