Mengatasi Kulit Tangan Kering - Paula's Choice Malaysia

Mengatasi Kulit Tangan Kering

Cara Membaiki Tangan Kering

  • Lindungi tangan daripada terdedah kepada detergen pinggan mangkuk, detergen dobi dan pembersih isi rumah yang mengandungi peluntur atau ammonia. Pakai sarung tangan dapur apabila anda menggunakan produk sedemikian.

  • Sapukan pelembap dengan segera selepas mencuci tangan atau menggunakan pembersih tangan. Walaupun kerap mencuci tangan dan menggunakan pembersih tangan adalah penting untuk mengekalkan kebersihan, namun, ia boleh menghilangkan kelembapan kulit. Namun,hal ini boleh diatasi dengan menggunakan krim tanpa pewangi sertamerta! Sekiranya anda menghadapi masalah untuk memakai pelembab, letakkan pelembap di tepi sinki sebagai peringatan, atau membawa pelembab bersaiz mini ke mana sahaja anda pergi.

  • Tips menghentikan tangan yang kasar: Beralih daripada cecair atau sabun tangan bar anda kepada pencuci badan yang beremolien. Letakkan pencuci lembut ini secara di seluruh rumah untuk memudahkan akses anda mencuci tangan dengan menggunakan sabun yang lembut.

  • Gunakan sarung tangan kerja luar apabila anda melakukan kerja-kerja manual seperti kerja halaman dan berkebun; pakai sarung tangan jenis sukan apabila bermain golf atau terlibat dalam aktiviti lain.

.
Perkara lain yang boleh dilakukan adalah dengan menyimpan tiub kecil botol pelembap di seluruh rumah-- berhampiran sinki dapur,  bilik mandi, sisi katil anda dan di garaj. Simpan lebih banyak di dalam kereta, dompet, beg tangan dan laci meja anda. Pelembap tangan harus sentiasa berada dalam jangkauan, dan untuk kegunaan siang hari.Gunakan pelindung matahari spektrum luas yang diberi nilai SPF 30 atau lebih setelah menggunakan pelembab.

Tips Tambahan untuk Mengatasi Tangan Kering

Apa lagi yang boleh anda lakukan? Kami juga melalui fasa tangan yang kering dan merekah. Namun melalui kajian percubaan, dan rujukan penyelidikan saintifik, kami mendapat lebih banyak nasihat untuk dikongsi tentang rawatan tangan kering:

Rawatan intensif untuk tangan merekah dan kering sesuai digunakan pada waktu malam. Sapukan pada kawasan yang kering dan kasar, termasuk hujung jari yang merekah. Gunakan sepasang sarung tangan kapas untuk memastikan cadar anda bersih pada keesokan harinya!

Pertimbangkan krim kortison yang untuk mengurangkan tangan yang merekah. Krim kortison hendaklah digunakan hanya untuk jangka pendek (tidak lebih daripada 2-3 bulan), dan hendaklah digunakan sebelum krim tangan anda.
Jika rekahan tangan berada dalam keadaan yang teruk dan membimbangkan, dapatkan nasihat ahli farmasi tentang menggunakan produk pembalut cecair untuk menutup kawasan terlibat-- supaya kawasan tersebut sembuh dengan lebih cepat.

Tangan yang kering boleh mendapat manfaat daripada rawatan semalaman dengan sarung tangan yang terinfusi dengan bahan yang melembapkan kulit. Sarung tangan unik ini diperbuat daripada bahan sintetik yang membenarkan pengeluaran bahan-bahan pelembap.

Jangan lupa kuku anda. Urut sedikit pelembap tambahan ke kuku untuk mengelakkannya daripada menjadi kasar. Shea butter merupakan bahan yang bagus untuk membantu kuku serta kutikula yang kering.

Dapatkan produk penjagaan tangan dan badan di sini.


Rujukan

  1. Indian Journal of Dermatology, May-June 2014, pages 213–224
  2. Dermatitis, July-August 2013, pages 170–175
  3. International Journal of Cosmetic Science, October 2012, pages 402–415
  4. Contact Dermatitis, May 2012, pages 247–253
  5. BMC Dermatology, February 2006, ePublication

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.