Menangani Masalah Milia
Terdapat pelbagai cara untuk menangani serta merawat milia. Namun, pemilihan langkah pencegahan dan rawatan yang sesuai adalah penting untuk mengelakkan daripada kerosakan kulit. Pada artikel minggu ini kami akan mencadangkan cara untuk membantu menyelesaikan masalah milia yang pada kulit, serta mencegahnya daripada kembali!

Pada kebanyakan kes, benjolan putih yang keras dan kecil tersebut akan hilang dengan sendirinya tanpa sebarang rawatan. Bersabar dan menunggu ialah salah satu jalan – namun solusi ini bukanlah solusi yang absolut dan sesuai untuk semua orang.
Bintik putih ini terbentuk apabila proses pengelupasan semula jadi kulit tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, dalam hal ini penggunakan rawatan pengelupasan yang mengandungi asid salisilik (BHA) dapat membantu masalah milia ini. Produk pengelupasan (exfoliant) untuk benjolan putih dapat memperbaiki dalam mempercepatkan gdsvpembaharuan kulit dengan segera, di mana ia dapat menggesa benjolan tersebut untuk hilang dengan sendirinya dengan lebih cepat.
Sekiranya kulit anda tidak bertindak balas dengan penggunaan pengelupas BHA selepas beberapa minggu, buat temu janji dengan pakar dermatologi anda, yang boleh mengenal pasti jika anda berhadapan dengan sesuatu yang dikenali sebagai milia atau masalah lain, dan apakah kaedah terbaik bagi merawatnya.
Benjolan Putih BUKAN Jerawat
Sekiranya anda pernah mengalami bejolan putih ini pada kulit anda, anda mungkin tertanya – tanya adakah ia jerawat atau jenis masalah kulit lain. Ramai orang tersalah anggap bahawa benjolan yang kecil dan bulat ini adalah jerawat, namun, ianya tidak sama. Salah satu cara yang paling mudah untuk membezakan keduanya adalah dengan memperhatikan bagaimana ia terasa pada kulit.

Menghilangkan Benjolan Putih yang Kecil & Keras di Rumah
Oleh kerana benjolan – benjolan ini adalah bukan jerawat, ianya adalah penting untuk anda tidak merawatnya seperti mana jerawat; bahan anti – jerawat seperti benzoyl peroksida tidak akan memberi kesan.
Ianya juga adalah penting bagi anda untuk tidak memicit, mengikis, mencucuk, atau melalui cara lain untuk cuba menghilangkan benjolan – benjolan ini daripada wajah anda, seperti mana anda lakukan pada jerawat. Oleh sebab benjolan – benjolan ini adalah keras dan bermula daripada bawah permukaan kulit, cara – cara ini tidak mungkin akan membantu. Sebaliknya, anda mungkin merengsakan dan merosakkan kulit di sekitarnya.
Ringkasnya: Rutin penjagaan kulit yang lembut yang mengandungi BHA untuk benjolan putih sepatutnya boleh membantu mengatasi benjolan – benjolan ini. Namun begitu, jika rutin yang konsisten tidak membuahkan hasil yang ketara selepas beberapa minggu, (ingat, benjolan – benjolan ini boleh jadi degil!), maka mungkin masanya anda berjumpa dengan pakar kulit.
-
Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, August 2015, pages 455–461
-
Cutis, April 2013, pages 191–192
-
Advances in Dermatology and Allergology, December 2013, pages 399–402
-
Journal of the American Academy of Dermatology, December 2008, pages 1050–1063
-
American Family Physician, January 2008, pages 47–52

Leave a comment