Mengapa Produk Penjagaan Kulit Wajah Bebas Pewangi adalah Pilihan Terbaik

Terdapat banyak kajian yang meluas telah dijalankan mengenai bahan pewangi—sama ada bersifat semula jadi mahupun sintetik, kedua-duanya adalah punca terbesar kepada bahan yang mengakibatkan kulit sensitif bagi setiap jenis kulit. Walaupun terdapat banyak kajian yang telah membuktikan perkara ini, komponen pewangi ini masih digunakan dalam kebanyakan produk penjagaan wajah pada masa kini. Kebanyakan individu menolak kenyataan bahawa bahan pewangi merupakan punca terbesar kepada masalah pada kulit, oleh itu pada minggu ini, kami akan merungkaikan permasalahan ini dengan lebih jelas.

Bagaimana Kulit Bertindak Balas dengan Pewangi

Bahan pewangi memberikan aroma adalah melalui reaksi meluap (volatile). Malangnya, reaksi semula jadi kebiasaanya menyebabkan reaksi sensitif pada kulit. Malahan banyak penyelidikan telah membuktikan bahawa wangian dalam produk penjagaan kulit adalah antara penyebab biasa yang memberi reaksi negatif pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif. Perkara ini tidak terhad berlaku kepada jenis kulit yang sensitif dan mudah untuk mengalami kemerahan sahaja, namun perkara ini melibatkan semua jenis kulit.

Pemakaian produk mempunyai pewangi tidak akan menunjukkan kesan serta merta, oleh itu ramai berpendapat bahawa produk ini tidak akan memberikan kesan yang negatif kepada kulit. Kami juga berharap ianya benar namun, ianya adalah satu isu yang serius kerana kulit sangat pandai bersembunyi apabila ianya terganggu. Anda mungkin tidak nampak kerosakan yang berlaku pada permukaan kulit, tetapi ianya boleh berlaku secara senyap setiap hari, menyebabkan masalah – masalah kecil pada kulit anda dalam jangka masa yang pendek dan memburukkan masalah yang sedia ada dalam jangka masa yang panjang.

Hal ini boleh diibaratkan seperti kerosakan kulit wajah akibat tidak menggunakan pelindung matahari. Kajian menunjukkan bahawa kerosakan yang berlaku disebabkan matari bermula pada minit pertama kulit terdedah pada matahari tanpa sebarang perlindungan. Kerosakan ini berlaku secara perlahan dan berpotensi memberi kesan yang sangat teruk, namun selain daripada kesan selaran matahari, anda tidak akan pernah rasa atau nampak sebarang kesan pada permukaan kulit. Kerosakan kulit masih berlaku, tetapi tidak menunjukkan kesan dalam tempoh terdepat, namun akan muncul sebagai pigmentasi yang sukar untuk dirawat pada tahun mendatang.

Mengapa Banyak Produk Penjagaan Kulit Mengandungi Bahan Pewangi?

Jawapan kepada persoalan ini adalah sangat mudah: Hal ini kerana kebanyakan individu lebih cenderung menggunakan produk kecantikan atau produk penjagaan rambut berbau harum. Syarikat – syarikat kosmetik adalah arif berkenaan potensi produk yang mempunyai bau wangi yang menyenangkan, dan bagaimana ia mempengaruhi keputusan pembelian pengguna dan pengalaman mereka menggunakan produk tersebut di rumah.

Antara sebab lain mengapa masih terdapat pewangi dalam produk kecantikan adalah kerana kebanyakan produk kosmetik secara semula jadinya tidak berbau wangi tanpa bantuan bahan pewangi. Aroma semerbak yang indah membantu menutup bau semulajadi kandungan bahan yang kurang menyenangkan. Tetapi terdapat bahan dan langkah-langkah penting bagi menghasilkan produk yang tidak berbau neutral atau bebas dari wangian. Dengan kata lain, menambahkan pewangi dalam produk bukanlah suatu keperluan.

Bahan pewangi digunakan untuk menyembunyikan aroma yang tidak menyenangkan bagi produk penjagaan kulit, terutama sekali produk yang diletakkan di dalam balang terbuka, terutama sekali sekiranya bahan yang digunakan adalah bersifat semulajadi. Pembungkusan balang menyebabkan bahan-bahan merosot dengan lebih cepat kerana setelah anda membukanya, bahan-bahan halus tersebut terdedah kepada udara dan bakteria pada jari yang anda gunakan semasa menggunakan produk tersebut. Bayangkan tentang berapa lama hujung sayur selada bertahan di dalam peti sejuk anda dan bagaimana rupanya apabila bertukar, ianya bukanlah sesuatu yang seronok untuk dibayangkan!

Minyak pati atau bahan pewangi semula jadi tidak terkecuali dalam hal ini. Walaupun terdapat banyak minyak pati (essential oil) dan ekstrak tumbuhan yang mempunyai pewangi turut memberi manfaat kepada kulit, namun, mekanisma bahan ini untuk membebaskan aromaadalah tidak bagus untuk kulit. Apa yang senang pada hidung anda, tidak menjadikannya bagus pada kulit anda!

Terdapat banyak minyak tumbuhan dan ekstrak tumbuhan yang memberi manfaat pada kulit yang tidak ada pada minyak tumbuhan dan ekstraknya yang wangi. Itulah jenis bahan semula jadi yang kami gunakan dalam produk Paula's Choice Skincare dan kami juga suka melihat jenama lain menggunakannya!

Berikut adalah senarai beberapa bahan pewangi yang biasa digunakan dalam produk penjagaan kulit. Senarai ini hanyalah sebahagian daripada satu kelompok yang banyak, namun ini adalah asas yang baik untuk memudahkan pemilihan produk untuk kulit:

  • Pewangi
  • Parfum/ Aroma
  • Linalool
  • Citronellol
  • Cinnamal
  • Limonene
  • Geraniol
  • Eugenol
  • Lavender oil (Lavandula angustifolia)
  • Rose Flower extract (Rosa damascena)
  • Bergamot oil (Citrus bergamia)
  • Ylang-ylang oil (Canaga odorata)
  • Lemon (Citrus limon)
  • Lime (Citrus aurantifolia or Citrus medica)
  • Orange (Citrus sinensis)
  • Tangerine (Citrus tangerine)
  • Peppermint (Mentha piperita)
  • Spearmint (Mentha spicata)
  • Eucalyptus
  • Cinnamon (Cinnamomum)

Cara Terbaik Mengenalpasti Bahan Pewangi dalam Produk

Perkara ini lebih sukar dirungkai dan tidak hanya boleh diselesaikan hanya dengan menghidu. Hal ini kerana sesetengah bahan semula jadi mempunyai haruman yang menyenangkan tetapi tidak menyebabkan iritasi dan bagus untuk kulit. Contohnya termasuklah tembikai, vanila, timun, lidah buaya, badam, mangga, kelapa, biji koko dan shea butter.

Pada masa yang lain, sesetengah produk mungkin tidak mempunyai aroma kerana formulasi produk tersebut telah meletakkan wangian untuk menutup bau sebenar bahan-bahan penjagaan kulit yang tidak menyenangkan. Namun ironinya, wangian tersebut ditambah sehingga produk tersebut tidak mempunyai aroma yang tidak enak!

Kebanyakan bahan penjagaan kulit yang bermanfaat (contohnya antioksida) mempunyai haruman semula jadi, dan sesetengahnya berbau harum secara semulajadi! Hal ini menjadikan "berbelanja dengan menghidu" bukanlah proses yang mudah

Seperti perkara lain dalam hal penjagaan kulit, maklumat boleh dilihat pada terdapat pada label kandungan. Namun oleh kerana kebanyakan bahan yang diletakkan pada senarai kandungan yang tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai fungsi, ianya hampir mustahil untuk difahami bagi kebanyakan individu.

Kami ingin memberi jaminan bahawa di Paula's Choice Skincare, kami tidak pernah menambah wangian yang tidak stabil dan menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif pada produk kami dan tidak pernah melakukannya. Terdapat terlalu bahan – bahan luar biasa yang memberikan hasil yang terbaik pada kulit yang benar-benar tidak mendatangkan iritasi atau mengganggu masalah kulit yang sedia ada.

Ini adalah sebahagian daripada misi kami untuk menyampaikan apa yang kajian saintifik telah buktikan benar supaya anda dapat menjaga kulit anda dengan sebaik mungkin – dan itu bermaksud mengelakkan atau sekurang-kurangnya meminimumkan pendedahan kulit anda terhadap wangian.

Dapatkan produk bebas pewangi di sini.

Rujukan 

  1. Biochimica and Biophysica Acta, May 2012, pages 1,410-1,419
  2. Aging, March 2012, pages 166-175
  3. Chemical Immunology and Allergy, March 2012, pages 77-80
  4. Experimental Dermatology, October 2009, pages 821-832
  5. International Journal of Toxicology, Volume 27, 2008, Supplement pages 1-43
  6. Food and Chemical Toxicology, February 2008, pages 446—475
  7. Skin Pharmacology and Physiology, 2008, issue 4, pages 191-202
  8. American Journal of Clinical Dermatology, 2003, issue 11, pages 789-798
  9. Skin Pharmacology and Physiology, 2008, issue 4, pages 191-202

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.