Kulit wajah membuang sel kulit mati dari semasa ke semasa. Proses ini akan menjadi lambat ataupun terhenti secara serta merta bergantung kepada usia dan tahap kerosakan wajah akibat daripada pendedahan kepada cahaya matahari. Sekiranya perkara perkara ini berlaku, ianya akan mengakibatkan kulit kusam, kering atau menggelupas, pori-pori tersumbat, pori besar; tekstur kulit menjadi tidak licin, mengakibatkan kedutan, hilang keanjalan kulit dan tona kulit tidak sekata.
Persamaan antara AHA dan BHA
AHA (alpha hydroxy acid; glycolic dan lactic acid) dan BHA (beta hydroxy acid/salicylic acid) kedua-duanya bertindak untuk melonggarkan ikatan yang memegang sel kulit mati yang kelihatan kusam pada permukaan wajah. Setelah ikatan daripada sel kulit yang telah mati ditanggalkan secara lembut dan sekata, sel kulit yang baru akan digantikan dengan lebih cepat dan efektif. Anda tidak akan nampak kulit anda menggelupas secara fizikal, namun anda akan dapat merasai kulit akan menjadi lembut dan kelihatan awet muda.
Untuk memastikan exfoliant ini berfungsi dengan efektif, exfoliant AHA dan BHA harus diformulasikan dalam julat pH yang tertentu iaitu di antara 3 dan 4. Paula’s Choice Skincare mengambil berat akan kajian berkaitan dengan isu ini, oleh itu kesemua produk exfoliant AHA dan BHA dalam rangkaian kami diformulasikan supaya ianya lembut pada kulit namun dalam pada masa yang sama ianya mampu memberikan kesan yang efektif. Setiap produk AHA dan BHA Paula’s Choice Skincare adalah bebas dari bahan pewangi dan ianya turut mengandungi campuran unik bahan yang mampu menenangkan kulit anda.
Oleh itu, AHA dan BHA kedua-duanya mempunyai ciri berikut:
Namun AHA dan BHA mempunyai ciri unik yang tertentu bagi setiap satunya. Terdapat pengkhususan untuk jenis kulit dan isu kulit yang boleh dibantu oleh kedua-dua jenis exfoliant ini.
Perbezaan AHA dan BHA
AHA merupakan bahan larut air dan hanya berfungsi pada permukaan kulit. AHA kebiasaannya digunakan untuk membantu kulit kering sehingga normal, kulit yang rosak akibat cahaya matahari oleh kerana ianya mampu untuk mengembalikan kelembapan kulit secara semulajadi. (BHA juga mampu melembabkan kulit namun proses ia melembabkan kulit berbeza daripada AHA). AHA juga terbukti untuk mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat cahaya matahari termasuklah kulit yang hilang keanjalan dan menjadi berkedut akibat daripada kesan penuaan.
BHA merupakan bahan larut minyak dan ianya berfungsi pada permukaan kulit serta liang pori. BHA kebiasannya digunakan untuk membantu kulit normal sehingga berminyak yang cenderung kepada tekstur kulit tidak licin, pori yang tersumbat atau pori yang besar serta kesan cela pada wajah. BHA mengandungi ciri yang membantu untuk menenangkan kulit maka bahan ini cukup lembut untuk kulit yang sensitif dan kulit yang cenderung kepada kemerahan atau rosacea. Bahan ini juga pada masa yang sama sesuai untuk kulit yang cenderung kepada milia.
Bolehkah mencampurkan penggunaan AHA dan BHA?
Terdapat manfaat baik daripada kedua-dua bahan ini juga menyebabkan kami selalu ditanya dengan soalan : “Adakah saya boleh gunakan AHA dan BHA secara serentak?” Saranan kami adalah ianya terpulang kepada ada! Sekiranya anda memilih satu daripada kedua-dua jenis AHA dan BHA ini, ketahuilah bahawa kesemua Paula’s Choice Skincare yang mengandungi AHA dan BHA diformulasikan untuk bertindak secara efektif pada fungsi yang dinyatakan dan akan memberikan kesan yang terbaik kepada jenis kulit dan masalah kulit anda! Oleh itu tidak akan ada masalah dengan penggunaan kedua-dua AHA dan BHA untuk melihat kesesuaian produk.
Berikut merupakan saranan sekiranya anda ingin menggunakan AHA dan BHA secara serentak
Namun, anda juga tidak perlu menggunakan AHA dan BHA secara serentak oleh kerana anda bimbang sekiranya anda akan ketinggalan kerana satu bahan mempunyai lebih ciri anti-penuaan. Hal ini kerana kedua-duanya dari bahan ini mampu memberi kesan anti penuaan namun ianya bertindak dengan cara yang berbeza. Penggunaan AHA dan BHA serentak adalah untuk memastikan jika kulit anda memerlukan exfoliation yang lebih teliti. Hal ini akan terjadi sekiranya anda mempunyai isu seperti kulit rosak akibat daripada cahaya matahari, kesan kedut, pori tersumbat yang degil dan tekstur kulit yang kasar namun pada masa yang sama anda juga menghadapi masalah kulit kusam dan kering.
Bagaimana untuk menggunakan AHA dan BHA secara serentak dalam rutin penjagaan kulit wajah
Anda tidak perlu menggunakan AHA dan BHA pada masa yang sama, dua kali sehari. Kebanyakan individu tidak memerlukan exfoliation sekerap itu, namun anda perlu bereksperimen untuk mengetahui kombinasi dan kekerapan yang sesuai untuk anda. (Lihat betapa penting untuk bereksperimen untuk mengetahui keperluan dan kesesuaian kulit anda?)
Namun untuk menjawap persoalan untuk penggunaan kedua-duanya dalam masa yang sama- anda perlu mencuci wajah anda, memakai toner dan barulah memakai exfoliant, bermula daripada produk yang mempunyai tekstur yang ringan, sebagai contoh anda akan memakai produk yang mempunyai tekstur cecair sebelum produk bersifat gel atau losyen. Anda tidak perlu menunggu dengan lama untuk ianya diserap sepenuhnya sebelum memakai produk seterusnya, anda boleh meneruskan langkah penjagaan wajah anda dan ianya tidak akan menganggu kadar pH exfoliant (sama ada AHA atau BHA) yang dipakai.
Menggunakan produk AHA dan BHA secara bergilir tidaklah sesukar yang disangka. Penggunaan bergilir tidak akan menjadi masalah dan ianya merupakan cara yang terbaik untuk kesemua jenis kulit untuk merasai manfaat kedua-dua jenis exfoliant ini. Tambahan pula, ramai yang mendapati menggunakan AHA dan BHA secara bergilir merupakan penyelesaian yang sempurna untuk menyelesaikan isu tertentu pada kulit wajah mereka. Oleh itu, kami akan berkongsi tips untuk penggunaan AHA dan BHA secara bergilir!
Tips untuk menggunakan AHA dan BHA secara bergilir
Kesimpulannya, tidak ada satu cara yang paling sempurna untuk menggunakan AHA dan BHA, ianya bergantung kepada experimentasi untuk mengetahui apa yang terbaik untuk anda dan sesuaikan berdasarkan keperluan kulit wajah yang sering bertukar. Apa yang penting adalah anda teruskan penggunaan leave on chemical exfoliant-- dan kami yakin anda akan menggunakan dengan senang hati apabila anda melihat keberkesanan bahan ini yang mampu mengubah kulit anda menjadi lebih cantik dan berseri. Bersedia untuk dipuji!
Comments will be approved before showing up.