Penjagaan Kulit Wajah Ketika Hamil 

Penjagaan Kulit Wajah Ketika Hamil 

July 17, 2021

Kehamilan adalah tempoh yang menyeronokkan namun kebiasaannya ia hadir dengan banyak cabaran untuk memilih produk penjagaan kulit wajah. Antara persoalan yang kerap ditanyakan oleh pengguna yang sedang hamil adalah mengenai produk yang sesuai dan produk yang tidak boleh digunakan pada kulit wajah.

Adakah salicylic acid sesuai digunakan ketika hamil? Bagaimana dengan glycolic acid? Penggunaan benzoyl peroxide untuk jerawat? Adakah penggunaan retinol dibolehkan ketika hamil? Jawapan yang diberikan akan mengejutkan anda!

Pertama sekali anda perlu menyemak dengan pakar perubatan dan membincangkan mengenai produk penjagaan kulit wajah yang sedang atau ingin gunakan. Kebiasaannya, kebanyakan produk penjagaan kulit wajah seperti pencuci muka, toner, pelembab, krim mata, skrub dan pelembab bibir tidak mengandungi bahan over the counter yang diregulasikan oleh FDA. Oleh itu, anda boleh menggunakannya tanpa sebarang kerisauan.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda adalah wanita hamil yang memerlukan produk preskripsi, bahan over the counter skincare dan retinol, ia adalah perkara yang berbeza.

Penggunaan Produk Penjagaan Kulit Wajah Ketika Kehamilan 

Informasi yang salah mengenai produk penjagaan kulit wajah ketika mengandung membuatkan ramai wanita merasa keliru mengenai pemilihan produk yang sesuai untuk kulit wajah mereka. Kami telah mendapatkan pandangan daripada American College of Obstetricians and Gynecologists mengenai bahan yang kami kerap ditanyakan. Ini adalah kenyataan daripada mereka:

Benzoyl peroxide merupakan bahan yang cemerlang untuk mengawal jerawat dan pada konsentrasi 5% dan ke bawah, ianya adalah rawatan terbaik untuk kulit berjerawat ketika mengandung. 

Salicylic acid (BHA) merupakan exfoliant terbaik untuk kulit, dan penggunaan salicylic acid dalam peratusan yang kecil boleh digunakan ketika hamil. Anda juga boleh pertimbangkan penggunaan exfoliant AHA seperti glycolic acid atau lactic acid. Bagaimana in-office AHA atau BHA peels? AHA peels boleh digunakan sekiranya digunakan pada permukaan kulit yang lebih luas.



Sunscreen active (bahan sunscreen aktif) tidak terbukti untuk memberi risiko ketika tempoh kehamilan. American College of Obstetricians and Gynaecologists tidak menjumpai sebarang bukti atau kesan buruk mengenai kandungan bahan sunscreen kepada wanita hamil daripada kajian medical atau kepada binatang. Penggunaan sunscreen harian digalakkan oleh dermatologis. Sekiranya anda mendapati kulit anda menjadi sensitif ketika hamil, pertimbangkan penggunaan sunscreen yang menggunakan mineral aktif titanium dioxide atau zinc oxide kerana kedua-duanya tidak memberi iritasi kepada kulit. 

Hydroquinone. Bahan ini tidak pernah diuji kepada manusia atau haiwan mengenai kesan penggunaannya ketika kehamilan. Oleh itu, ianya tindakan yang bijak untuk mengelakkan penggunaan produk yang mempunyai hydroquinone semasa kehamilan dan ketika menyusukan bayi. Hal ini juga merujuk kepada penggunaan bahan pencerah kulit seperti arbutin dan berasal seperti alpha-arbutin kerana kedua-dua bahan ini dipecahkan menjadi hydroquinon kepada kulit. Anda boleh mencari bahan pencerah kulit yang mengandungi 5% atau lebih konsentrasi niacinamide atau mengambil pelbagai jenis vitamin C.

Azelaic acid melalui preskripsi topikal selamat untuk digunakan ketika hamil dan kajian telah membuktikan ianya dapat membantu pigmentasi kulit dan membantu mengawal jerawat daripada tumbuh dan simptom rosacea.

Produk anti penuaan dengan vitamin C, niacinamide, hyaluronic acid dan peptide dianggap selamat untuk digunakan ketika kehamilan-- hal ini kerana tiada kajian membuktikan ianya bermasalah untuk penggunaan topikal. Namun, lagi sekali harus diingatkan bahawa sekiranya anda kurang pasti dengan penggunaan produk anti penuaan baru dan kombinasi bahannya, sila rujuk dan ikuti nasihat daripada pakar perubatan anda.

Elakkan preskripsi retinoid seperti Renova, Retin-A, Differin, Tazorac dan tretinoin generik dan produk retinol over the counter kerana ianya mempunyai kaitan kepada retinoid preskripi. Anda digalakkan untuk menukar kepada serum anti-penuaan yang tidak mempunyai retinol atau yang berasal dari bahan yang sama (retinyl retinoate, retinaldehyde, atau hydroxypinacolone retinoate).

Preskripsi untuk masalah kulit yang lain: Doktor anda akan memberi nasihat mengenai ubatan topikal yang sesuai untuk digunakan ketika kehamilan anda serta cara penggunaannya. 

Harus diingatkan bahawa kami menggalakkan anda untuk merujuk kepada pakar perubatan mengenai produk penjagaan wajah yang anda sedang gunakan atau ingin gunakan terutama sekali jenis produk preskripsi dan produk ubatan over-the-counter  untuk memastikan ianya sesuai digunakan ketika tempoh kehamilan anda.

Informasi yang dikongsi di atas bertujuan untuk memberi anda idea jelas mengenai produk penjagaan kulit wajah yang anda boleh gunakan ketika tempoh kehamilan dan produk yang anda perlu elakkan. Kami berharap anda dapat menarik nafas lega setelah mengetahui bahawa anda masih boleh mendapatkan kulit yang cantik ketika tempoh kehamilan anda! 

Rujukan

  1. Journal of Perinatology, July 2017, pages 778-781
  2. Journal of Epidemiology and Global Health, March 2017, pages 63-70
  3. International Journal of Women’s Dermatology, March 2017, pages 6-10
  4. Dermatologic Therapy, July-August 2013, pages 302-311
  5. Canadian Family Physician, June 2011, pages 665-667
  6. Precarie International, June 2005, pages 100-101
  7. American Journal of Clinical Dermatology, Volume 4, 2003, pages 473-492
  8. Teratology, May 2001, pages 186-192

Pemberitahuan: Artikel ini tidak bertujuan untuk mengganti nasihat medikal daripada pakar kesihatan anda. Hanya pakar kesihatan anda yang mengetahui sejarah kesihatan anda dan memberi nasihat berdasarkan tahap kesihatan anda. Doktor anda berhak untuk membuat keputusan mengenai produk penjagaan kulit wajah yang sesuai untuk anda ketika tempoh kehamilan.

 



Leave a comment

Comments will be approved before showing up.