Kajian adalah jelas, anda perlu memakai sunscreen setiap hari: tidak kira hujan atau panas, untuk mengelak kanser kulit dan tanda awal penuaan.
Namun bagaimana pula sekiranya tekstur pelindung matahari terasa rimas pada kulit? Atau mungkin sebelum ini pelindung matahari telah menyebabkan kulit anda berjerawat, memberi iritasi, atau meninggalkan kesan yang tidak sekata dan terasa berat pada kulit anda. Setiap perkara yang anda runsingkan adalah benar— namun ianya bukanlah perkara serta tindakan yang bagus untuk tidak memakai sebarang produk pelindung cahaya matahari.
Penyelesaian kepada permasalahan yang dinyatakan adalah anda perlu mencari formula yang bersesuaian dengan jenis kulit— untuk mengelakkan daripada kerosakan akibat daripada pendedahan kepada cahaya matahari. Pencarian produk yang bersesuaian dengan jenis kulit memerlukan banyak percubaan oleh itu dengan mengenali perbezaan antara bahan dalam sunscreen-- apakah bahan tersebut, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana ia rasa dan kelihatan pada kulit akan membantu anda.
Dua jenis bahan pelindung matahari adalah mineral dan sintetik. Namun, susah risau! Dua jenis bahan ini akan tetap akan melindungi kulit anda. Perbezaan kedua-dua jenis bahan ini hanyalah pada formulasi yang dicipta untuk kepelbagaian jenis kulit. Sebagai contoh sekiranya anda mempunyai kulit normal ke berminyak anda mempunyai pilihan yang tidak berminyak dan ringan, sekiranya anda mempunyai kulit kering ke normal, anda mempunyai pilihan produk SPF yang melembabkan melicinkan kulit.
Perbezaan Antara Bahan Sunscreen Mineral dan Sintetik
Perbezaannya kepada dua bahan ini tidak mencabar kepada tahap keefektifan produk ini kerana kedua-duanya bertindak efektif-- namun ianya berbalik kepada pilihan individu dan tahap kesensitifan kulit anda. Sunscreen yang mengandungi bahan mineral adalah dianggap sebagai pilihan yang lembut.
Fakta menarik: Dalam dunia penjagaan kulit wajah, pelindung matahari yang mengandungi bahan mineral dikenali sebagai organik namun hakikatnya, ia adalah sebaliknya. Dalam kajian sebenar sains, pelindung matahari yang mengandungi bahan mineral mengandungi bahan kimia yang tidak organik. Jangan biarkan terma pemasaran mempengaruhi keputusan anda!
Ianya penting untuk diketahui bahawa tiada bahan yang baik atau buruk antara formula yang mengandungi bahan mineral atau sintetik. Apa yang penting adalah bagaimana ia bertindak untuk melindungi kulit anda daripada kesan cahaya matahari. Ya, salah satu dari jenis bahan ini lebih sesuai untuk jenis kulit muka anda, namun anda sendiri harus melihat dan mengetahui bahan yang dinyatakan dalam senarai kandungan dan jangan biarkan diri anda terpengaruh dengan perkataan yang dipilih untuk melariskan sesebuah produk.
Apakah Jenis Penapis Cahaya Matahari yang Terbaik?
Seperti yang diperkatakan, pelindung cahaya matahari yang terbaik untuk anda adalah jenis pelindung matahari yang anda tidak akan merasa ragu untuk pemakaian harian. Produk pelindung matahari tersebut juga harus mempunyai SPF 30 dan ke atas dan memberi perlindungan berspektrum luas untuk mengelakkan kulit anda daripada kerosakan akibat daripada sinaran UVA dan UVB matahari. Selanjutnya, untuk membuat pilihan yang lebih tepat anda perlu mengetahui bagaimana kulit anda memberi respon kepada jenis perbezaan bahan dan tekstur sunscreen: produk yang mengandungi mineral aktif, produk yang mengandungi sintetik aktif dan produk yang mengandungi kombinasi kedua-dua bahan ini.
Pelindung matahari mineral
Pelindung matahari sintetik
Penting bagi anda menggunakan pelindung matahari setiap hari tidak kira jenis yang anda pilih. Walaupun anda merasakan bahawa anda tidak mempunyai risiko untuk mengalami selaran matahari, keadaan pada waktu siang walaupun matahari dilitupi awan- akan mengakibatkan mempercepatkan penuaan pada kulit dan meningkatkan risiko kanser kulit. Perkara ini menakutkan, namun benar: sinaran UVA matahari mampu menembusi tingkap. Anda tidak akan merasakan kesannya, namun ianya tetap akan berlaku sekiranya anda tidak memakai sebarang perlindungan pada kulit.
Apakah Produk SPF Paula’s Choice Skincare yang Terbaik untuk Kulit Saya?
Kami menekankan kepentingan menjaga kulit dengan pelembab, primer atau foundation (atau yang lebih baik, ketiganya sekali) yang mempunyai perlindungan SPF 30 dan ke atas, oleh itu kami telah mengeluarkan pelbagai pelindung matahari yang terasa ringan pada kulit, produk pelindung matahari yang mempunyai manfaat untuk menyuburkan (nourishing) untuk kesemua jenis kulit-- kesemuanya dicipta untuk mengekalkan penampilan kulit wajah yang sihat. Ia memerlukan beberapa percubaan untuk mengetahui formula yang sesuai dengan jenis kulit anda, namun segala usaha tersebut adalah berbaloi kepada kulit wajah anda.
Sekiranya anda mudah untuk tumbuh jerawat atau cenderung kepada kulit kemerahan, cuba salah satu produk pelembab kami yang mengandungi SPF yang ringan, dicipta untuk kulit berminyak, kering dan kulit yang mengalami penuaan. Sekiranya jenis kulit anda tidak sesuai dengan sunscreen mineral, atau anda mencari pelembab SPF yang ultra halus untuk kulit berminyak atau kulit mengalami penuaan, salah satu daripada formula pelindung matahari sintetik akan membantu anda. Kami mencadangkan produk RESIST Skin Restoring Moisturizer SPF 50 atau RESIST Youth-Extending Daily Hydrating Fluid SPF 50 kepada individu yang mempunyai masalah tanda penuaan yang ingin memilih produk SPF yang lebih tinggi daripada bahan sunscreen sintetik. Akhir sekali, sekiranya anda telah mempunyai pelembab SPF yang sesuai dengan kulit wajah anda dan anda memerlukan perlindungan tambahan daripada sunscreen anda, cuba salah satu daripada primer SPF 30 kami.
Rujukan
Comments will be approved before showing up.