Mengenali Vitamin C dan Manfaat Kepada Kulit

Mengenali Vitamin C dan Manfaat Kepada Kulit

June 19, 2021

Vitamin C merupakan salah satu daripada bahan yang terbukti secara saintifik yang memberi manfaat kepada kulit. Antioksida larut air ini merupakan kompenen semulajadi untuk kulit yang sihat. Pada usia muda, tahap vitamin C pada lapisan kulit utama (epidermis yang merangkumi laisan luar, dermis dan lapisan tengah) adalah tinggi, namun dari semasa ke semasa apabila meningkat usia, tahap pengeluaran vitamin C akan berkurangan dan menjadikan kulit kelihatan kusam, tidak sekata dan tidak anjal.

Namun, masalah ini boleh dibantu dengan produk penjagaan kulit topikal yang boleh mambantutkan permasalahan ini supaya kulit kelihatan sihat dan awet muda.

Manfaat Vitamin C untuk Kulit

Manfaat vitamin C kepada kulit adalah banyak, daripada kemampuan bahan ini untuk membantu menyekatakan tona kulit serta mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan. Vitamin C tidak hanya mempunyai manfaat pencerahan kulit, kajian juga membuktikan bahawa bahan ini membantu melindungi kulit daripada impak persekitaran kepada kulit termasuklah kerosakan radikal. Kemampuan vitamin C memberi manfaat untuk membantu melawan isu kulit, serta mampu merawat isu kulit yang telah terjadi menjadikan vitamin C bahan yang perlu dipertimbangkan dalam rutin penjagaan kulit wajah anda.

Jenis Vitamin C dalam Produk Penjagaan Kulit Wajah

Terdapat banyak jenis vitamin C untuk kulit wajah. Walaupun kesemua vitamin C ini memberi manfaat antioksida yang banyak, beberapa jenis vitamin C bertindak lebih baik untuk kulit berbanding yang lainnya.

Ascorbic acid atau dikenali sebagai L-ascorbic acid merupakan jenis vitamin C asli yang mempunyai banyak kajian mengenai manfaatnya kepada kulit berbanding jenis vitamin C yang lain. Apabila diformulasikan dengan sempurna pada pH kurang daripada 4 (2.6 - 3.2 merupakan range ideal), vitamin C jenis ini membantu menjadikan kulit kelihatan muda, menegangkan kulit dan membantu memudarkan bintik hitam serta menyekatakan tona kulit. Ascorbic acid membantu melindungi permukaan kulit untuk mempertahankan “diri” daripada radikal bebas serta kerosakan akibat persekitaran-- menjadikan impak kerosakan daripada elemen ini berkurangan kepada kulit.  

Jenis vitamin C yang turut menunjukkan keefektifan kepada kulit adalah sodium ascorbyl phosphate, ascorbyl palmitate, 3-O ethyl ascorbic acid, tetrahexyldecyl ascorbate, magnesium ascorbyl phosphate, dan ascorbyl glucoside.
 
Beberapa perkara perlu diingatkan mengenai sifat vitamin C ascorbic acid ini adalah ianya sensitif kepada cahaya dan udara. Pendedahan berterusan kepada cahaya dan udara boleh mengakibatkan produk menjadi teroksida. Sekiranya anda ingin mendapatkan kesan terbaik untuk vitamin C atau serum jenis ini-- cari produk yang dibotolkan dalam bekas yang kedap udara dan dalam bekas legap, terlindung dari cahaya matahari. Produk krim vitamin C di dalam bekas terbuka tidak akan kekal efektif untuk tempoh masa yang lama.

Produk Vitamin C dalam rangkaian Paula's Choice

Kajian membuktikan vitamin C berkonsentrasi tinggi (10% dan ke atas yang kebiasaanya dijumpai dalam serum) bertindak efektif untuk memberikan manfaatnya kepada kulit. Sekiranya kulit anda kelihatan kusam atau tidak sekata, tidak kira jenis kulit anda, cairan ringan booster 15% vitamin C adalah sesuai untuk di lapisi.



Sekiranya isu kulit anda adalah kesan hitam yang degil, gunakan produk vitamin C berkonsentrasi tinggi sebanyak 25% dalam tekstur yang lebih kaya untuk digunakan sebagai rawatan bertumpu pada kawasan yang mengalami isu. 

Vitamin C berkonsentrasi tidak kurang hebatnya-- ianya memberikan manfaat terkumpul dalam pelembab, krim mata dan serum. Tambahan pula, kajian turut membuktikan bahawa konsentrasi serendah 0.6% turut memberi manfaat antioksida serta antipenuaan kepada kulit anda. Vitamin C berkonsentrasi rendah juga membantu meningkatkan manfaat bahan anti-penuaan yang lain seperti retinol dan ceramide. 

 

Cara Pemakaian Vitamin C dalam Rutin Penjagaan Kulit

Kesemua jenis vitamin C boleh digunakan dalam rutin yang sama dengan bahan yang lain termasuklah asid exfoliant. Lapiskan produk penjagaan kulit wajah anda menurut ketekalan sesebuah produk, daripada tekstur yang paling ringan kepada yang lebih berat. Kebiasaan turutan penggunaan produk adalah seru, pelembab serta produk rawatan. Penggunaan pada waktu siang wajib diikuti dengan pelembab berSPF 30 atau lebih.

Rujukan

  1. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, July 2017, pages 14-17
  2. Nutrients, August 2017, ePublication
  3. Dermatologic Surgery, July 2005, pages 814–817
  4. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, August 2019, pages 46-53
  5. Indian Dermatology Online Journal, April-June 2013, pages 143-146
  6. International Journal of Cosmetic Science, June 2005, pages 171-176
  7. European Journal of Pharmaceutics and Biopharmaceutics, July 2003, pages 59-66
  8. Journal of Cosmetic Science, July/August 2018, pages 233-243
  9. Journal of Drugs in Dermatology, July 2015, pages 699-704
  10. Clinical, Cosmetic and Investigational Dermatology, May 2018, pages 253-263
  11. Journal of Drugs in Dermatology, Volume 7 Supplement, July 2008, pages S2-S6
  12. Clinical, Cosmetic and Investigational Dermatology, November 2013, pages 281-288


Leave a comment

Comments will be approved before showing up.