Mengenali Niacinamide

Mengenali Niacinamide

August 13, 2022

Fungsi Niacinamide

Terdapat banyak bahan aktif yang kerap dibincangkan yang mampu memberi kesan yang baik kepada kulit. Sekiranya anda mengikuti perkembangan produk penjagaan kulit wajah, sudah tentu bahan-bahan seperti retinol, vitamin C, antioksida, hyaluronic acid dan ceramide tidak asing kepada anda. Bahan yang yang paling hangat dibincangkan sudah tentunya niacinamide!

Niacinamide,  yang turut dikenali sebagai vitamin B3 merupakan bahan yang terbukti memberikan manfaat yang pelbagai kepada kulit—tidak kira usia atau  jenis kulit! Niacinamide merupakan bahan “genius” yang menyasarkan pelbagai isu kulit dalam satu masa yang sama.

Anda boleh mendapati bahawa Paula’s Choice merangkumkan bahan ini di dalam pelbagai formulasi produk—namun sekiranya anda menyasarkan isu yang lebih degil seperti pori yang besar, kedutan di kulit wajah, kesan pigmentasi bekas jerawat, tona kulit tidak sekata— niacinamide berkonsentrasi lebih tinggi adalah sesuai untuk isu kulit anda. Kami mencipta formulasi 10% Niacinamide Booster yang bersifat luar biasa dan versetail untuk membantu mempertingkatkan kesihatan serta kecantikan kult anda.

Apa itu Paula’s Choice 10% Niacinamide Booster?

10% Niacinamide Booster merupakan formulasi yang ringan seperti air yang mengandungin 10% konsentrasi niacinamide yang memperbaharui keadaan kulit supaya lebih segar, sihat, sekata. Niacinamide juga membantu penmapilan pori yang besar dan tersumbat.

Manfaat formulasi ini tidak hanya  terhenti disitu. Booster ini membantu tanda penuaan seperti kulit kusam, membantu memudarkan kesan pigmentasi atau tanda jerawat, mengurangkan kesan kulit tidak sekata, serta kedutan. Segala manfaat ini diberikan kepada kulit—sambil menjaga pertahanan kulit untuk kulit yang lebih anjal dan sihat. Ternyatalah bahan ini semestinya bahan pelbagai tugas seperti yang kami nyatakan pada artikel minggu lepas!

Walaupun bahan ini sendiri memberikan kesan yang sangat menakjubkan kepada kulit secara sendirinya—bersandarkan bukti kajian lepas yang menyatakan kulit memerlukan lebih daripada satu bahan istimewa— formulasi kami turut mengandungi pelbagai antioksida lain seperti vitamin C, bahan pelembab yang ringan, dan antioksida yang lain yang bekerjasama dengan niacinamide untuk memberikan kesan yang terbaik kepada kulit.

Cara Penggunaan 10% Niacinamide Booster

10% Niacinamide Booster merupakan formulasi universal yang sesuai untuk digunakan untuk kesemua jenis kulit—termasuklah kulit normal. Gunakan 2-3 titis pada waktu pagi serta/atau malam selepas membersihkan wajah, toning. Gunakan serum pilihan, dan pelembab untuk mengkhiri rutin penjagaan kulit wajah anda.

Secara alternative lain, anda juga boleh menggunakan beberapa titis 10% Niacinamide Booster dalam pelembab pilihan anda atau serum/rawatan bertumpu lain daripada Paula’s Choice. (Jangan mencampurkan dalam formulasi pelindung matahari anda—hal ini akan mengakibatkan kadar perlindungan daripada cahaya matahari akan berkurang. )

Tidak pasti sekiranya anda perlu menggunakan 10% Niacinamide Booster secara harian? Walaupun niacinamide merupakan bahan yang selamat untuk penggunaan harian, sekiranya anda mendapati rutin anda mengandungi beberapa booster daripada Paula’s Choice; sudah tentu anda boleh gunakan produk pada hari yang berbeza. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan 1% Retinol Booster pada satu malam, gunakan 10% Niacinamide Booster pada hari berikutnya. Eksperimen—untuk mengenalpasti cara pemakaian atau kekerapan penggunaan yang sesuai untuk kulit anda

Rujukan

  1. Skin Pharmacology and Physiology, June 2014, pages 311-315
  2. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, June 2011, pages 45-55
  3. Journal of Cosmetic Dermatology, June 2007, issue 1, pages 2–6
  4. Skin Research and Technology, December 2006, issue 2, pages 105
  5. Journal of Investigative Dermatology, May 2017, page S116
  6. International Journal of Pharmaceutics, March 2017, pages 158-162; and January 2013, Pages 192-201
  7. Facial Plastic Surgery Clinics of North America, May 2016 , pages 145-152
  8. Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, July 2015, pages 405-412
  9. Skin Pharmacology and Physiology, June 2014, pages 311-315


Leave a comment

Comments will be approved before showing up.


Also in Tips Penjagaan Kulit

6 Mitos Jerawat
6 Mitos Jerawat

September 24, 2022

Read More

Selamat Tinggal Jerawat Badan!
Selamat Tinggal Jerawat Badan!

September 17, 2022

Read More

Kelebihan Penggunaan Retinol Dan Niacinamide
Kelebihan Penggunaan Retinol Dan Niacinamide

September 10, 2022

Read More