Rutin Penjagaan Wajah Anti-Penuaan Bermula Dengan Pelindung Matahari
Penjagaan kulit wajah anti-penuaan seharusnya merangkumi penggunaan penjagaan kulit wajah yang berspektrum luas, dengan SPF30 minimum. Perlindungan daripada cahaya matahari merupakan langkah pencegahan pertama bagi isu kulit berkedut, kendur dan bintik hitam. Penggunaan pelindung matahari adalah penting, walaupun dalam keadaan hujan!
Produk pelindung matahari yang terbaik juga perlu mengandungi antoxidant, bahan memperbaiki kulit serta melembabkan. Sekiranya produk pelindung matahari anda merangkumi kesemua kebaikan ini, anda boleh mengurangkan satu langkah dalam rutin siang anda! Formulasi pelindung matahari Paula’s Choice Skincare menggunakan kesemua bahan ini supaya anda boleh memilih formulasi yang terbaik untuk jenis kulit anda.
Mengapa Produk Pelindung Matahari Penting?
Penjagaan kulit wajah anti-penuaan yang efektif perlulah merangkumi pembersih wajah yang diformulasikan dengan sempurna, toner, exfolianT, serum, krim bawah mata dan pelembab. Kesemua produk ini adalah penting untuk kulit yang muda dan sihat. Walaupun kesemua produk ini membantu kulit anda supaya kelihatan sihat dan muda, ianya tetap tidak boleh menggantikan keperluan penggunaan pelindung matahari harian. Manfaat produk yang anda gunakan tidak akan berfungsi sepenuhnya tanpa langkah perlindungan daripada cahaya matahari. Jangan mengabaikan penggunaan pelindung matahari anda!
Penggunaan pelindung matahari diperlukan sepanjang tahun kerana cahaya matahari tidak hanya merosakkan kulit pada cuaca panas. Cahaya UV matahari yang muncul sepanjang tahun, tidak kira hujan, mendung atau salji, ianya tetap akan memberi kesan kepada kulit. Membiarkan kulit terdedah dengan sinaran UV tanpa perlindngan mempercepatkan proses penuaan, dan apa yang membimbangkan adalah anda tidak akan dapat memantau kesan ini.
Bagaimana pula sekiranya ada sudah mempunyai kedutan dan bintik hitam pada wajah akibat daripada kerosakan cahaya matahari sebelum ini? Kajian telah membuktikan bahawa ianya tidak terlambat untuk anda melindungi kulit anda. Apa yang lebih menarik adalah individu yang mempunyai kesan kerosakan cahaya matahari yang menggunakan produk pelindung matahari menunjukkan kesan ketara dalam pengurangan kesan tanda penuaan.
Tidak kira usia, penggunaan pelindung cahaya matahari adalah asas yang paling kukuh untuk penjagaan kulit wajah anti-penuaan.
Tips Pemilihan Produk Pelindung Matahari
Faktor utama dalam pemilihan produk pelindung matahari adalah untuk mencari produk yang anda akan suka untuk gunakan-- dan ianya memerlukan percubaan. Berikut adalah tips untuk mencari produk penjagaan kulit wajah yang terbaik untuk kulit anda, serta cara pemakaiannya:
- Sebarang penggunaan produk pelindung matahari perlulah berlabel “broad spectrum”. Label ini bermaksud ianya melindungi kulit anda daripada sinaran UVA dan UVB.
-
Sekiranya anda rasa anda tidak memerlukan pelindung matahari kerana anda menghabiskan masa dalam rumah, pertimbangkan ini: sinar UVA masuk ke dalam tingkap dan boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit walaupun anda berada di dalam rumah, pejabat atau dalam kereta. Kerosakan kulit akibat cahaya matahari bermula pada minit pertama kulit anda terdedah kepada cahaya matahari.
-
Beli pelindung matahari berSPF 30 dan ke atas. SPF30 adalah minumimum yang disarankan oleh dermatologis serta pakar kesihatan seluruh dunia.
-
Gunakan pelindung matahari pada kawasan muka, leher dan dada-- serta kawasan yang terdedah kepada cahata matahari. Ratakan produk pada kawasan yang anda boleh lihat, dan tunggu beberapa minit sebelum mengenakan solekan.
-
Pada bahagian wajah, anda tidak perlu menggunakan pelindung matahari yang berlabel “pantai”; namun, cari pelembab yang mengandungi pelindung matahari yang memberikan perlindungan, kelembahan serta manfaat anti-penuaan yang lain dalam formulasi satu produk yang sama.
- Pilih pelembab wajah yang mengandungi pelindung matahari yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda. Sekiranya anda mempunyai kulit yang kering, cari pelindung matahari bertekstur krim. Kulit berminyak dan kombinasi boleh menggunakan pelindung matahari bersifat gel, atau losyen ringan
-
Antioksida adalah kombinasi terbaik bagi pelindung matahari. Ianya bekerjasama dengan pelindung matahari untuk membantu melindungi kulit daripada serangan stress persekitaran yang mengakibatkan tanda penuaan pra-matang. Antioksidan seperti vitamin C, E, teh hijau, soya, anggur, dan buah delima adalah antioksida efektif yang bertindak untuk bekerjasama dengan pelindung matahari untuk melindungi kulit anda.
-
Pelindung matahari adalah produk terakhir yang anda perlu gunakan dalam rutin penjagaan kulit wajah anda pada waktu pagi. Penggunaan produk penjagaan wajah yang lain selepas penggunaan sunscreen akan mengurangkan keberkesanan produk ini.
- Kami menyokong penggunaan pelindung matahari berlapis supaya kulit anda mendapat perlindungan matahari yang lebih menyeluruh. Sebagai contoh, gunakan pelembab wajah yang mempunyai pelindung matahari, diikuti dengan primer yang mempunyai pelindung matahari dan diakhiri dengan foundation atau bedak asas yang mempunyai pelindung matahari.
Dapatkan produk pelindung matahari berspektrum luas di sini.
Rujukan
- Journal of Cosmetic Dermatology, February 2017, ePublication
- Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, April 2016, pages 95-105
- Annals of Internal Medicine, June 2013, pages 781-790
- International Journal of Molecular Sciences, June 2013, pages 12,222-12,248
- Dermatoendocrinology, July 2012, pages 308-319
- Experimental Dermatology, June 2011, pages 477-482
- Photochemistry and Photobiology, March-April 2011, pages 452-456
Leave a comment