Panduan Utama pH dan Kulit Anda

Beberapa topik penjagaan kulit masih menjadi kekeliruan dan kerisauan-- dan salah satunya adalah pH. Bagaimana dua huruf ini memberi impak terhadap kulit? Seperti mana terbukti dalam kajian dalam perkaitan pH dan kulit kita, serta produk – produk yang kita gunakan adalah sangat menarik.

Namun usah bimbang! Mencari produk penjagaan kulit yang mesra pH kulit sebenarnya lebih mudah daripada apa yang anda sangkakan. Pada minggu ini, kami akan berkongsi mengenai panduan penggunaan produk – produk penjagaan kulit yang terdiri daripada pH berlainan supaya anda dapat melakukan rutin anda dengan lebih cepat. 

 Apa itu pH?

Terma pH merujuk kepada “potensi hidrogen”. pH ini juga melibatkan aktiviti ion – ion hidrogen (ion – ion adalah molekul yang membawa cas positif atau negatif) dalam larutan berasaskan air. Hidrogen terdiri daripada dua per tiga air, kerana air terdiri daripada dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen, membentuk H2O.

pH satu – satu larutan bergantung kepada skala berangka yang terdiri dari 0-14. Apa sahaja bawah daripada 7 (pH neutral) dianggap berasid, manakala apa sahaja yang melebihi skala 7 dianggap beralkali. Jus lemon ialah pada pH 2 – sangat berasid, manakala ammonia mempunyai nilai pH 12, di mana ianya sangat beralkali, juga disebut sebagai asas, seperti asid dan bes. 

Pengetahuan tentang pH ini adalah penting walaupun perbezaan antara nombor pH adalah sekiranya diukur menggunakan matematik asas. Namun, skala pH adalah logaritma, dan bukan linear. Ini bermaksud, peningkatan sepuluh kali ganda didarabkan dengan 10, mengasingkan setiap nombor pH. Hal ini menerangkan bagaimana pH 3 adalah 100 kali lebih berkuasa berbanding dengan 5. 

Anda juga boleh menganggap perbezaan antara setiap nombor pH adalah seperti skala Ritcher yang digunakan untuk mengukur kekuatan gempa bumi. Gegaran pada magnitud 6 mampu melakukan kerosakan yang lebih dahsyat berbanding magnitud yang diukur pada skala 4 atau 5.  

Apakah kadar pH Kulit Manusia?

Perkara ini mungkin mengejutkan anda, namun permukaan kulit dan permukaan luar kulit adalah berasid secara semula jadi. Hal ini membuatkan kulit lebih serasi dengan produk yang bersifat asid. Walaupun kajian yang dilakukan ke atas kadar pH kulit menunjukkan keputusan yang pelbagai, kajian terkumpul membuktikan purata pH kulit ialah pada 4.7.

Kulit lelaki lebih cenderung untuk lebih berasid daripada kulit wanita, dan walaupun pH kulit meningkat selaras dengan peningkatan umur, ia tetap akan kekal berasid. Apabila kita dilahirkan, kulit manusia adalah pada tahap pH yang neutral, dan akan perlahan-lahan menjadi berasid dalam tempoh beberapa minggu selepas tempoh kelahiran. 

Apa Itu Acid Mantle?

Kulit mempunyai lapisan perlindungan di atas permukaannya, yang dikenali sebagai acid mantle. Acid mantle memainkan peranan yang penting dengan bekerjasama dengan bahan – bahan semula jadi kulit seperti ceramides, kolestrol, enzim, peluh dan minyak yang terhasil oleh kulit kita sendiri, berfungsi untuk melindungi permukaan kulit dan lapisan- lapisan bawah kulit daripada ancaman – ancaman luar. 

pH kulit yang berasid juga memainkan peranan dalam mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit yang halus. Mikrobioma yang berasid menyebabkan patogen – patogen yang berbahaya lebih payah untuk membiak, membiarkan mikrobioma yang baik berkembang biak.

Bagaimana pH Mempengaruhi Kulit

Mengganggu pH kulit berulang – ulang pada tahap yang tinggi boleh memburukkan lagi masalah kulit. Hal ini termasuklah masalah kulit seperti kulit berasa kering dan tegang disebabkan mencuci dengan sabun buku atau sabun jenis cecair (kebanyakan sabun bersifat alkali).  

Untuk mengelakkan pelbagai masalah, ramai antara kita mencari produk – produk penjagaan kulit yang mempunyai pH seimbang, namun bukan semua produk dilabel tahap pH mereka. Apa yang patut dilakukan? Kami ada berita baik: Sejumlah besar produk penjagaan kulit sama ada yang perlu dibilas atau tidak, ia semua mempunyai pH yang seimbang. Ahli kimia kosmetik mengetahui bagaimana pH produk – produk kecantikan kulit akan mempengaruhi kulit kita, jadi mereka biasanya mengambil langkah formulari dalam memastikan keseimbangan. 

Sekiranya anda tertanya – tanya apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan pH, ia merujuk kepada produk – produk yang diformulasikan, di mana pH-nya termasuk dalam skala kulit yang sihat dan cantik. Skala tersebut kerap kali disebut antara pH 4 dan pH 7. Walaupun benar sesetengah produk – produk penjagaan kulit mempunyai kadar pH di luar skala ini, namun dalam kebanyakan kes, hal ini tidak membimbangkan. 

Kajian telah menunjukkan gangguan pada pH kulit pada kadar yang sedikit (seperti penggunaan pengelupas AHA atau BHA yang mempunyai Ph 3.6 atau pelindung sinaran matahari mineral dengan ph 7.5) adalah sementara. Kulit secara semula jadi akan kembali kepada normal pH, kebiasaanya dalam masa satu jam. Dan jika dilihat, sebenarnya terdapat kebaikan: kajian menunjukkan produk – produk berasid merangsang kulit untuk menghasilkan bahan – bahan penting untuk kulit kekal mulus, lembut dan terhidrasi. 

Pada masa yang sama, penggunaan produk yang tinggi keasidannya (pH 2.5 atau lebih rendah) atau produk yang beralkali (pH 8 dan ke atas) menyebabkan gangguan yang lebih ketara pada pH kulit, menyebabkan kulit akan mengambil masa lebih lama untuk kembali pada pH normal.   

Pada masa ini, kulit lebih terdedah pada faktor – faktor yang menyebabkan masalah kulit, seperti tanda – tanda ekzema, kemerahan dan sensitiviti. Oleh itu, penggunaan produk  -produk yang pHnya terlalu tinggi atau rendah secara harian, dengan jelas merosakkan kulit secara progresif.

pH Produk – Produk Penjagaan Kulit

Seperti sedia maklum, kebanyakan produk penjagaan kulit adalah seimbang secara pH. Produk Paula’s Choice juga tidak ketinggalan dalam kategori produk yang mempunyai pH yang seimbang.  Tertera adalah kadar pH yang normal untuk kebanyakan kategori – kategori produk penjagaan kulit daripada Paula’s Choice:

Pembersih muka: pH 4.5–7

Toner: pH 5–7

Pelindung matahari: pH 5–7.5

Pengelupas AHA dan BHA : pH 3.2–3.9, antara skala 3 dan 4 dikira sangat efektif.

Pelembab: pH 5–7

Serum: pH 4–6

Produk vitamin C (Ascorbic Acid): pH 2.6–3.2

Produk retinol: pH 4.00–6.6

Bolehkah Anda Menggunakan Produk – Produk Pejagaan Kulit yang Mempunyai Kadar pH yang Berbeza dalam satu rutin yang sama?

Kami sering ditanya jika ianya dibolehkan untuk melapisi produk – produk yang berlainan kadar pH secara terus, contohnya menggunakan pelembap selepas produk pengelupas AHA. Mereka bimbang dengan berbuat demikian akan menyebabkan salah satu atau kedua – dua produk tidak berkesan kerana kadar pH yang berbeza bertentangan antara satu dengan yang lain. Kerisauan mengenai hal ini menunjukkan ramai orang menunggu 20 minit atau lebih sebelum melapisi produk penjagaan kulit yang seterusnya. Kejutan: Anda tidak perlu menunggu! 

Sebab kenapa anda tidak perlu menunggu adalah kerana sebaik sahaja kadar pH sesuatu produk berasaskan air ditentukan, ia akan kekal dalam kadar yang sama walaupun digunakan bersama produk lain yang jauh dari kadar pH sebelumnya. Hal ini kerana, bahan – bahan yang ahli kimia gunakan dalam menentukan kadar pH sesuatu produk sudah cukup kukuh untuk mengekalkan pH sesuatu produk pada kadar yang dikehendaki walaupun digunakan pada masa yang sama. 

Ianya jauh lebih mudah untuk menggangu pH kulit berbanding mengganggu pH produk – produk penjagaan kulit. Untuk mengubah pH sesuatu produk luar daripada kadarnya atau mengubah secara keseluruhannya, anda perlu menambah air yang banyak (ini bermaksud lebih banyak ion hidrogen), haba dan masa (beberapa hari). 

Apakah perkaitan haba dan pH? pH sesuatu produk boleh berubah selari dengan perubahan suhu. Semakin tinggi suhu, air dalam suatu larutan akan menghasilkan lebih banyak molekul – molekul hidrogen. Namun begitu, perubahan suhu yang tinggi tidak memberi kesan besar pada ph produk. Contohnya, pH air pada 77 darjah adalah 7 dan apabila suhu tersebut meningkat kepada 122 darjah (di mana jarang sekali berlaku) pH tersebut akan turun pada 6.6, di mana perubahannya Cuma sedikit – ini adalah contoh haba ekstrem. 

Dalam keadaan penggunaan biasa, ianya adalah mustahil untuk produk yang pHnya lebih tinggi menjadi faktor kepada produk yang rendah pH menjadi tid ak berkesan, and juga sebaliknya. Anda mampu memperoleh kebaikan yang jelas daripada bahan – bahan yang digunakan dalam produk, tanpa perlu mengubah rutin anda! 

Adakah ‘Sparkling Water’ Bersesuaian dengan pH Kulit?

Baru – baru ini, timbul kerisauan di mana menbasuh muka dengan air paip biasa boleh menggangu pH kulit, dan anda sepatutnya menggunakan sparkling water bagi menggantikan air paip biasa. Isu ini timbul kerana pH air paip biasa adalah pH 7, dan dikatakan terlalu tinggi untuk pH kulit yang cuma antara pH 5.5 dan ph 4.5. Spekulasi dibuat kerana minuman berkarbonat atau sparkling water mempunyai pH 5.5, dikatakan lebih sesuai dengan pH kulit.

Walaupun hal ini kedengaran wajar, tetapi ianya bukanlah sesuatu isu kerana beberapa faktor. Pertama, kebanyakan sparkling water tidak mempunyai pH 5.5, malah mempunyai pH antara 3 dan 4, dan walaupun sparkling water mempunyai pH 5.5, ianya tetap lebih tinggi daripada normal pH kulit manusia. Kedua, pH neutral 7 (pH air paip) adalah kurang menggangu pH asal kulit berbanding nombor pH yang lain. Pendek cerita, ianya tiada masalah untuk membasuh muka anda menggunakan air paip biasa!

Dapatkan produk Paula's Choice di sini

Rujukan

  1. Current Problems in Dermatology, August 2018, pages 1-10
  2. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, July 2017, pages 33-39
  3. Acta Dermato-Venereologica, March 2013, pages 261-269
  4. Photochemistry and Photobiological Sciences, April 2010, pages 578-585
  5. International Journal of Cosmetic Science, October 2006, pages 359-370
  6. Skin Pharmacology and Physiology, July 2006, pages 296-301
  7. Folding and Design, August 1998, pages 285-291

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.