Tips Melawan Kulit Kusam dan Tona Tidak Sekata

Tips Melawan Kulit Kusam dan Tona Tidak Sekata

October 30, 2021

Tona kulit tidak sekata merupakan salah satu tanda penuaan yang jelas terlihat pada kawasan kulit. Terdapat pelbagai faktor yang mengakibatkan kulit kusam dan tona kulit tidak sekata. Lambakan produk di pasaran yang menyasarkan isu kulit ini menyukarkan pengguna untuk memilih produk yang bertindak efektif untuk kulit. Tambahan lagi, produk yang menyasarkan manfaat pencerahan ini turut mengandungi bahan yang boleh mencetuskan kulit sensitif.

Terdapat banyak bahan yang telah terbukti secara saintifik mampu menyekatakan tona kulit dan tona kulit yang lebih sihat. Paula’s Choice mempunyai pilihan produk yang terbukti secara kajian saintifik untuk memberi kesan efektif. Formulasi daripada Paula’s Choice tidak mengandungi bahan yang mengakibatkan iritasi kulit.

Senarai berikut merupakan bahan yang terbukti berkesan untuk pencerahan kulit. Tidak hanya bahan berikut membantu kulit supaya kelihatan lebih cerah, namun ianya membantu melawan tanda penuaan seperti garis halus dan kedutan!

Niacinamide + Acetyl Glucosamine

Kedua-dua bahan duo ini, niacinamide dan acetyl glucosamine mempunyai kajian yang kukuh menunjukkan keupayaan kedua-dua bahan ini untuk mengurangkan tanda kemerah-merahan dan tona kulit tidak sekata.

Gabungan bahan ini boleh dijumpai dalam formulasi Clinical Niacinamide 20% Treatment. Serum inovatif ini merangkumi pelbagai bahan antioksida lain yang membantu kesihatan kulit, menjadikan pertahanan kulit menjadi lebih kikuh dan seterusnya menjadikan tona kulit lebih sihat dan sekata.

Tranexamic Acid + Niacinamide

Gabungan tranexamic acid dan niacinamide merupakan bahan yang terbukti secara kajian untuk menyekatakan tona kulit dan menyasarkan kesan pigmentasi yang degil dan bertompok. Tranexamic acid dan niacinamide berfungsi dengan menyasarkan laluan berbeza dan membantu memudarkan kesan jeragat, pigmentasi degil dan menyekatakan tona kulit.


Duo ini boleh di dapati dalam formulasi CLINICAL Discoloration Repair Serum, membantu memudarkan kesan pigmentasi, tona kulit tidak sekata, tompok hitam, kesan cela bekas jerawat dan kesan merah.

 Ascorbic Acid: Vitamin C

Konsentrasi ascorbic acid (Vitamin C asli) yang tinggi dalam sesebuah formulasi terbukti meningkatkan penampilan tona kulit tidak sekata. Kajian juga membuktikan dengan menggabungkan vitamin C dan bahan pencerah yang lain seperti anti-oksida, ekstrak likoris, ekstrak bearberry mampu memberikan hasil yang efektif untuk tona kulit yang sekata, dan sihat.

Untuk rawatan menyeluruh, gunakan C15 Super Booster sebelum serum dan pelembab. C15 Super Booster merupakan formulasi ringan yang mengandungi 15% ascorbic acid dengan campuran peptide dan antioksida untuk kulit yang lebih anjal, sekata dan sihat.



Untuk rawatan bertumpu, gunakan vitamin C berkonsentrasi tinggi C25 Super Booster.

Azelaic Acid

Azelaic acid berkonsentrasi tinggi (10% dan keatas) memberi kesan dramatik bagi kulit bertompok, tona kulit tidak sekata dan kulit kusam. Azelaic acid mempunyai kebolehan untuk melawan kulit kusam supaya kelihatan lebih sihat. Azelaic acid sesuai untuk semua jenis kulit dan sesuai untuk kulit sensitif dan kulit cenderung untuk berjerawat. 10% Azelaic Acid Booster menggabungkan bahan menenangkan dan mencerahkan kulit, berserta tambahan 0.5% salicylic acid untuk membantu pori, serta adenosine untuk  tambahan manfaat anti-penuaan.  

Mengapa Perlindungan daripada Cahaya Matahari adalah Penting

Penggunaan pelindung cahaya matahari berspektrum luas SPF30 dan keatas merupakan langkah utama dan terpenting untuk membantu merawat tona kulit tidak sekata dan kulit kusam. Penggunaan seperti yang disarankan pada botol produk mampu mengurangan risiko kanser kulit dan tanda awal penuaan yang disebabkan oleh cahaya matahari. Sekiranya anda tidak menggunakan pelindung matahari sepanjang tahun, anda tidak akan dapat mengekalkan tona kulit yang sihat dan sekata, walaupun ada menggunakan pelbagai produk yang mengandungi bahan pencerah kulit yang terbukti secara saintifik.

Paula’s Choice Skincare mempunyai pelbagai pilihan pelindung matahari dalam rangkaian kami, yang merangkumi pelindung matahari berasaskan mineral dan sintetik. Kepelbagaian pelindung matahari daripada rangkaian kami membolehkan pengguna untuk memilih produk mengikut jenis kulit serta pilihan peribadi!  

Kulit berminyak, kombinasi dan mudah berjerawat :

  • RESIST Super-Light Wrinkle Defense SPF 30
  • RESIST Youth-Extending Daily Hydrating Fluid SPF 50
  • CALM Sensitive Daytime Moisturizer SPF 30 (Oily / Combination)
  • SKIN BALANCING Ultra-Sheer Daily Defense Broad Spectrum SPF 30
  • CLEAR Ultra-Light Daily Fluid SPF 30+

Kulit normal, kering :

  • DEFENSE Essential Glow Moisturizer SPF 30
  • RESIST Skin Restoring Moisturizer with SPF 50
  • SKIN RECOVERY Daily Moisturizing Lotion SPF 30
  • CALM Sensitive Daytime Moisturizer SPF 30 (Normal / Dry)

Perbezaan produk bagi kulit berminyak, normal dan kering adalah dari segi tekstur. Walaupun anda mempunyai kulit kering, sekiranya anda menggemari produk yang bertekstur ringan, anda bebas untuk memilih produk yang sesuai dengan pilihan anda-- walaupun ianya untuk kulit berminyak. Begitu juga untuk individu kulit kombinasi berminyak, yang menggemari formulasi yang kaya untuk membantu penghidratan kulit. 

Pelindung Matahari untuk Badan 
Kawasan badan juga memerlukan perlindungan daripada cahaya matahari terutama sekali sekiranya bahagian anda terdedah. Anda boleh gunakan EXTRA CARE Non-Greasy Sunscreen SPF 50, mempunyai tekstur ringan untuk kulit badan.

Rujukan

  1. Journal of Drugs in Dermatology, May 2019, pages 454–459
  2. International Journal of Women’s Dermatology, February 2019, pages 30–36
  3. The Jounal of Clinical and Aesthetic Dermatology, August 2014, pages 13-17
  4. International Journal of Molecular Sciences, June 2013, pages 12,222-12,248
  5. Indian Dermatology Online Journal, April-June 2013, pages 143-146
  6. Archives of Dermatological Research, November 2011, pages 669-678
  7. British Journal of Dermatology, February 2010, pages 435-441
  8. Journal of Cosmetic Dermatology, March 2007, pages 20-26


Leave a comment

Comments will be approved before showing up.