Mitos Mengenai Pelembab Kulit
Pelembap merupakan salah satu daripada produk penjagaan kulit yang mudah untuk diaplikasikan, serta senang untuk difahami. Walaupun pelembab kulit merupakan produk mudah serta ringkas, namun ianya juga turut berkongsi nasib yang sama seperti produk penjagaan kulit yang lain-- mempunyai mitos serta tanggapan yang salah.
Kami membongkar mitos pelembap yang kerap disebarkan supaya anda mempunyai maklumat yang telus dan disokong oleh kajian untuk membuat keputusan terbaik untuk kulit!
Mitos: Jika anda menggunakan pelembap setiap hari kulit anda akan menjadi malas dan hilang kemampuan untuk menghidrat dengan sendirinya
Kebenaran: Kulit tidak akan "terbiasa" terhidrat dan ia tidak akan "terlupa" bagaimana untuk kekal terhidrat secara semulajadi. Secara fisiologi perkara ini tidak mungkin terjadi. Hal ini dapat dilihat serta dibandingkan seolah-olah sistem badan terbiasa dengan meminum air atau makan makanan sihat setiap hari. Tubuh badan masih memerlukan tambahan nutrien serta air untuk kekal terhidrasi, dan begitu juga dengan kulit. Kulit juga memerlukan pertolongan, dengan cara yang berbeza.
Kulit akan hilang keupayaannya untuk kekal terhidrat secara semula jadi seperti mana sewaktu kita masih muda. Ini berlaku kerana pelbagai faktor, namun kebanyakannya disebabkan oleh kerosakan yang berpunca daripada matahari dan usia. Iklim juga memainkan peranan: Keadaan kering boleh menjadi masalah, terutamanya jika anda tidak memberikan apa yang kulit anda perlukan seperti pelembap yang diformulasikan dengan cemerlang.
Kulit juga boleh menjadi kering akibat penggunaan produk penjagaan kulit yang kurang sempurna seperti penggunaan skrub kasar, berus pembersih kasar, dan produk yang mengandungi bahan pewangi. Kebiasaannya, semua yang diperlukan untuk mendapatkan kulit kembali normal adalah menggunakan produk yang lebih baik supaya ia dapat pulih. Masalah kekeringan mungkin akan hilang jika anda berhenti merosakkan kulit anda.
Mitos: Kulit boleh ketagih kepada pelembap
Kebenaran: Hal ini agak mengelirukan kerana jika kulit anda kering secara semula jadi (kerana genetik) atau menjadi kering (kerana pertahanan permukaan kulit yang terganggu disebabkan kerosakan oleh sinar matahari dan usia), kekeringan tersebut akan segera dapat diatasi dengan penggunaan pelembap secara rutin. Anda tidak dapat memperbaiki kerosakan yang menyebabkan kekeringan, tetapi anda boleh memperbaikkan keadaan (dan mengekalkan penambah baikan itu, seperti diet anda untuk badan anda).
Kulit tidak boleh ketagih kepada pelembap secara fizikal atau psikologi seperti mana seseorang boleh ketagihan kepada rokok atau ubat-ubatan terlarang. Apa yang boleh terjadi dengan penggunaan pelembap wajah atau badan secara rutin adalah kita menjadi terbiasa dengan keadaan kulit kita yang terasa dan kelihatan dalam keadaan tertentu, dan tidak menyukai bagaimana kulit kita terasa dalam keadaan yang tidak lembap. Jadi, kita terus menggunakan pelembap untuk mengekalkan rasa yang kita suka pada kulit. Ini bukan ketagihan atau kebergantungan; kita tidak dipaksa untuk melakukan ini kerana dorongannya terlalu kuat untuk diatasi - kita melakukannya kerana itulah cara kita suka kulit kita terasa dan seperti mana ia patut kelihatan seperti mana ketika muda.
Mitos: Anda hanya perlu melembap jika anda membasuh kulit anda secara harian
Kebenaran: Membersihkan atau menggosok kulit kita secara berlebihan dan konsisten akan menghilangkan bahan-bahan yang berlaku secara semula jadi yang menjadikan kulit tetap kukuh dan terhidrat (seperti ceramide, asid lemak, atau hyaluronic acid).
Tetapi dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan bebas wangian, pembersih badan yang lembut dan bebas sabun serta mengelakkan mandi atau pancuran mandi yang lama (yang memecah benteng kelembapan kulit)-- anda boleh membersihkan setiap hari tanpa perlu risau akan kulit yang kering. Jenis pelembap yang anda perlukan bergantung pada jenis dan masalah kulit anda.
Mitos: Anda hanya perlukan pelembap jika anda mempunyai kulit yang jelas kering dan bersisik
Kebenaran: Perkara ini tidak benar dan kepercayaan ini akan menumbang kepada kerosakan kulit. Tidak kira apa jenis kulit anda, selagi anda memilih pelembap dengan bahan-bahan bermanfaat dan tekstur yang sesuai dengan jenis kulit (krim untuk kulit kering, gel atau cecair untuk kulit berminyak, dan losyen untuk kulit normal dan kombinasi), anda benar-benar dapat memperoleh manfaat yang luar biasa daripada menggunakannya.
Namun begitu, anda juga boleh mendapatkan bahan – bahan yang harus terkandung daripada jenis produk penjagaan kulit yang lain (seperti serum wajah, rawatan, booster, dan toner); produk itu tidak perlu dilabel "pelembap" atau mempunyai tekstur berkrim untuk kulit anda untuk mendapatkan apa yang diperlukan untuk menjadi sihat.
Tips khas bagi mereka yang mengalami isu kulit yang bersisik dan berjerawat adalah berusaha untuk mencari pelembap terbaik untuk jerawat: pilih yang bebas minyak dan mempunyai tekstur ringan yang tidak akan menyumbat liang pori.
Mitos: Anda memerlukan pelembap yang berbeza bagi setiap bahagian badan yang berlainan
Kebenaran: Ini bergantung sepenuhnya pada jenis dan keadaan kulit anda. Contohnya, jika anda mempunyai kulit berminyak tetapi kulit yang kering pada bahagian kaki anda, maka ya, anda akan mendapat manfaat dengan menggunakan dua pelembap yang berbeza. Pilihan peribadi juga memainkan peranan: anda mungkin lebih suka losyen ringan atau pelembap wajah gel tetapi menyukai perlindungan yang terasa yang dibekalkan oleh krim badan.
Apa yang benar adalah pelembap wajah juga boleh digunakan dari leher dan ke bawah dan mana – mana pelembap badan yang diformulasikan dengan baik boleh digunakan pada wajah anda, dengan anggapan ia sesuai untuk jenis kulit wajah anda.
Kulit di mana sahaja pada bahagian badan akan mendapat manfaat daripada penggunaan antioksidan, bahan penambah kulit, dan bahan pemulihan kulit secara rutin. Semua ini menjadikan kulit sihat, lembut, dan tahan lasak dan anda boleh menggunakannya dalam bentuk krim, losyen, gel, atau cecair pada wajah anda, leher (anda tidak memerlukan krim leher yang berasingan) dan seluruh badan anda.
Dapatkan produk pelembab di sini.
Rujukan
- Journal of Cosmetic Dermatology, April 2018, pages 138-144
- The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, May 2014, pages 36-44; and August 2011, pages 31-49
- Cutis, June 2013, pages 308-314
- Dermatologic Therapy, May-June 2012, pages 229-233
Leave a comment