AHA (alpha hydroxy acid) dan BHA (beta hydroxy acid) mempunyai kebaikan yang tersendiri. Sekiranya anda belum pernah menggunakan kedua-dua bahan ini, kulit anda mungkin terlepas daripada mendapat manfaat penting bahan ini. Bahan penggelupas ini tidak akan melelaskan kulit dan bertindak lebih efektif daripada skrub fizikal. Exfoliant ini juga menawarkan pelbagai manfaat lain kepada kulit, seperti berikut:
Apakah Kepentingan untuk Exfoliate Kulit?
Faktor usia serta pendedahan kepada cahaya matahari tanpa perlindungan akan menyebabkan kemampuan kulit untuk membuang lapisan kulit mati dengan sendiri menjadi perlahan dari semasa ke semasa. Hal ini kemudiannya menjadikan kulit menjadi kasar, tona tidak sekata dan mengakibatkan pori tersumbat.
Namun, perkara ini boleh diselesaikan dengan menambah penggunaan AHA atau BHA dalam rutin penjagaan kulit wajah. Kesan penggunaan asid terus (direct acid) ini boleh dilihat dalam tempoh semalaman!
Cara Efektif untuk Exfoliate Kulit Muka dan Badan
Apakah Exfoliant yang Terbaik untuk Kulit Wajah dan Badan?
AHA membantu kulit yang kering dan tanda penuaan yang ketara. Produk yang mengandungi AHA mengurangkan penampilan kedutan dan garis harus, melembutkan tekstur kulit kering yang kasar dan kering lalu menjadikan kulit menjadi lebih lembab, anjal dan berseri. Kajian juga telah membuktikan bahawa bahan ini berkesan untuk mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat daripada cahaya matahari.
BHA membantu kulit yang mengalami isu pori tersumbat, blackhead, whitehead, jerawat, pori besar serta kulit yang mengalami tanda penuaan. BHA sesuai untuk kulit yang mempunyai kesan keradangan oleh kerana sifat anti-radang bahan ini, dan mampu mengurangkan kesan kemerahan. Paula’s Choice turut menawarkan formulasi BHA untuk semua jenis kulit, termasuklah kulit sensitif. BHA membantu mengurangkan penampilan bintik timbul berwarna putih serta sesuai untuk kulit yang mudah mengalami milia dan rosacea.
Kebanyakan skrub fizikal mempunyai tekstur kasar dan boleh mengakibatkan lelasan dan iritasi kepada kulit. Berus wajah yang kasar juga mampu memberi kesan negatif kepada permukaan kulit yang lembut dan sensetif. Skrub wajah serta berus yang halus adalah pilihan yang terbaik, namun ianya tetap tidak dapat memberikan manfaat yang sama dengan AHA dan BHA.
Rujukan
Comments will be approved before showing up.