Selamat Tinggal Jerawat Badan!

Jika anda fikir jerawat yang tumbuh di muka sudah cukup mendatangkan tekanan, ketahuilah bahawa terdapat golongan yang menghadapi masalah jerawat yang tumbuh di bahagian badan—yang selalu terjadi di bahagian leher, dada dan belakang. Jerawat badan juga mendatangkan kemusykilan kerana ia adalah perkara yang mengambil masa lama dan sukar untuk hilang.

Terdapat cara-cara yang berkesan untuk menghindarkan jerawat badan, tetapi cuma dengan nasihat-nasihat yang diperakui melalui penyelidikan. Kami tidak menyarankan penggunaan produk yang tidak diformulasikan dengan baik, atau berlaku kasar dengan kulit (cara terakhir yang mereka fikirkan untuk menghilangkan jerawat badan).

Dengan nasihat kami, anda masih boleh mendapatkan kulit yang lebih licin, cerah serta memilik tona yang sekata.

Rawatan Jerawat Badan 101

Adalah penting untuk mengetahui bahawa kajian tentang jerawat badan telah menjelaskan 100% yang ianya tidak memerlukan bahan-bahan atau formula yang berlainan dengan produk rawatan jerawat muka.

Terdapat banyak jenis jerawat, namun apabila melihat kepada produk rawatan jerawat over-the-counter, bahan-bahan yang efektif untuk kawasan muka dan badan adalah sama. Begitu juga dengan jerawat yang berada di kawasan belakang, dada atau leher.

Disini kami sebutkan asas-asas menghindarkan jerawat badan:

Bersihkan kulit dengan lembut—tanpa sabun atau sabun bar! Pencuci larut air yang lembut merupakan langkah pertama dan memperbaiki kulit. Gunakan pencuci badan tanpa wangian dan minyak atau pelembut seperti shea butter.

Sabun buku atau pencuci bar kebiasannya mempunyai sifat merengsa. Ia cenderung untuk membuatkan kulit menjadi kering (bukanlah sesuatu yang baik kerana anda tidak boleh mengeringkan jerawat). Tambahan pula, bahan-bahan di dalam pembersih bar yang berfungsi untuk mengekalkan bentuknya berkemungkinan untuk meninggalkan sisa-sisa yang membuatkan kulit nampak kusam, cenderung membuatkan jerawat semakin teruk. Selain itu, sabun tulen adalah bersifat alkali (dan kulit bersifat asid), bermaksud ia boleh membuat kulit menjadi kering dan akhirnya memudaratkan kepada kulit.

Gunakan produk BHA untuk pengelupasan pada setiap hari. Produk pengelupasan BHA yang diformulasikan dengan baik dan tidak melelas adalah bantuan yang penting untuk jerawat badan. BHA juga dikenali sebagai beta hydroxyl acid dan salicylic acid di setiap bungkusan produk. Ia menyerap jauh ke dalam pori-pori untuk menyahsumbat dan menyeimbangkan perjalanan minyak serta mengurangkan kemerahan (dalam kata lain, dapat menghilangkan jerawat badan dengan lebih pantas).

Anda boleh menggunakan produk anti-jerawat yang mengandungi salicylic acid yang disapu menggunakan jari atau pad kapas pada tempat yang mudah dicapai, manakala untuk tempat yang sukar untuk dicapai, gunakan produk salicylic acid semburan yang boleh dipegang dengan apa-apa cara sekalipun (termasuk dipegang terbalik).

 

Jangan lupa memakai pelindung matahari! Kerosakan kepada permukaan kulit yang disebabkan oleh cahaya matahari akan membuatkan jerawat menjadi lebih teruk dan sukar hilang. Oleh sebab itu, perlindungan SPF 30 dan keatas setiap hari amat diperlukan oleh badan. Kulit akan pulih dengan banyak cara, serta kelihatan muda dengan lebih lama.

Risau pelindung matahari terlalu berat atau licin di permukaan kulit? Banyak pelindung matahari mempunyai rasa yang tidak menyenangkan, namun terdapat banyak juga yang sesuai. Dapatkan pelindung matahari bertekstur cecair yang mempunyai bahan-bahan antioksidan yang boleh melindungi kulit tanpa rasa melekit atau licin.

Jerawat Badan Boleh Menjadi Semakin Teruk

Selain daripada rutin penjagaan asas untuk jerawat badan, terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan menjadi penyebab jerawat badan anda semakin teruk:

Perapi rambut: Formula emolien yang terdapat dalam banyak perapi rambut boleh menyebabkan pori-pori bahagian belakang, leher dan dada tersumbat jika tidak dibersihkan dengan sempurna. Pastikan anda mencuci perapi dengan betul, dan bersihkan sisa-sisa perapi yang mengalir pada kulit badan sebagai langkah terakhir rutin mandian anda.

Rutin senaman: Sebaik sahaja anda selesai membuat rutin senaman anda, gunakan pencuci badan yang lembut. Peluh di atas permukaan kulit yang bercampur dengan minyak dan memakai pakaian senaman yang ketat adalah persekitaran sesuai untuk pertumbuhan jerawat—justeru, pembersihan badan sejurus selepas bersenam dapat mengurangkan risiko jerawat badan.

Scrub badan atau loofah: Meskipun loofah dan scrub tidak menyebabkan jerawat badan, tetapi anda harus tahu bahawa jerawat tidak boleh dhilangkan dengan scrub mahupun loofah. Sebaliknya, tindakan menghakis yang dihasilkan oleh produk-produk ini akan menyebabkan jerawat yang ada kelihatan lebih meran dan mengambil masa yang lebih lama untuk hilang, meskipun anda sedang menggunakan produk anti jerawat yang terbaik.

Haruskah anda risau tentang cadar? Sesetengah pengguna mungkin berfikir tentang pertumbuhan jerawat badan boleh berpunca daripada cadar yang tidak ditukar secara kerap dan menyebabkan bakteria punca pertumbuhan jerawat untuk membiak, seterusnya jerawat badan akan tumbuh ketika mereka tidur. Kerisauan tersebut adalah sahih, namun hal itu bukanlah bagaimana pertumbuhan jerawat bermula. Bakteria punca jerawat tidak membiak di udara, jadi ia tidak akan hidup di atas katil dan menyebabkan jerawat. Pencucian cadar sebagai sebahagian rutin kebersihan itu adalah satu kemestian, namun itu bukanlah punca kepada jerawat badan.

Akhirnya—Kulit Badan Yang Licin!

Jika anda mengikuti tips yang kami tuliskan, anda akan mendapatkan kulit badan yang lembut, bersih dan licin, membuatkan anda ingin berkongsi tips kepada pengguna lain!

Dapatkan produk untuk badan di sini.

Rujukan

  1. Journal of Drugs in Dermatology, December 2019, pages 1,205–1,208
  2. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, July 2019, pages 34–50
  3. The Medical Journal of Australia, January 2017, pages 41–45
  4. Molecules, August 2016, pages 1–20
  5. Journal of the American Academy of Dermatology, May 2016, pages 945–973

      Leave a comment

      Please note, comments must be approved before they are published

      This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.