Peptide 101: Fakta serta Kebaikan Peptide

Peptide 101: Fakta serta Kebaikan Peptide

August 28, 2021

Peptide merupakan salah satu bahan dalam formulasi penjagaan wajah yang memberi manfaat besar kepada kulit. Sekiranya manfaat peptide ini kurang kedengaran, kami sedia untuk berkongsi mengenai bahan ini. Peptide merupakan salah satu bahan yang telah melalui banyak kajian mengenai manfaatnya kepada kulit. Sesetengan manfaat digembar-gemburkan dengan melampau, namum terdapat aspek bahan ini yang berhak mendapat perhatian ramai. Ketahui lebih lanjut mengenai fakta atau fiksyen bahan ini.

Apa itu Peptide?

Peptide merupakan fragmen kepada protein. Peptide secara sendiri terhasil daripada amino acid. Apabila amino acid digabungkan pada formasi tertentu, ianya akan menghasilan jenis peptide yang tertentu (terdapat banyak jenis peptide). Apabila peptide ini dibentuk dalam cara tertentu, ianya akan menghasilkan protein yang tertentu.

Protein merupakan bahan asas pembentukan kulit. Kekurangan peptide akan menjadikan kulit kendur, berkedut, mempunyai tekstur yang kasar dan tidak anjal.

Perkara yang menarik mengenai peptide adalah terdapat banyak kajian yang menunjukkan setiap jenis peptide berfungsi dengan cara spesifik untuk memberikan manfaat tertentu kepada kulit. Peptide juga mengajar kulit untuk membina kulit yang lebih sihat, dan dapat mengembalikan keremajaan kulit wajah.

Apakah Manfaat Peptide Dalam Produk Penjagaan Kulit Wajah?

Walaupun terdapat banyak sebab yang menarik untuk menggunakan peptide dalam produk penjagaan kulit wajah terpenting dalam rutin anda seperti produk Peptide Booster yang telah diformulasikan dengan efektif, kami juga ingin berkongsi mengenai perkara “hype” atau fakta yang tidak tepat mengenai bahan ini. Kebanyakan fakta mengenai bahan ini digembar gemburkan sehingga ianya memberi idea yang salah kepada pengguna. Peptide dapat memberikan perkara yang penting kepada kulit, namun ianya tetap tidak menggantikan prosedur pembetulan kosmetic(cosmetic corrective procedure), sebagaimana syarikat-syarikat luar menggembar-gemburkan hal ini.



Pendekatan yang sama telah diambil dengan produk Hyaluronic Acid + Peptide Lip Booster yang mana peptide yang dikhaskan dalam formulasi ini bergabung dengan ektrak tumbuhan utama untuk membantu melawan kekurangan keanjalan serta kemungilan bibir. Hyaluronic acid membantu melicinkan garis halus manakala kandungan peptide dalam formulasi ini membantu untuk mengurangkan faktor yang mengakibatkan bibir menjadi kurang mungil dari semasa ke semasa. Ini merupakan contoh terbaik bagi peptide untuk memberikan hasil yang tertentu bersama pelembab yang telah terbukti berkesan melalui kajian.

Tidak ada satu bahan yang dapat mengawal serta melawan kesemua tanda penuaan pada wajah, dan peptide juga tidak terkecuali. Anda mungkin akan menipu kulit wajah anda sekiranya anda beranggapan bahawa satu jenis peptide (atau satu bahan spesifik lain) merupakan penyelamat solo bagi ku;it anda. Kami menggunakan pelbagai campuran bahan atau pendekatan koktel ketika mencipta formulasi bagi setiap produk penjagaan kulit wajah daripada Paula’s Choice Skincare termasuklah produk Peptide Booster yang mengandungi campuran lapan jenis peptide berbeza, termasuklah amino asid dan bahan skin replenishing.

Kajian yang terbaharu membuatkan kami teruja mengenai kegunaan peptide dalam produk penjagaan kulit wajah. Kemampuan bahan ini untuk memgembalikan dan memperkukuhkan bahan binaan kulit supaya ia menjadi lebih kuat dan sihat merupakan aset terpenting kepada kulit-- namun, tanggapan haruslah pada tahap realistik dan sihat supaya anda tidak kecewa.

Penggunaan Peptide Semata-mata Tidak Cukup
Perkara yang penting perlu diingatkan bahawa walaupun peptide merupakan bahan istimewa kepada kulit, ianya masih memerlukan “rakan” dalam bentuk bahan sokongan untuk membantu mengatasi pelbagai isu kulit. Setiap produk penjagaan kulit wajah yang ada beli menggunakan hasil titik peluh anda haruskah mengandungi bahan khas yang kerap kami bincangkan seperti antioksida, bahan skin-replenishing, bahan skin-restoring (termasuklah peptide). Peptide boleh melakukan banyak perkara, namun ianya tidak boleh melakukan kesemuanya sendiri.

Sebagai (peringatan kerana ianya penting!) apabila peptide diformulasokan dengan antioksida, bahan skin-soothing dan skin-replenishing, ianya dapat membantu pelbagai isu tanda penuaan dan anda akan menyukai hasilnya!

Copper Peptide: Fakta atau Fiksyen

Berbicara mengenai bahan yang digembar-gemburkan sehingga lari daripada fakta sebenar, copper peptide merupakan salah satu bahan yang tidak kecuali daripada ini. Hal ini terjadi apabila terdapat tanggapan awal bahawa bahan asas binaan kulit disusun oleh copper. Oleh itu, logik itu kemudian diikuti dengan tanggapan bahawa kulit memerlukan copper peptide untuk mendapatkan manfaat tersebut. Walaupun ianya benar bahawa copper peptide merupakan salah satu bahan skin-restoring, terdapat banyak jenis peptide yang memberikan kesan yang sama, atau lebih daripada manfaat yang ditawarkan daripada copper peptide.



Untuk meletakkan perkara ini dalam perspektif, walaupun terdapat banyak kajian menunjukkan kesan positif yang dramatik daripada bahan ini, namun kajian ini jarang dibandingkan dengan bahan peptide lain, mahupun bahan antioksida lain. Ianya adalah penting untuk mengetahui bahawa terdapat banyak bahan lain terbukti memberi kesan efektif kepada kulit, tidak hanya copper peptide. Hal ini merupakan salah satu punca kepada individu terlalu tumpukan satu jenis bahan dalam rutin penjagaan kulit wajah.

Ironiknya, terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa copper ini mempunyai potensi toksik kepada kulit. Namun, kajian ini dijalankan terhadap copper asli di dalam badan, dan bukan sebagai peptide yang digunakan secara topikal pada kulit. Kesan negatif terjadi apabila bahan ini tidak seimbang, apabila copper wujud dengan banyak dalam sesebuah formulasi.


Peptide dalam Penjagaan Kulit Wajah: Kesimpulan
Peptide merupakan tambahan yang baik kepada penjagaan kulit wajah kerana ianya membantu menangani pelbagai jenis isu kulit. Namun, seperti kesemua bahan anti-penuaan yang lain, pendekatan yang terbaik adalah dengan menggunakan bahan pelembab dan serum yang menggunakan campuran bahan yang terbaik termasuklah antioksida dan bahan skin-restoring (tidak dilupakan juga produk pelindung matahari) untuk memberikan kesan dramatik untuk kulit yang sihat!

 

Rujukan

  1. Cosmetics, May 2017, pages 1-14
  2. ChemMedChem, August 2016, issue 16, pages 1850-1855
  3. Bulletin of Experimental Biology and Medicine, May 2016, issue 1, pages 175-178
  4. Journal of Drugs in Dermatology, April 2016, supplemental, pages 63-71
  5. Austin Journal of Pharmacology and Therapeutics, August 2014, pages 1-9
  6. Biological Trace Element Research, August 2013, issue 2, pages 268-274
  7. Clinical Chemistry and Laboratory Medicine, April 2013, pages 1–8
  8. Dermato Endocrinology, July 2012, issue 3, pages 308–319

 



Leave a comment

Comments will be approved before showing up.