Tips Anti-Penuaan Kulit Wajah Untuk Lelaki

Tips Anti-Penuaan Kulit Wajah Untuk Lelaki

September 25, 2021

Penjagaan anti-penuaan bagi kaum lelaki tidak banyak berbeza daripada penjagaan kulit wajah wanita. Bahan penjagaan kulit wajah pada jenis yang sama turut akan membantu mempertingkatkan keadaan kulit kaum lelaki, serta pertambahan rutin cukuran. Walaupun tidak banyak perkara yang berbeza diantara produk penjagaan kulit wajah lelaki dan wanita, kenyataannya adalah kebanyakan produk penjagaan kulit wajah lelaki tidak diformulasikan dengan baik, dan penuh dengan bahan yang mengakibatkan rengsa dan kering. Oleh itu, Paula’s Choice Skincare telah menghasilkan formulasi eksklusif bagi lelaki dalam koleksi PC4MEN yang bersandarkan pendekatan yang berasaskan kajian yang telah terbukti untuk memberikan kesan terbaik untuk kulit  bagi menghasilkan setiap satu produk dalam koleksi ini.

Penjagaan Asas

Penjagaan kulit wajah anti-penuaan bagi lelaki boleh menjadi cepat dan mudah: membersihkan dengan lembut, menanggalkan lapisan kulit mati dengan penggunaan leave-on exfoliant yang lembut (tidak menggunakan skrub fizikal yang kasar), perlindungan daripada cahaya matahari dan penghidratan kulit pada waktu malam. Produk yang terbaik adalah produk yang tidak memberi iritasi kepada kulit, tidak mempunyai pewangi, dan formulasi yang baik haruslah mengandungi bahan anti-penuaan yang membantu mengembalikan keadaan kulit supaya kembali sihat dan kekal segar. Koleksi PC4MEN mempunyai kesemua penjagaan asas yang diperlukan untuk kulit, untuk ada mulakan rutin penjagaan kulit wajah yang sihat

PC4MEN Face Wash Gunakan pembersih gel ini pada waktu pagi dan malam untuk menanggalkan kotoran, lebihan minyak dan debu dan habuk daripada persekitaran.



PC4MEN Shave memberikan hasil cukuran yang lebih kemas. Formulasi berkrim dan mudah untuk dibilas ini menjadikan kulit lembut dan kekal lembab.


PC4MEN Soothe + Smooth boleh dipakai selepas cukuran pada waktu pagi, atau pada waktu malam selepas mencuci kulit wajah. Bahan utama dalam formulasi ini adalah salicylic acid atau BAH yang membantu menanggalkan kulit mati, mengurangkan kesan kemerah-merahan pada kulit, membasmi pori tersumbat dan cela, mengurangkan saiz pori dan membantu melawan garis halus, kedutan dan tanda kerosakan matahari. Tidak ada skrub fizikal yang mampu memberikan kesan yang sama!



PC4MEN Daytime Protect SPF 30. Gunakan pelindung matahari yang bersifat ringan ini pada setiap hari pada waktu siang-- tidak kira cuaca walaupun anda menghabiskan masa di dalam rumah. Pelindung matahari yang mempunyai spektrum luas adalah penting untuk melindungi kulit anda daripada tanda penuaan awal pada kulit wajah.  



PC4MEN Nighttime Repair. Pelembab tidak melekit dan tidak berminyak ini mempunyai bahan anti-penuaan retinol-- yang mempunyai lebih daripada 40 tahun kajian yang telah membuktikan keberkesanannya kepada kulit wajah. Lima produk ini akan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang anjal, tona kulit yang sekata dan awet muda.



Penjagaan Anti-Penuaan untuk Lelaki-- Melangkaui Asas
Sekiranya anda telah berjaya menggunakan langkah asas yang dinyatakan, anda boleh menambah satu (atau lebih langkah) untuk melawan isu kulit yang tertentu. Tambahan produk berikut adalah mudah dan tidak rumit.

Serum merupakan campuran bahan anti-penuaan dan kami di Paula’s Choice menawarkan beberapa formulasi berdasarkan jenis kulit dan isu kulit. Tidak tahu di mana untuk bermula? Kebanyakan lelaki menyukai tekstur ringan produk anti-kedutan RESIST Ultra-Light Super Antioxidant Concentrate Serum. Gunakan pada waktu siang atau malam (atau kedua-duanya sekali) sebelum penggunaan pelembab.

Booster Anti-Penuaan

Paula’s Choice juga menawarkan beberapa booster anti-penuaan-- dan setiap satu daripada booster ini mengandungi bahan yang boleh menambah variasi dalam rutin anda. Gunakan booster sebelum, atau selepas serum dan diikuti dengan pelembab, sekiranya perlu.

C15 Super Booster membantu mencerahkan kulit, menyekatakn tona kulit dan mengurangkan tanda merah atau coklat akibat daripada bekas jerawat. C15 Super Booster juga membantu melindungi dari kesan kerosakan UV oleh kerana sifat antioksidan daripada vitamin C dalam booster ini.

C25 Super Booster membantu melawan tanda penuaan yang lebih degil seperti kesan bintik akibat cahaya matahari, dan kesan pigmentasi yang degil.

10% Niacinamide Booster membantu mengecilkan pori, membantu regulasi sebum yang lebih seimbang, mengukuhkan pertahanan kulit serta membantu pencerahan kulit.

Moisture Renewal Oil Booster melawan kekeringan, kesan dehidrasi dan tona kusam.

Hyaluronic Acid Booster melawan garis halus dan memberi penghidratan kepada kulit. Campuran ceramide membantu mengukuhkan pertahanan kulit.

Peptide Booster mengukuhkan protein asas pembentukan kulit untuk melawan kedutan, garis halus, kedutan, kulit kendur dan kulit kasar.

1% Retinol Booster menyekatakan tona kulit, menganjalkan kulit dan melawan kedutan.

Rujukan

  1. Cutis, July 2013 Supplemental, pages 6–12
  2. British Journal of Dermatology, March 2012 Supplemental, pages 6–12
  3. Dermatology Research and Practice, August 2012, ePublication
  4. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, September 2012, pages 18–23
  5. Journal of the American Academy of Dermatology, November 2012, pages 1013–1024
  6. Archives of Dermatology, May 2007, pages 606–612
  7. Clinical Interventions in Aging, 2006, pages 327–348
  8. International Journal of Pharmaceutics, June 2002, pages 85–94


Leave a comment

Comments will be approved before showing up.