Penggunaan Bahan Semulajadi dan Organik Dalam Kosmetik - Paula's Choice Malaysia

Penggunaan Bahan Semulajadi dan Organik Dalam Kosmetik

Kebanyakan individu percaya bahawa bahan semulajadi dan organik adalah lebih baik untuk kulit namun kebenaranya kepercayaan ini tidak berlandaskan fakta mahupun kajian saintifik. Fakta yang mengejutkan adalah banyak bahan organic dan semulajadi adalah tidak baik untuk kulit. Bahan-bahan ini dipromosikan dan digembar gemburkan sebagai produk yang baik di bawah label semulajadi dan organic. Perkara ini adalah menyedikan dan benar.

Tanpa kajian yang menyeluruh dan mendalam banyak syarikat yang mengambil kesempatan untuk produk kosmetik yang menggunakan bahan semulajadi yang tidak mempunyai kajian mendalam mengenai khasiat dan manfaat kepada kulit. Perkara ini memberi rikiko kepada kulit kerana tidak semua bahan semula jadi adalah sesuai kepada kulit. Terdapat juga antaranya bahan yang menyebabkan iritasi kepada kulit. Bahan semulajadi tidak semestinya baik untuk kulit dan bahan sintetik tidak semestinya memberikan kesan buruk kepada kulit.

Apakah Manfaat Penggunaan Produk Semulajadi dan Organik?

Perkara ini tidaklah bermaksudkan bahawa kesemua bahan semulajadi ini tidak memberi manfaat kepada kulit, malahan terdapat banyak bahan semulajadi yang terbukti secara saintifik memberi manfaat kepada kulit. Namun, idea bahawa bahan semulajadi adalah pilihan yang terbaik-- ataupun meletakkan limitasi penggunaan bahan semulajadi sahaja kepada kulit adalah bukan perkara yang bagus. Kami di Paula’s Choice Skincare hanya memilih bahan semulajadi yang mempunyai rekod terbaik dan efektif kepada kulit. Kami menentang keras penggunaan bahan semulajadi yang memberikan kesan buruk kepada kulit. Hal ini seharusnya diberi perhatian kepada syarikat kosmetik lain.

Perbincangan mengenai bahan bahan semulajadi adalah yang terbaik kepada kulit ini juga turut mendapat perhatian daripada Dr. Linda M, Katz, Pengarah Pentadbiran Makanan, Dadah, Kosmetik dan Warna menyatakan bahawa “pengguna tidak seharusnya menganggap bahawa bahan organik dan semulajadi adalah selamat berbanding daropada versi bahan yang dibuat secara kimia. Fakta yang sebenarnya adalah bahan semulajadi lebih sukar untuk dikawal daripada bahan ini tercemar berbanding daripada bahan yang dibuat secara sintetik” (Sumber: New York Times, November 1, 2007)

Joan Shaffter, jurucakap USDA pula turut menambah pernyataan ini. “Ramai orang tidak seharusnya mentafsir pemetraian USDA Organik atau sebarang pemetraian organik daripada mana-mana syarikat kosmetik sebagai bukti kepada keefisienan bahan ini mahupun manfaat kesihatan. Program Organik Nasional merupakan program pemasaran dan bukannya program keselamatan. Kek coklat yang dibuat menggunakan bahan organik dan semulajadi juga tidak ada sebarang manfaat kesihatan kepada pemakan. (Sumber: www.ams.usda.gov/nop/FactSheets/Backgrounder.html)

Bahan Semulajadi yang Perlu Dielakkan Dalam Produk

Terdapat banyak bahan semulajadi dan organik yang digunakan dalam produk penjagaan kulit wajah boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif pada jangka masa panjang. Sesetengah daripada bahan ini juga kasar dan boleh menghakis kulit. Tiada kebaikan yang dapat diberikan oleh bahan ini, oleh itu ianya penting untuk anda mengetahui bahan yang perlu dielakkan untuk menjaga kulit wajah anda.

Bahan yang mengakibatkan kulit menjadi sensitif (sama ada sintetik atau semulajadi) menyebabkan kesemua aspek kulit menjadi rosak. Ianya menganggu kebolehupayaan kulit untuk kembala pada keadaan semulajadi dan menjadikan kulit lebih mudah mendapat kesan daripada kerosakan akibat persekitaran. Hal ini terutamanya benar pada bahan yang mengandungi pewangi-- dan disorok dengan kategori label essential oil.

Kesemua pewangi sama ada sintetik atau semulajadi mengakibatkan kesan pada kulit. Essential oil adalah merupakan pewangi dan mengeluarkan bauan yang memberi kesan positif namun ianya adalah bahan yang perlu dielakkan. Ianya perkara yang menakutkan apabila apabila melihat banyak produk semulajadi ini menggunakan bahan pewangi dalam produk pelembab, losyen, serum dan toner!

Antara perkara yang seharusnya menjadi kerisauan adalah bahagaimana kulit melindung kesan yang mengakibatkan sensitif. Hanya kerana anda tidak melihat bahan ini memberi kesan kepada kulit anda, ia tidak semestinya kesan kerosakan ini tidak berlaku dalam keadaan kulit anda.

Kesemua bahan semulajadi yang tersenarai akan tetap memberi masalah kepada kulit dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, banyak bahan yang berasaskan citrus akan meningkatkan impak cahaya matahari kepada kulit (photosensetif). Namun dari segi lain, kebanyakan bahan ini turut memberi manfaat antioksida  yang juga turut wujud dengan kesan negatif yang lain. Terdapat banyak jenis bahan semulajadi lain yang hanya memberikan kesan yang positif tanpa ada kesan negatif yang lain-- dan ini adalah bahan yang seharusnya terdapat dalam produk penjagaan wajah anda.

Berikut merupakan bahan yang anda perlu elakkan dalam produk penjagaan kulit wajah anda

  • Alkohol
  • Allspice
  • Ekstrak Almond
  • Angelica
  • Arnica
  • Balm Mint Oil
  • Balsam
  • Basil
  • Bergamot
  • Cinnamon (kayu manis)
  • Minyak atau jus sitrus
  • Cengkih
  • Clover blossom (bunga semanggi)
  • Coriander oil (minyak ketumbar)
  • Cottonseed oil (minyak biji kapas)
  • Cypress
  • Fennel (Adas)
  • Fir needle
  • Geranium oil
  • Grapefruit (limau gedang)
  • Kacang yang dihaluskan
  • Horsetail
  • Minyak Lavender 
  • Lemon
  • Lemon balm
  • Serai
  • Limau
  • Marjoram
  • Oak bark
  • Betik
  • Peppermint
  • Ros
  • Rosemary
  • Sage
  • Thyme
  • Witch hazel
  • Wintergreen
  • Ylang ylang

 Bahan semulajadi yang baik untuk kulit

Memandangkan senarai bahan yang bermasalah agak panjang, anda mungkin tertanya-tanya apakah bahan yang terbaik untuk kulit. Jangan risau, terdapat banyak lagi bahan semulajadi lain yang telah terbukti secara saintifik memberi kesan yang terbaik kepada kulit anda.

  • Clays
  • Chamomile
  • Bisabolol
  • Seaweed
  • Kaolin
  • Amino acids
  • Ceramides
  • Hyaluronic acid
  • Grapes
  • Green tea
  • Chocolate
  • Licorice
  • Oats
  • Soy
  • Willow Herb
  • Coconut oil
  • Safflower oil
  • Canola oil
  • Shea butter
  • Honey
  • Mica
  • Olive oil
  • Sunflower Oil
  • Argan oil
  • Carnauba wax
  • Meadowfoam
  • Rice Bran oil
  • Turmeric
  • Rosa canina Fruit oil
  • Palm oil
  • Omega fatty acids
  • Corn oil
  • Glycerin
  • Lecithin
  • Aloe vera
  • Jojoba oil
  • Pomegranate
  • Algae extracts
  • Sea whip extract
  • Feverfew extract
  • Bearberry
  • Mulberry
  • White tea
  • Cocoa butter
  • Sesame oil
  • Borage oil
  • Ubiquinone
  • Acai oil
  • Vitamin E
  • Vitamin B3
  • Goji Berry
  • Coffeeberry extract
  • Evening Primrose oil
  • Tamanu Oil
  • Curcumins
  • Silybum marianum extract

Bekas dan pembungkusan adalah penting!

Perkara yang terpenting mengenai bahan semulajadi adalah cara pembungkusan. Bahan semulajadi mudah teroksida sekira terdedah dengan udara. Cari produk yang menggunakan bahan yang legap dan tidak terdedah dengan cahaya, dengan cara ini anda akan mendapat manfaat penuh daripada bahan semulajadi dan organik yang memberikan kesan yang anda mahukan kepada kulit.

Dapatkan produk kami di sini. 

Rujukan:

  1. Regulatory Toxicology and Pharmacology, October 16, volume 80, pages 226-32
  2. Contact Dermatitis, September 2016, issue 3, pages 129-143; October 2013, issue 4, pages 196-230; and February 2014, issue 2, pages 90-97
  3. Acta-Demato Venerology, June 2016, issue 5, pages 679-683
  4. Annals of Emergency Medicine, April 2016, issue 4, pages 554-556
  5. Cutis, October 2015, issue 4, pages 269-274
  6. Photochemical & Photobiological Sciences, December 11, issue 1, pages 199-206
  7. Food Chemistry and Toxicology, February 2011, issue 2, pages 324-341

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.