Pelindung Matahari Untuk Kulit Sensitif
Pelindung Matahari Mineral vs. Pelindung Matahari Sintetik Untuk Kulit Sensitif
Pelindung matahari mineral atau lebih dikenali sebagai pelindung matahari bersifat fizikal kebiasannya mengandungi Titanium Dioxide dan/atau Zinc Oxide sebagai bahan aktif dalam produk perlindungan matahari mineral. Kedua-dua bahan ini lembut kepada kulit dan sesuai untuk kulit sensitif. Bahan ini kekal pada permukaan kulit—dimana ianya menjalankan tugasnya dengan memesong, dan menyerakkan sinar matahari daripada terkena kulit. Pelindung matahari jenis mineral ini pada dahulunya mempunyai tekstur yang sangat berat dan legap—menjadikan sukar untuk mencari produk pelindung matahari bersifat mineral yang kelihatan cantik dan terasa selesa pada kulit.
Namun, inovasi formulasi pelindung matahari mineral terkini telah berjaya mengasilkan produk yang bertekstur lebih mewah dan selesa pada kulit. Paula’s Choice mengambil kesempatan daripada kemajuan formulasi ini—supaya kami dapat berkongsi mengenai formulasi pelindung matahari mineral yang terbaik bagi kulit sensitif
Tekstur lembut seperti kusyen yang memberi hidrasi kepada kulit. Formulasi ini turut mengandungi ekstrak tumbuhan untuk menenangkan kulit.
Tekstur ringan dan memberi kesan yang menenangkan kulit. Memberi kemasan bebas minyak pada kulit.
Pelindung matahari berwarna yang sesuai untuk kulit sensitif.
Pelindung matahari sintetik yang turut dikenali sebagai pelindung matahari kimia turut bertindak untuk menyerak dan melencong sinar matahari yang berbahaya kepada kulit—namun bahan ini terutamanya bertindak dengan menukar sinar UV kepada haba, yang kemudiannya menyahaktifkan sinar ini sebelum ianya merosakkan kulit. Pelindung matahari sintetik yang biasa didengari adalah Oxybenzone, Octinoxate, Octisalate, dan Avobenzone.
Ianya mudah untuk mendapatkan tekstur yang ringan dan tidak mempunyai kesan kepuh (whitecast) pada untuk pelindung matahari jenis sintetik ini, menjadikan ianya salah satu bahan yang banyak digunakan dalam formulasi pelindung matahari. Namun begitu, bahan aktif pelindung matahari sintetik ini berkemungkinan untuk mencetuskan reaksi sensitif kepada kulit bagi sesetengah individu. Oleh itu, pakar dermatologi seluruh dunia (dan kami juga!) menggalakkan pelindung matahari jenis mineral bagi kulit sensitif.
Usah risau kerana pelindung matahari sintetik juga bagus dan ramai yang boleh menggunakan pelindung matahari jenis ini. Individu yang berkulit sensitif dan mudah untuk menjadi merah bukanlah golongan yang terbaik untuk memilih pelindung matahari jenis ini.
Mengapa Pelindung Matahari Bebas Pewangi Penting Bagi Individu Kulit Sensitif?
Nota penting yang perlu kami kongsi: Bahan pewangi kebiasaannya terkandung dalam formulasi untuk menutup bau asal bahan aktif pelindung matahari dan ianya bukanlah perkara yang terbaik untuk semua jenis kulit-- terutamanya kulit sensitif! Bahan yang mengandungi pewangi mengeluarkan bau melalui reaksi ruapan dan kebiasannya mengakibatkan iritasi kepada kulit (sama ada anda boleh merasakannya pada kulit, atau tidak, proses ini tetap berlaku). Kajian telah menunjukkan bahawa pewangi merupakan salah satu bahan yang mengakibatkan kesan negatif kepada kulit.
Kesemua produk Paula’s Choice Skincare adalah bebas daripada pewangi!
Rujukan:
- Seminars in Cutaneous Medicine and Surgery, 2013, pages 140–146
- Photodermatology, Photoimmunology, and Photomedicine, April 2011, pages 58–67
- Cosmetics & Toiletries, February 2006, pages 63–68
- Contact Dermatitis, 1997, pages 57–85
Leave a comment