Pemilihan Bahan Pelembab Muka Terbaik

Pemilihan Bahan Pelembab Muka Terbaik

March 27, 2021

Kini, terdapat banyak cadangan mengenai pemilihan pelembab kulit wajah terutama sekali pelembab yang mengandungi bahan anti penuaan terbaik. Satu demi satu produk mendakwa bahawa formulasi produk mereka mengandungi bahan yang terbaik untuk kulit, namun sejauh manakah kebenarannya?

Kami di Paula’s Choice mahukan semua pengguna untuk mencari dan mendapatkan bahan yang terbaik untuk kulit wajah anda. Pencarian produk yang terbaik untuk kulit wajah anda perlulah bermula dengan pencarian produk yang mengandungi bahan yang telah terbukti secara saintifik yang mampu memberi kesan yang terbaik untuk setiap jenis kulit.

Bahan Terpenting untuk Pelembab Wajah

Masalah kulit kering yang dialami boleh dibantu dengan pemakaian pelembab. Oleh itu, pelembab yang dipilih untuk menyelesaikan isu kulit kering ini haruslah mempunyai bahan yang telah terbukti berkesan secara saintifik dan memberi sepenuh manfaat kelembapan kepada kulit.

Antara perkara yang kerap kami nyatakan adalah tiada satu bahan spesifik yang terbaik untuk kulit wajah namun produk penjagaan kulit wajah yang terbaik perlu merangkumi pelbagai jenis bahan. Oleh itu, kami akan menghuraikan mengenai bahan yang terbaik untuk kulit wajah mengikut kategori serta contoh bahan secara spesifik. Walaupun begitu, perlu diingat semula bahawa bahan terbaik ini tidak spesifik kepada bahan yang akan dihuraikan sahaja kerana penjagaan kulit boleh menjadi kompleks dan rumit. Namun jangan risau, kerana artikel kali ini akan memberi panduan untuk menyelesaikan kerumitan ini.

1. Antioksida

Antioksida memainkan peranan yang unik dan penting apabila melibatkan mengenaik masalah kulit kering. Kulit kering kebiasaannya berpunca daripada pendedahan kepada cahaya matahari serta punca persekitaran yang lain. Hal ini secara tidak langsung menekankan mengenai kepentingan penggunaan pelindung cahaya matahari. Kulit yang terkesan akibat daripada cahaya matahari akan menunjukkan kesan kehilangan keupayaan untuk menyimpan air di dalam kulit. Kulit yang kehilangan keupayaan untuk menyimpan air akan mengakibatkan kulit menjadi kusam, kering, tidak anjal dan membantutkan pertumbuhan sel kulit baharu.

Antioksida yang efektif dan stabil bertindak untuk membantu melindungi permukaan kulit daripada menjadi semakin teruk dengan menghalang kesan kerosakan daripada persekitaran daripada merosakkan kulit anda. Antioksida juga berfungsi sebagai pelindung kulit daripada kerosakan yang akan mengakibatkan tanda penuaan pramatang pada kulit. Keadaan persekitaran adalah sesuatu yang sukar untuk diubah, namun anda mampu untuk melindungi kulit anda daripada kerosakan yang berpunca daripada persekitaran.

Bagi mendapatkan kesan yang terbaik untuk kulit anda, gunakan pelembab kulit yang diformulasikan dengan pelbagai jenis antioksidan untuk membantu untuk melembabkan kulit dengan cara yang berbeza. Kami di Paula’s Choice Skincare mengformulasikan produk daripada pelbagai jenis antioksida yang telah terbukti secara saintifik untuk bertindak efektif kepada kulit.

Antara bahan antioksidan yang bertindak efektif kepada kulit adalah: Extrak the hijau, ekstrak anggur,  grape extract, resveratrol, vitamin C, vitamin E, epigallocatechin-3 gallate, superoxide dismutase, ferulic acid, quercetin, willow herb extract, feverfew extract, and licorice extract.

2. Bahan yang menambah baik kulit (Skin-Replenishing Ingredients)

Bahan yang menambah baik kulit dapat membantu menguatkan permukaan kulit dengan memberi dan mengekalkan kelembapan kepada kulit. Manfaat ini menjadikan kulit kelihatan lembut, licin dan anjal. Bahan ini merupakan bahan yang terpenting untuk kesemua jenis kulit terutama sekali untuk kulit yang mengalami kekeringan.

Terdapat pelbagai jenis bahan penambahbaik kulit antaranya: hyaluronic acid, ceramide, sodium PCA, gliserin, glycerol, silicone, petrolatum, salicylic acid dan alpha hydroxyl acid.

3. Emolien

Emolient merupakan yang menghalang kulit daripada kehilangan air dengan memberikan perlindungan kepada kulit supaya kulit kelihatan lembut dan licin. Perkara ini merupakan perkara yang terpenting untuk penjagaan kulit wajah yang kering supaya kembali kelihatan lembut dan berseri. Emolien mempunyai tekstur cecair serta pekat. Contoh bahan emolien yang terbaik kepada kulit adalah: minyak tumbuhan yang tidak mempunyai pewangi, shea butter, cocoa butter, fatty acids, borage oil, linoleic acid, oleic acid, coconut oil, evening primrose oil, sunflower oil, and mango butter.

Cara pembungkusan adalah penting

Tidak kira bagaimana hebat formulasi sesebuah pelembab wajah, produk yang diletakkan di dalam balang kebiasaannya menganggu formulasi sesebuah bahan tersebut. Kebanyakan antioksida bersifat sensitif terhadap cahaya dan udara dan apabila bahan tersebut terdedah, ia akan mengakibatkan produk menjadi kurang efesien kepada kulit anda.

Paula’s Choice menggunakakan bekas pam kedap udara yang bertindak untuk menghalang cahaya matahari daripada mengurangkan keefektifan formulasi bahan antioksida daripada sesebuah produk tersebut. Kesemua formulasi kami menggunakan kesemua bahan yang terbaik untuk kulit wajah anda.

Rujukan

  1. Molecules, August 2016, issue 9, page 1147
  2. Journal of Drugs in Dermatology, January 2016, issue 1, supplemental, S24-37
  3. Journal of Dermatologic Science, June 2015, issue 3, pages 224-231
  4. Journal of Physical Chemistry, March 2015, issue 10, pages 3988-3998
  5. Skin Pharmacology and Physiology, June 2014, issue 6, pages 316-332
  6. Skin Research and Technology, November 2014, issue 4, pages 409-415
  7. Dermatology Research and Practice, February 2012, volume 2012, pages 1-4
  8. Dermatologic Therapy, 2007;20(5):322–329
  9. Clinical Dermatology, November-December 2013, pages 750-758
  10. International Journal of Cosmetic Science, February 2005, pages 17-34
  11. Journal of Lipid Research, May 2002, volume 43, pages 794–804


Leave a comment

Comments will be approved before showing up.