Punca Kulit Kering
Kulit kering berlaku apabila kulit tidak mempunyai kemampuan untuk mengekalkan faktor pelembap secara semula jadinya dengan berkesan— erti kata lain, kulit kehilangan keupayaan untuk melembabkan kulit secara semulajadi. Antara haktor yang mengakibatkan permasalahan ini adalah “barrier” kulit yang terjejas, dan mikrobiom kulit yang tidak seimbang. Hal ini kebiasaannya terjadi apabila membersihkan wajah dengan berlebihan terutama sekali dengan penggunaan sabun buku, bahan-bahan keras, skrub kulit yang kasar, pendedahan matahari tanpa perlindungan terkumpul (penggunaan pelindung matahari secara harian adalah satu kemestian), dan elemen persekitaran yang kita terdedah kepada setiap hari.
Oleh kerana itu, walaupun anda menggunakan krim sepanjang hari, namun kulit tetap terasa kasar, tidak selesa dan tegang. Sekiranya hal ini tidak ditangani dengan penggunaan produk penjagaan kulit yang betul, ianya agak sukar untuk menangani masalah kulit kering. Berikut merupakan pelan tindakan untuk membantu kulit kering!
Solusi Permasalahan Kulit Kering
Melawan masalah kulit kering bermasalah bermula dengan pemilihan rangkaian produk kulit kering yang baik untuk menyuburkan dan menenangkan. Penggunaan pencuci wajah yang lembut dan berkesan akan membuatkan kulit terasa lembut, bersih, tidak kering dan tegang. Bahan-bahan yang perlu dicari termasuk minyak tumbuhan yang berkhasiat, tidak mempunyai wangi dan agen pembersih yang sangat lembut dan mudah dibilas.
Nasihat penting: Elakkan sabun bar dan scrub. Produk yang memburukkan kulit ini menyakiti permukaan kulit, mengurangkan keupayaannya untuk menahan kelembapan.
Selepas pembersihan, cas semula kulit anda dengan toner (ya, kulit kering juga memerlukan mendapat manfaat daripada toner). Penggunaan toner yang sarat dengan bahan penghidratan dan penghidratan kulit yang unggul adalah sangat sesuai bagi kulit yang kering. Penambahan semula nutrien penting kepada kulit dapat dan melindungi kulit daripada kehilangan lembapan.
Langkah seterusnya ialah menggunakan pengelupasan AHA pada kekuatan 5%. Pengelupasan lembut ini boleh memberi peluang kepada produk yang anda pakai seterusnya untuk meresap dalam kulit. AHA tidak sekadar membuang lapisan kulit mati, namum ianya juga dapat memperkayakan lagi kulit yang sangat kering dengan memberikan kelembapan berpanjangan.
Selepas menggunakan exfoliant, gunakan campuran minyak yang kaya dengan antioksidan yang tidak mempunyai sebarang pewangi ke seluruh muka, atau penggunaan secara strategik untuk mengeringkan tompok pada kulit wajah. Langkah kecil ini boleh membuat perubahan untuk menambah penghidratan dan menghidupkan semula kulit yang sangat kering kepada kulut yang lebih bersinar dan berseri.
Langkah terakhir pada waktu malam adalah untuk memberikan kulit kelembapan terbaik dan bahan-bahan pemulihan kulit yang diperkaya. Pelembap dan krim asas standard tidak akan mampu memberikan kesan terbaik dan sempurna untuk jenis kulit bermasalah ini; sebaliknya, cari formulasi pelembab yang berkuasa tinggi yang mengandungi lipid penting, ceramide, fatty acids dan agen penenang kulit. Untuk penghidratan yang lebih efektif, cari produk yang bertekstur mewah, serta melembabkan pada masa yang sama. Kulit anda akan segera terlindung daripada serangan alam sekitar di sekeliling anda (seperti udara panas pada kadar kelembapan rendah) dan mengunci bahan yang terbaik pada kulit.
Langkah wajib adalah penggunaan SPF bernilai 30 atau lebih pada waktu siang. Tiada yang lebih penting untuk kulit daripada melindunginya daripada pendedahan cahaya UV harian (walaupun pada hari mendung); pendedahan UV tanpa perlindungan akan mengehadkan keupayaan kulit untuk menahan kelembapan dan menambah bahan penting dalam kulit.
Rujukan
Comments will be approved before showing up.