Melawan jerawat pada usia muda bermula dengan penjagaan kulit yang efektif—dan rutin tersebut tidak perlu rumit. Bagi masalah kebanyakan kulit, ianya hanya memerlukan empat produk; pembersih wajah, exfoliant tanpa bilas yang mengandungi salicylic acid (BHA), produk rawatan bertumpu benzoyl peroxide dan untuk rutin siang, pelindung matahari berspektrum luas.
Berikut merupakan rutin pagi dan malam yang boleh kami cadangkan. Apabila rutin ini dapat diikuti dengan konsisten, anda akan kagum dengan keberkesanan rutin ini untuk kulit anda!
Rutin Penjagaan Kulit Wajah untuk Remaja
Bersihkan kulit wajah dengan pencuci yang sesuai untuk kulit yang cenderung kepada jerawat. Pilih produk pencuci wajah bebas sabun (soap-free), larut air dan lembut pada kulit, namun pada masa yang sama dapat membersihkan kulit dengan efektif. Gunakan kain lembut atau berus lembut untuk membantu lebihan minyak pada kulit wajah, sekiranya perlu.
Proses membuang lapisan kulit mati (exfoliate) membantu pori tersumbat serta jerawat. Anda akan kagum dengan keberkesanan produk ini untuk kulit jenis ini. Sekiranya dibandingkan dengan skrub fizikal, exfoliant bertindak lebih efektif dan dramatik kepada kulit!
Gunakan rawatan benzoyl peroxide pada kawasan yang cenderung untuk tumbuh jerawat. Benzoyl peroxide merupakan rawatan terbaik untuk jerawat. Hal ini kerana bahan ini membunuh kuman yang mengakibatkan jerawat, menjadikan rawatan ini ditumpukan pada akar punca permasalahan ini. Gunakan produk benzoyl peroxide pada konsentrasi serendah 2.5% dan lihat bagaimana kulit memberi respon kepada rawatan ini, dan tingkatkan konsentrasi pada 5% sekiranya perlu.
Kerosakan kulit daripada cahaya matahari boleh mengakibatkan tanda bekas jerawat menjadi lebih teruk, oleh itu, perlindungan kulit daripada cahaya matahari meripakan senjata rahsia untuk penjagaan kulit yang cenderung kepada jerawat. Sekiranya langkah ini ditinggalkan dalam rutin, kesan kemerahan daripada kesan jerawat akan berkekalan dengan lebih lama. Sekiranya anda pernah mencuba pelindung matahari dan tidak menggemari tekstur yang berat dan berminyak, boleh gunakan pelindung matahari yang ringan, bebas minyak.
Penjagaan Kulit Wajah Waktu Malam untuk Remaja
Penjagaan kulit wajah pada waktu malam adalah sama seperti rutin pagi, dengan pengecualian pelindung matahari. Sekiranya kulit anda kering, atau anda mula lihat kesan menggelupas, gunakan pelembab bebas minyak, ringan pada kawasan yang terlibat.
Faktor Pertumbuhan Jerawat
Perubahan yang perlaku ketika tempoh akil baligh bukanlah satu-satunya faktor disebalik jerawat remaja. Perkara lain yang boleh mengakibatkan jerawat menjadi lebih teruk antaranya adalah:
Tidak membersihkan wajah dua kali sehari. Kulit yang kotor tidak mengakibatkan jerawat, namun, sekiranya kulit tidak dibersihkan dengan sempurna akan mengakibatkan pengumpulan sebum dan kulit mati. Kombinasi ini kemudiannya mencipta persekitaran yang kondusif bagi jerawat dan pori tersumbat.
Rujukan
Comments will be approved before showing up.