Serum Dalam Rutin Penjagaan Kulit Wajah

Produk penjagaan kulit wajah yang bagus perlu mengandungi antioksida, bahan mengisi semula keperluan kulit serta bahan memperbaiki kulit. Namun, serum adalah berbeza. Hal ini kerana formulasi serum memerlukan konsentrasi bahan yang lebih tinggi untuk membantu isu kulit yang lebih spesifik.

Bergantung kepada keperluan kulit, anda mungkin mungkin memerlukan produk  penjagaan kulit wajah yang mempunyai manfaat anti-penuaan serta anti-pencemaran. Bahan yang terbaik untuk melawan permasalahan ini terlalu banyak dan tidak dapat diformulasikan dalam pelembab siang atau malam anda. Walaupun bahan ini sudah semestinya turut terkandung dalam beberapa formulasi, namun, bagi isu kulit yang lebih spesifik, produk yang mempunyai bahan spesifik bertindak dengan lebih efektif dan strategic kepada kulit.

 

 

Serum tidak mengandungi bahan tapisan aktif pelindung matahari seperti pelembab waktu siang. Serum juga tidak memerlukan bahan untuk membantu memperbaiki tekstur, atau bahan beremolien seperti pelembab malam. Oleh itu, serum menggunakan “ruangan kosong” tersebut dengan menambah bahan yang bermanfaat kepada kulit seperti antioksida, bahan penambahbaikan kulit serta bahan yang memperbaiki kulit.

Oleh kerana campuran istimewa bahan yang dinyatakan serta tekstur yang unik, serum kami mudah untuk dicampurkan dalam rutin penjagaan kulit wajah dan boleh digunakan dengan serum yang lain. Sama ada ada ingin mengunakan serum wajah yang semulajadi, serum dengan Retinol, serum dengan Hyaluronic Acid, atau serum yang mengandungi vitamin C—kami ada semuanya untuk anda!

Manfaat Serum untuk Kulit Semua Peringkat Usia

Sebagaimana ianya tidak terlalu awal untuk menjadi aktif secara fizikal atau menjaga pemakanana—aspek penting ini juga turut digunapakai dalam penjagaan kulit wajah. Penggunaan serum yang padat dengan bahan yang terpenting dan baik untuk kulit perlu diamalkan pada peringkat awal sebelum kesan penuaan kelihatan ketara kepada kulit. Sekiranya langkah pencegahan telah dimulakan dengan awal, anda boleh mendapatkan bahan yang  terbaik untuk kulit anda sekarang, dan pada masa hadapan.

Perlu diingatkan bahawa badan tidak akan terbiasa dengan bahan yang padat dengan nutrient dan perkara yang sama juga untuk kulit anda. Kulit memerlukan bahan bermanfaat yang telah kami nyatakan untuk kelihatan sihat dan awet muda. Penggunaan produk yang padat dengan nutrien pada peringkat awal tidak akan mengakibatkan kulit tidak memberi respon yang baik ketika kulit anda sangat memerlukan manfaat ini. Bahan ini akan terus memberi manfaat yang sama untuk kulit anda.

Bahan anti-penuaan sudah tentu akan memberikan kesan yang baik walaupun tanda penuaan sudah mula muncul, namun, tanpa persoalan lagi—lebih awal bahan ini diperkenalkan kepada kulit anda, ianya lebih bagus.

Pemilihan Serum Untuk Kulit Wajah & Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Menggunakan Serum Kulit Wajah

Tidak kisah betapa bagus sekalipun formulasi sesebuah serum itu sekiranya ianya tidak sesuai dengan jenis kulit anda. Sekiranya anda mencari serum untuk kulit berminyak dan kombinasi, gunakan serum yang bertekstur ringan atau losyen ringan—namun masih mengandungi manfaat yang terbaik untuk kulit.

Apabila berbincang mengenai pencarian serum bagi kulit kering—anda mungkin menyukai produk yang padat dengan emolien dan minyak tumbuhan yang kaya dengan antioksida.

Berikut hanyalah dua cadangan daripada rangkaian serum kami; namun, anda bebas untuk bereksperimentasi dengan menggunakan lebih daripada satu serum. Setiap formulasi daripada kami mempunyai bahan yang menarik yang bertindak untuk memperbaiki kulit dengan pelbagai cara.

Bergantung kepada jenis dan isu kulit yang dialami, serum boleh digunakan sekali, mahupun dua kali sehari. Pada waktu siang, serum boleh digunakan sebelum pelembab berSPF; pada waktu malam, serum boleh digunakan secara sendiri, mahupun digunakan bersama pelembab malam serta krim mata kegemaran anda.

Dapatkan serum di sini.

Rujukan

  1. Cell Transplantation, May 2018, pages 729-738
  2. Annals of the Brazilian Society of Dermatology, May-June 2017, pages 356-362
  3. Journal of Cutaneous and Aesthetic Surgery, January-March 2013, pages 4–11
  4. Dermato-Endocrinology, July 2012, pages 253-8
  5. Dermatologic Therapy, May-June 2012, pages 252-259
  6. Journal of Cosmetic Dermatology, March 2008, pages 2-7; July 2004, pages 149-155; and April 2004, pages 88-93
  7. Journal of Cosmetic and Laser Therapy, January 2006, pages 96-101

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.