Penggunaan Niacinamide dan Vitamin C: Boleh atau Tidak?

Penggunaan Niacinamide dan Vitamin C: Boleh atau Tidak?

February 20, 2021

Niacinamide dan vitamin C merupakan bahan yang mempunyai manfaat yang tersendiri. Niacinamide berfungsi untuk membantu mengecilkan pori, mengawal pengeluaran minyak pada kulitm, membantu mencerahkan kulit dan bertindak sebagai bahan untuk “melatih” kulit menjadi lebih sihat secara menyeluruh. Vitamin C merupakan bahan yang bertindak efektif untuk membantu memudarkan bintik hitam, kesan pigmentasi daripada bekas jerawat serta membantu untuk menyekatakan tona kulit supaya kelihatan berseri.  

Namun begitu, disebalik daripada manfaat kedua-dua bahan ini, terdapat mitos yang besar bahawa kedua-dua bahan ini tidak boleh digunakan dalam rutin yang sama. Banyak laman web, blog serta majalah kecantikan yang turut menyebarkan mengenai perkara ini dengan menyatakan bahawa walaupun kedua-dua bahan ini mempunyai manfaat yang  tersendiri kepada kulit, namun akan mengakibatkan beberapa masalah. Antara masalah yang diutarakan daripada mitos ini adalah penggunaan kedua-dua bahan ini akan menjadikan kedua-dua bahan ini menjadi tidak efektif, serta masalah kedua adalah gabungan kedua-dua bahan ini akan menghasilkan nicotinic acid yang akan mengakibatkan kulit menjadi kemerahan.  

Namun, mitos yang tersebar luas mengenai penggunaan bahan ini adalah tidak benar. Kajian telah membuktikan penggunaan niacinamide dan vitamin C tidak akan mengakibatkan masalah kulit, malahan, gabungan ini akan membantu memberi pelbagai jenis manfaat kepada kulit.

 Jadi, Apakah Fakta yang Sebenar?

Perkara yang mencetuskan mengenai isu larangan penggunaan niacinamide dan vitamin C secara serentak adalah berpunca daripada kajian lama yang telah disalah tafsir. Kesemua produk dan cadangan daripada Paula’s Choice Skincare adalah berdasarkan kajian sains. Kajian demi kajian yang telah dilakukan dijadikan sandaran kepada penghasilan produk serta formulasi daripada kami. 

Kajian yang menunjukkan ketidaksesuaian antara niacinamide dan vitamin C dijalankan pada tahun 1960. Kajian ini menggunakan jenis vitamin C dan niacinamide yang tidak stabil-- dan bahan ini tidak lagi digunakan dalam formulasi kosmetik zaman moden kini.   

Niacinamide merupakan bahan sangat stabil; cahaya dan udara tidak memberi kesan kemerosotan fungsinya seperti bahan antioksida seperti vitamin C. pH neutral adalah perkara yang dititikberatkan dalam formulasi niacinamide. Vitamin C (ascorbic acid) sebaliknya bertindak efektif dalam kadar pH rendah yang berasid. Nicotinic acid-- bahan yang terhasil daripada niacinamide dan vitamin C hanya akan menjadi isu apabila kedua-dua bahan ini dicampurkan pada suhu yang tinggi pada tempoh yang lama. Suhu tinggi yang dinyatakan adalah lebih daripada suhu yang boleh didapati pada persekitaran rumah-- mahupun sekiranya ditinggalkan di luar rumah pada cuaca yang panas sehingga beberapa hari.

Ianya penting untuk diingatkan bahawa permasalahan  ini hanya melibatkan jenis vitamin C asal (ascorbic acid) dan bukan terbitan daripada jenis vitamin C seperti magnesium ascorbyl phosphate, tetrahexyldecyl ascorbate, and ascorbyl glucoside. Secara ringkas, penggunaan ascorbic acid dengan niacinamide juga selamat untuk digunakan.

Secara ringkas, segala kajian yang menunjukkan isu mengenai penggunaan niacinamide dan vitamin C yang dijalankan adalah pada persekitaran yang tidak menggambarkan pengalaman penggunaan produk penjagaan wajah secara realistik.

Vitamin C dan Niacinamide: Kombinasi Terbaik

Penggunaan niacinamide dan vitamin C adalah selamat untuk digunakan dalam satu rutin yang sama, dan produk yang menggabungkan kedua-dua bahan ini juga adalah selamat untuk digunakan.

Manfaat daripada kedua-dua bahan ini juga banyak. Niacinamide sendiri merupakan bahan yang mempunyai sifat memperbaiki (skin-restoring) dan membantu mengecilkan penampilan pori yang besar, garis halus dan kulit kusam. Vitamin C pula merupakan antioksida yang bertindak secara efektif untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat cuaca dan persekitaran dan bertindak sebagai agen pencerah untuk kulit. Vitamin C juga bersifat anti-penuaan.

Penggunaan bersama kedua bahan ini menjadikan gabungan dinamik ini membantu menyelesaikan pelbagai masalah seperti tona kulit tidak sekata, garis halus dan kedutan, kehilangan keanjalan kulit dan kulit kusam. Bahan ini tidak hanya boleh digunakan secara spesifik untuk jenis kulit yang spesifik-- ianya boleh digunakan untuk kesemua jenis kulit. Penggunaan kedua-dua bahan ini akan menjadikan kulit lebih berseri, lembut sekata dan awet muda.

Perkara lain yang perlu anda ketahui daripada pelbagai kajian yang lepas adalah mengenai bagaimana bahan ini bertindak untuk memberi manfaat kepada kulit. Namun, tahukah anda baawa vitamin C (ascorbic acid) adalah bahan antioksida yang wujud secara semulajadi di dalam kulit? Sekiranya penggunaan vitamin C dan niacinamide tidak boleh digunakan secara serentak, penggunaan niacinamide secara topikal juga akan mengakibatkan kesan buruk. Namun begitu, tidak ada sebarang kajian yang menyatakan perkara ini berlaku-- hanya kesan baik sahaja dapat dijumpai dengan pemakaian niacinamide pada kulit.

Kami menggalakkan anda untuk mencuba gabungan bahan ini sendiri dan ketahui bagaimana kedua bahan ini mampu memberi manfaat kepada kulit. Tiada mitos yang disebarkan daripada kami, hanya fakta dan hasil yang efektif.

Rujukan

  1. Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, September 2015, pages 463–470
  2. Indian Dermatology Online Journal, April-June 2013, pages 143–146
  3. Journal of Cosmetic Dermatology, December 2012, issue 4, pages 310–317; and 2004, issue 2, pages 88–93
  4. Journal of the American Academy of Dermatology, March 2009, page AB78
  5. Journal of Drugs and Dermatology, July 2008, pages S2–S6


Leave a comment

Comments will be approved before showing up.