Membersihkan wajah menggunakan pencuci lembut merupakan permulaan kepada rutin penjagaan kulit wajah yang baik. Namun, bagaimana pula dengan trend yang kini menjadi perhatian ramai; iaitu double cleansing? Adakah teknik ini memberikan kesan yang terbaik kepada kulit atau ianya sekadar perkara gimik?
Teknik double cleansing ini boleh diimplimentasikan pada rutin penjagaan wajah, namun terdapat perkara yang perlu diambil kira seperti jenis kulit dan jenis solekan dikenakan.
Kami akan membantu anda untuk mengetahui sekiranya double cleansing adalah sesuai untuk anda.
Apa itu Double Cleansing?
Double cleansing merupakan teknik pembersihan wajah berganda yang menjadi trend popular di Korea dan Jepun. Teknik ini melibatkan dua jenis pembersih yang berbeza tekstur dan jenis.
Setakat ini, tidak ada garis panduan tetap mengenai jenis pencuci wajah yang terbaik untuk melakukan teknik double cleansing. Namun teknik yang digunakan adalah dengan membersihkan wajah menggunakan minyak atau pembersih yang berasaskan minyak, balm pencuci wajah, skrub wajah atau cleansing cloth. Setelah selesai membersihkan wajah menggunakan jenis pembersih yang dinyatakan, teknik ini seterusnya diikuti dengan pembersih muka biasa, krim larut air, gel atau pembersih wajah bertekstur losyen yang sesuai dengan kulit wajah.
Mengapa teknik double cleansing ini melibatkan pembersih wajah berasaskan minyak atau minyak asli? Minyak; sama ada jenis minyak mineral atau minyak tumbuhan bertindak efektif untuk menanggalkan semua jenis solekan tebal serta menanggalkan pelindung matahahari. Minyak bertindak dengan cara yang berbeza berbanding pencuci wajah biasa, (ada sesetengah menyatakan lebih menyeluruh) berbanding pencuci wajah biasa.
Pembersih wajah berasaskan minyak yang moden kini mempunyai satu perbezaan berbanding minyak asli kerana produk ini mengandungi bahan yang dikenali sebagai emulsifier. Emulsifer membenarkan minyak untuk bercampur dengan air dan membentuk emulsi, seterusnya memudahkan proses membilas tanpa kesan lekit daripada minyak.
Teknik double cleanse; Penting atau Tidak?
Konsep disebalik teknik double cleansing adalah dengan menggunakan cleansing oil atau produk yang bertekstur lebih berat untuk menanggalkan solekan dan pelindung matahari daripada wajah. Teknik ini diperkenalkan sebagai langkah awal pembersihan wajah dengan menanggalkan solekan berat dan pelindung matahari supaya kulit dapat dibersihkan dengan lebih menyeluruh dan sekata.
Perkara ini adalah logik, namun kebanyakan formulasi pembersih wajah kini mampu untuk menanggalkan solekan, pelindung matahari dan kotoran daripada kulit wajah. Kain lembut atau berus pembersih yang lembut boleh digunakan untuk membantu untuk membantu membersihkan kulit wajah dengan lebih menyeluruh.
Pilihan lain: Cuci wajah sebanyak dua kali dengan menggunakan pembersih yang sama.
Double cleansing merupakan teknik yang bagus, namun teknik ini bukanlah suatu perkara yang wajib dilakukan pada setiap rutin penjagaan kulit wajah anda. Teknik ini sesuai dipraktikkan sekiranya anda menggunakan solekan tebal serta solekan anda adalah kalis air dan anda menggunakan pelindung matahari berasaskan mineral yang menggunakan bahan aktif seperti titanium dioxide atau zinc oxide. Teknik double cleansing akan membersihkan wajah anda daripada bahan ini dengan lebih efektif dan seterusnya menjadikan produk seterusnya yang dipakai akan menjadi efektif.
Double cleansing juga memberi manfaat baik kepada kulit sekiranya anda mempunyai kulit yang berminyak dan pencuci wajah anda yang bersifat lembut tidak mampu menanggalkan lebihan minyak pada kulit wajah. Penggunaan satu pencuci wajah yang kasar akan mengakibatkan kulit menjadi tegang dan kering. Pilihan yang terbaik adalah dengan menggunakan dua jenis pembersih wajah yang lembut berbanding satu pembersih wajah yang mengeringkan kulit.
Cara untuk Double Cleansing
Sekiranya anda sudah pasti bahawa double cleansing adalah sesuai untuk anda, anda pasti menyedari bahawa teknik ini hanya sesuai untuk digunakan pada waktu malam untuk menanggalkan solekan dan pemlindung matahari. Pada waktu pagi, anda boleh gunakan pencuci wajah seperti biasa.
Berikut merupakan langkah teknik double cleansing:
Ketahui dengan lebih lanjut mengenai pencuci wajah.
Rujukan:
Comments will be approved before showing up.