Penjagaan Kulit Normal

 Apakah kulit normal?

Cara terbaik untuk menggambarkan kulit normal adalah kulit ini mempunyai masalah yang sangat minimal. Oleh itu, pemilihan produk penjagaan kulit akan lebih berkisar kepadapilihan peribadi dan jangkaan. Dalam erti kata lain, individu yang mempunyai kulit yang kelihatan sempurna masih boleh mengalami sedikit kekeringan atau sedikit berminyak atau melihat tanda-tanda kulit kombinasi dengan pori-pori tersumbat. Kulit normal juga mempunyai sedikit masalah kecil lain yang hampir tidak dapat dikesan. Ia juga sentiasa bergantung pada produk penjagaan kulit yang sedang anda gunakan.

Sekiranya anda mengenal pasti ini adalah isu kulit yang dihadapi; tidak kira betapa remeh, itu akan menjuruskan anda untuk memilih produk untuk kulit normal. Untuk sedikit kekeringan yang muncul sekali sekala, pertimbangkan produk yang untuk kulit normal hingga kering. Untuk sedikit minyak pada pori tersumbat yang anda alami, pilih produk yang dilabelkan sebagai untuk kulit normal hingga berminyak atau kombinasi.

 

 

Anda juga boleh membuat keputusan berdasarkan keutamaan peribadi anda. Anda mungkin menyukai produk yang lebih bersifat menghidrat atau berkrim manakala yang lain dengan kulit normal mungkin lebih suka produk bertekstur cecair dan ringan. Anda juga bebas memilih pelembap siang hari yang ringan, namun lebih menyukai penggunaan krim yang lebih kaya pada waktu malam. Apabila kulit normal, pilihan tekstur lebih kepada pilihan peribadi daripada keperluan dan anda mempunyai lebih fleksibiliti pada produk yang anda pilih berbanding jenis kulit pada hujung spektrum yang melampau.

 

 

Perkara yang perlu anda elakkan adalah produk yang akan menyebabkan masalah, mencipta jenis kulit yang anda tidak mahu. Jika anda menggunakan produk yang mengandungi bahan merengsa atau anda menggunakan skrub yang melelas atau berus pembersih berbulu keras, anda akan merosakkan kulit anda. Ini menyebabkan kulit anda secara semula jadi normal ke dalam keadaan tidak teratur dan menimbulkan lebih banyak masalah daripada diselesaikan.

Penjagaan kulit untuk kulit normal

Mempunyai kulit normal tidak juga bermakna anda tidak memerlukan rutin penjagaan kulit harian. Tanda-tanda kerosakan matahari akibat tidak memakai pelindung matahari atau masalah penjagaan kulit yang lain akibat perubahan cuaca bermusim, serangan alam sekitar atau perubahan pertengahan umur tetap akan menjejaskan kulit dari masa ke semasa. Ini bermakna rutin penjagaan kulit yang sihat adalah penting untuk anda mula memberi kepada kulit anda sekarang. Seperti kata pepatah, "mencegah itu lebih baik dari merawat!”

 

 

Cara terbaik untuk menjaga kulit normal adalah dengan mengikuti asas yang diperlukan oleh setiap jenis kulit, termasuk penggunaan harian pembersih yang lembut dan berkesan, pengelupasan AHA atau BHA yang tidak merengsa, pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi, dan pelembap yang dirumus dengan bahan-bahan yang memulihkan kulit dan menenangkan kulit.

 

 

Penggunaan serum antioksidan pada rutin penjagaan kulit anda juga perlu kerana antioksidan membantu melindungi kulit daripada kerosakan persekitaran serta UV. Hyaluronic Acid Booster boleh menjadi tambahan untuk menyokong penghidratan kulut. 1% Retinol Booster membantu mengekalkan keremajaan kulit. Pakar Dermatologi yang Diperakui Lembaga Dr. Corey L. Hartman bersetuju, "ini adalah komponen asas rejimen penjagaan kulit yang tertumpu pada pencegahan dan memberi manfaat kepada semua orang tanpa mengira jenis kulit."

 

 

Jika jenis kulit biasa anda cenderung kepada kekeringan, pilih produk daripada rangkaian Skin Recovery kami yang berkrim dan bertekstur lebih kaya ; sekiraanya kulit normal anda cenderung pada bahagian sedikit berminyak atau gabungan, produk bertekstur yang lebih cair daripada rangkaian Skin Balancing kami akan berfungsi dengan baik. Seperti yang dinyatakan di atas, individu yang mempunyai kulit normal bebas memilih berdasarkan pilihan tekstur anda.

Kini setelah anda mempunyai idea yang baik tentang kulit normal sebenarnya, cara mengenal pasti, dan yang paling penting—cara menjaganya, anda akan dapat membuat keputusan terbaik tentang produk yang hendak dibeli untuk kulit anda. Dengan produk yang disyorkan di atas, anda akan memberikan kulit bahan yang diperlukan untuk kelihatan lebih muda dan kekal normal selama mungkin.

Tidak kira sejauh mana kesempurnaan kulit anda sekarang, semakin dari masa ke masa, kesan yang boleh dilihat daripada kerosakan matahari terkumpul daripada pendedahan matahari tanpa perlindungan, kerosakan alam sekitar dan perubahan pertengahan umur pada kulit anda akhirnya akan dapat dilihat. Kami mahu anda memastikan kulit anda sihat, bertenaga dan berseri untuk mengelakkan tanda-tanda penuaan dan masalah lain seiring dengan berlalunya tahun!

Dapatkan rangkaian DEFENSE di sini.

Dapatkan rangkaian EARTH SOURCED di sini.

Dapatkan rangkaian BOOSTER di sini.

 

 Rujukan

  1. Journal of the European Academy of Dermatology and Venereology, March 2022, pages 444–452
  2. Journal of Cosmetic Dermatology, February 2021, pages 677–683
  3. International Journal of Cosmetic Science, October 2019, pages 411–424
  4. Annals of Dermatology, April 2019, pages 175–185

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.