Retinol 101: Fungsi serta Cara Pemilihan Produk Berasaskan Retinol
Retinol atau Vitamin A merupakan salah satu bahan penjagaan kulit yang efektif untuk menangani tanda penuaan. Retinol boleh didapati dalam produk penjagaan kulit wajah seperti krim wajah, serum dan krim bawah mata.
Retinol berfungsi untuk mengurangkan kedutan, garis halus, menyekatakan tona kulit, mengecilkan pori serta membantu kulit untuk menjadi licin dan tegang. Berdasarkan manfaat yang dinyatakan, retinol merupakan bahan terbaik untuk mencegah serta membantu tanda penuaan.
Banyak kajian mengenai manfaat Retinol telah dilakukan, namun ramai individu yang masih tidak jelas mengenai bagaimana untuk menggunakan produk yang mengandungi retinol dalam rutin penjagaan kulit wajah. Artikel kali ini akan membantu anda untuk memilih produl berasaskan retinol yang sesuai dan memberikan kesan yang efektif kepada kulit wajah anda.
Cara Memilih Produk Retinol
Pemilihan produk yang membantu mengurangkan garis halus dan kedutan adalah tidak sukar. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semasa memilih produk yang mengandungi retinol.
-
Pembungkusan produk.
Produk yang mengandungi Retinol akan menjadi kurang efektif apabila diletakkan dalam jar atau bekas yang tidak legap cahaya. Hal ini kerana sifat Retinol yang sensitif apabila didedahkan dengan cahaya dan udara. Pastikan krim Retinol atau serum yang dibeli adalah dipakejkan dalam bekas legap dan kedap udara.
-
Pilih produk Retinol berdasarkan jenis kulit.
Produk Retinol berasaskan krim adalah bagus untuk individu yang mempunyai kulit kering. Produk Retinol berasaskan losyen sesuai untuk digunakan pada kulit wajah normal dan kombinasi. Kulit berminyak pula boleh memilih produk retinol berasaskan gel.
-
Pilih produk berasaskan Retinol berdasarkan tekstur pilihan anda.
Cari produk Retinol yang serasi dengan gabungan produk penjagaan kulit wajah yang lain dan serta terbukti mampu untuk memberikan kesan yang baik pada kulit wajah anda. Sekiranya krim atau serum berasaskan retinol yang dibeli tidak sesuai dengan kulit, anda boleh mencuba produk Retinol yang lain-- pemilihan Retinol yang sesuai dengan kulit anda kadangkala memerlukan banyak percubaan.
-
Jenis Retinol.
Anda akan menjumpai jenis vitamin A (Retinol) yang lain seperti Retinyl Palmitate, Retinaldehyde, Retinyl Retinoate, dan Retinyl Propionate banyak digunakan dalam formulasi produk penjagaan kulit wajah-- walaupun pakar seluruh dunia menyatakan bahawa Retinol asli adalah jauh lebih efektif. Hal ini tidak bermaksud bentuk Retinol yang lain tidak akan berfungi dengan baik, namun, produk yang didapati di farmasi berasaskan Retinol asli bertindak jauh lebih efektif dan akan memberi kesan yang lebih nyata.
Dapatkan produk berasaskan Retinol di sini.
Rujukan:
- Clinics in Dermatology, April 2019, ePublication
- International Journal of Cosmetic Science, February 2017, pages 56-65
- Journal of Cosmetic Dermatology, March 2016, pages 49-57
- Journal of Drugs in Dermatology, March 2015, pages 271-280
- Dermatology, May 2014, pages 314–325
- Toxicological Research, March 2010, pages 61–66
- The Journal of Pathology, January 2007, pages 241–251
- Clinical Interventions in Aging, December 2006, pages 327–348
Leave a comment