Sebaceous Filament vs Blackhead: Perbezaan dan Tips Mengurangkannya
Sekiranya anda melihat bintik-bintik hitam kecil di hidung, pipi, atau dagu, anda mungkin berfikir bahawa anda mempunyai blackhead. Tetapi, jika anda cari di Internet untuk segala hal berkenaan blackhead, anda mungkin juga menemui sesuatu yang disebut sebaceous filament dan bertanya-tanya apakah itu yang anda lihat — terutamanya jika produk blackhead yang anda cuba tidak berhasil.
Blackheads dan sebaceous filament sering mengakibatkan kekeliruan oleh kerana kebiasannya yang muncul di kawasan wajah yang sama. Ianya juga kelihatan serupa, namun berbeza.
Apa Itu Sebaceous Filament?
Perhatikan hujung hidung anda dengan teliti. Bolehkah anda melihat titik-titik kecil seperti pin pada permukaan liang pori? Sekiranya titik agak gelap, maka kemungkinan besar ianya adalah blackhead. Sekiranya mereka mempunyai tona yang jelas, atau warna kelabu atau sedikit kekuningan, yang anda lihat itu mungkin sebaceous filament.
Perbezaan lain? Blackhead kelihatan seperti plug apabila dipicit keluar, sedangkan sebaceous filament lebih menyerupai sebum yang kelihatan seperti wax (menyerupai helaian rambut) ketika ianya dipicit keluar.
Apa Yang Menyebabkan Sebaceous Filament?
Sebaceous filament adalah formasi seakan – akan rambut yang berlaku secara semula jadi yang mempunyai tugas khusus: Mereka menyalurkan aliran minyak di sepanjang lapisan liang pori di mana mereka berada. Filamen ini adalah bahagian semula jadi dari struktur folikel kulit (pori), dan setiap orang memilikinya. Walau bagaimanapun, jika kulit anda berminyak atau liang pori anda besar dan cenderung tersumbat, anda cenderung lebih menyedarinya. Filamen sebum akan kelihatan apabila lapisan pori-pori anda penuh dengan sebum (minyak).
Sebaceous filament mungkin boleh atau tidak bertukar menjadi blackhead - faktor penentu adalah sama ada sebum di lapisan pori terdedah kepada oksigen (dengan itu teroksida dan menjadi gelap, berubah menjadi blackhead).
Produk Terbaik Bagi Sebaceous Filament
Sejujurnya, anda tidak boleh menyingkirkan sebaceous filament sepenuhnya. Anda boleh memicitnya keluar, tetapi ia akan kembali tidak lama kemudian, biasanya sekitar 30 hari atau kurang bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat berminyak. Mereka adalah sesuatu yang dimiliki semua orang, dan kebanyakan orang tidak akan menyedarinya.
Walaupun sebaceous filament adalah bahagian semula jadi kulit, ia dapat menyumbang kepada pori-pori yang tersumbat dan kelihatan besar, dan siapa yang mahukannya? Mengekalkan kulit yang kelihatan sihat adalah sesuatu yang mesti kita lakukan, dan penggunaan pengelupas BHA (beta hydroxy acid) secara berkala dapat membantu mengurangkan sebaceous filament, kerana BHA larut minyak dan dapat melarutkan sebum dan bahan lain yang memenuhi lapisan liang pori.
Penggunaan topeng muka tanah liat yang dirumuskan dengan baik untuk filamen sebum juga dapat membantu kerana sifat tanah liat yang menyerap minyak. Dan, tentu saja, rutin penjagaan kulit yang baik dan lembut berdasarkan jenis kulit anda selalu menjadi idea yang bijak!
Dapatkan produk berasaskan Beta Hydroxy Acid.
Rujukan
- British Journal of Dermatology, November 2006, pages 890–894
- Archives of Dermatological Research, March 1976, pages 9–21
Leave a comment